Wednesday, March 15, 2017

MENGHALAL YANG HARAM

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. ​Cash is King atau Wang Tunai itu Raja bermakna kepercayaan bahawa sogokan wang rasuah boleh menjayakan apa sahaja.

2. ​Inilah yang dipercayai oleh Dato Seri Najib Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya dia boleh berjaya melalui rasuah.

3.​ Ternampak ramai juga dari pemegang jawatan tinggi dalam Kerajaan Malaysia sekarang yang percaya Cash is King. Sebab itu kita lihat sekarang bukan sahaja rasuah melibatkan ramai pegawai tinggi Kerajaan tetapi jumlah wang yang mereka kumpul juga amat besar; berpuluh bahkan beratus juta Ringgit. Cara hidup mereka juga mewah luar biasa.

4. Kesannya ialah peningkatan kos segala-galanya, hasil kerja berkualiti rendah dengan harga yang lebih tinggi kerana pemberi rasuah cuba mendapat balik wang yang dihulur untuk kelulusan dari pegawai.

5.​ Ramai pemimpin politik Kerajaan sudah menjadi begitu kaya kerana rasuah. Tidak ada segan silu lagi apabila menunjuk stail cara hidup mewah yang melebihi pendapatan yang halal. Jika orang ramai lihat perbelanjaan perkahwinan anak yang menelan berjuta ringgit, pemilikan rumah seperti mahligai, kereta mewah dan lain-lain, itu okay. Apa yang mereka boleh buat. Aku kebal, kata perasuah.

4.​ Jika pemimpin tertinggi jelas menerima rasuah dan percaya cash is king, kenapa mereka yang berada di bawah pemimpin perasuah ini tidak boleh terima bahagian mereka. Maka bertimbun-timbunlah kes rasuah yang dikesan oleh badan pencegah rasuah. Dan masyarakat pun tidak lagi hairan melihat kes-kes ini. Dia sudah jadi perkara biasa!

5. ​Jika dunia mendakwa negara Malaysia tinggi indeks korupsinya, itu pun okay. Apa yang mereka boleh buat. Kita ada kawan yang tidak peduli indeks apa pun.

6.​ Budaya masyarakat sudah berubah dan menerima Cash is King sebagai sebahagian dari budaya kita. Untuk apa sahaja, sogokan perlu diberi dengan wang rasuah yang meningkat. Dan kos sara hidup meningkat. Pembangunan pun tersekat, khidmat pun terlewat.

7.​ Apabila datang seorang menghulur duit untuk mendapat khidmat yang percuma, percayalah tujuannya ialah untuk membolehkannya kuasa dan peluang untuk melakukan sesuatu yang tidak baik. Yang menerima sogokan akan menjadi rakan dalam jenayah yang akan dilakukan.

8.​ Demikian undi dalam PRU adalah percuma. Tidak ada bayaran apa-apa yang diperlukan. Jika sesiapa menghulur duit untuk mendapat undi, sebabnya tentulah kerana mempunyai niat yang tidak baik jika menang.

9.​ Perlakuan yang tidak baik oleh pemenang melalui rasuah tetap akan membawa kerosakan yang akhirnya akan dirasai oleh pengundi itu sendiri. Lebih dari itu jika pemenang mendiri Kerajaan, maka kuasa dan kewangan Kerajaan tetap akan disalahgunakan. Jika perlakuan sekarang dijadikan contoh, pencurian duit Kerajaan juga boleh berlaku.

10.​ Kenapa tidak. Untuk terus berkuasa sogokan perlu diberi lagi. Penipuan, pencurian mesti dilakukan lagi. Dengan menyalahguna wang Kerajaan, pentadbiran akan menghadapi masalah kewangan. Akhirnya negara akan jadi bankrap. Dengan ini rakyat, termasuk mereka yang menerima sogokan akan menderita.

Monday, March 13, 2017

BANDARAYA HUTAN (FOREST CITY)

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Saya pergi ke Forest City. Saya telah baca banyak laporan berkenaan Forest City ini. Saya juga telah membuat banyak teguran terhadap pembangunannya. Tetapi semua maklumat berkenaannya saya dapati second hand. Oleh itu saya perlu lihat sendiri Forest City ini.

2. Ia dibina di atas empat buah pulau buatan di Perairan Johor dekat dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Luasnya luas. Jalan kelas Satu yang agak panjang telah dibina ke arah Forest City.

3. Apabila sahaja memasuki jalan dalam kawasannya, tiba-tiba landscaping yang cantik luar biasa menghiasi jalan.

4. Sepanjang jalan terdapat papan tanda yang dipasang kepada tiang lampu dengan tulisan dalam bahasa kebangsaan “Hartanah Hak Milik Kekal”.

5. Tetapi Najib telah mendakwa dengan marah bahawa tanah yang dijual kepada syarikat negara China ini hanya sebagai leasehold 99 tahun sahaja. Mungkin Najib tidak tahu. Mungkin tidak lihat papan tanda.

6. Najib berjanji selepas 99 tahun kita akan dapat tanah kita (kita orang Malaysia). Tetapi papan tanda kata lain.

7. Sebenarnya Najib boleh batal syarat “Freehold” kerana ia bertentangan dengan dasar negara yang mana semua hakmilik tanah baru mestilah leasehold – 30, 66, 90 atau 99 tahun. Ramai rakyat Malaysia yang memohon tanah kecil mereka diberi secara kekal (freehold) tetapi gagal. Tetapi nampaknya orang asing boleh dapat secara kekal.

8. Kata pepatah Melayu (yang tidak perlu kita pedulikan) “Anak di rumah kelaparan, kera di hutan disusukan”. Kesian.

9. Ya, memang cantik dan mengkagumkan pembangunan Forest City. Yang menarik sekali ialah landscaping yang sudah menang berbagai hadiah antarabangsa. Pelawat Malaysia dan luar diberi layanan istimewa. Selain dari menunjuk model plan Forest City, pelawat boleh guna kolam renang yang luas, pantai indah dihias dengan binatang anjing laut diperbuat dengan simen. Makan tengahari percuma.

10. Kebanyakan dari pelanggan datang dari negara China. Diadakan penerbangan khas dari beberapa bandar China ke Senai, Johor. Walaupun rakyat Malaysia boleh beli flat yang sedang dibina, tetapi 90% lebih dari pembeli ialah rakyat negara China.

11. Penghuni Forest City boleh tinggal secara lebih kurang kekal di Forest City. Tidak ada syarat melarang mereka dari menjadi warganegara Malaysia setelah tinggal sekian lama. Oleh kerana Forest City ini adalah dalam Malaysia, tidak ada sekatan bagi penduduknya memasuki mana-mana kawasan di Malaysia. Tetapi mereka perlu visa jika ingin ke Singapura.

12. Forest City ini pula diberi status bebas cukai. Status bebas cukai Langkawi sudah ditarik balik kerana merugikan Kerajaan. Tetapi mereka yang akan mendiami Forest City, kebanyakannya orang asing akan menikmati status bebas cukai apabila barangan import dari mana-mana termasuklah negara mereka sendiri diimport terus ke Forest City.

13. Ya. Memang hebat Forest City ini. Tetapi hari ini dilapor bahawa pengeluaran wang dari negara Cina tidak akan dibenar lagi. Apakah ini akan menghalang rakyat China dari membeli flat mewah di Forest City.

14. Saya diberitahu bahawa flat di Forest City boleh didapati percuma jika sebuah flat atau hartanah dibeli di negara China. Tidak akan ada bayaran yang perlu dibuat di Malaysia. Syarikat Forest City tidak perlu bayar apa-apa cukai di Malaysia kerana tidak mendapat apa-apa keuntungan di sini.

15. Jika duit tidak boleh dikeluar dari negara China, pembeli mungkin pinjam duit dari bank di Malaysia. Saya difahamkan bahawa seorang rakyat asing bernama Peter Sondakh membeli tanah di Malaysia dengan pinjaman 90% dari bank Malaysia. Orang Malaysia akan disoal panjang jikalau meminjam, mengeluar atau memasukkan wang RM50,000 atau lebih sebelum dilulus. Ini adalah oleh kerana Kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap pembersihan duit yang dicuri atau didapati secara haram.

16. Forest City ini akan diduduki hampir 90% orang asing. Apakah ia akan ditadbir oleh Dewan Bandaraya JB atau akan punyai dewan bandar sendiri. Apakah bahasa rasminya? Wallahu Wa’allam!

17. 700,000 penduduknya berhak keluar masuk ke mana-mana di Malaysia, mungkin membeli harta di lain-lain tempat, mungkin juga mengadakan bisnes.

18. Mengikut undang-undang Malaysia selepas 12 tahun mereka berhak menjadi warganegara Malaysia dengan hak mengundi. Tidak ada jaminan ini tidak akan berlaku. Bahkan dengan sokongan orang kuat masa boleh dipendekkan.

19. Sesungguhnya Malaysia amat pemurah. Siapa sahaja boleh tinggal di sini. Sejak merdeka sudah 700,000 kerakyatan telah diberi kepada orang asing. Benarlah Malaysia ini negara berbilang kaum. Dengan izin Najib ia boleh jadi lebih berbilang kaum.
Syabas.

Thursday, March 9, 2017

RASUAH

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Rasuah sudah jadi sebahagian dari budaya warga Malaysia. Ia bermula dengan kesedaran di kalangan ahli UMNO bahawa melalui sogokan duit seseorang boleh mendapat tempat dalam parti sehingga menjadi menteri dalam Kerajaan. Apabila mendapat tempat maka peluang menjual apa juga kuasa boleh menjadi seseorang itu kaya.

2. Maka Kerajaan pun menubuh badan-badan pencegah rasuah untuk membendung amalan yang buruk ini. Masyarakat sedar bahawa rasuah adalah jenayah yang buruk dan agama Islam melarangnya. Sedikit sebanyak badan-badan pencegah rasuah berjaya membendung amalan jenayah ini.

3. Sesungguhnya tidak ada masyarakat yang berjaya membendung rasuah seratus-peratus. Tetapi apabila pemimpin tertinggi menggalak amalan ini dan terlibat secara terbuka dengan rasuah, maka rasuah lebih menjadi-jadi apabila pengikut ambil iktibar dari amalan pemimpin.

4. Inilah yang sedang kita lihat di Malaysia. Kita bangga dengan kejayaan badan pencegah rasuah membuat penangkapan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan yang telah kumpul berjuta-juta Ringgit melalui rasuah. Mungkin ini disebabkan pencegah rasuah lebih cekap mengesan jenayah ini. Mungkin juga kerana hari ini lebih ramai pegawai tinggi yang bersedia menerima duit rasuah kerana percaya cash is king.

5. Rasuah di peringkat bawahan dan kecilan mungkin dipandang enteng. Apalah sangat sogokan ratusan atau ribuan Ringgit kepada pengundi dalam pilihanraya. Sedikit sebanyak wang sogokan yang sedikit boleh meringan tekanan kehidupan si miskin.

6. Tetapi yang harus disedari ialah sogokan kecil-kecilan ini boleh membawa malapetaka yang amat besar.

7. Perlu diingat bahawa sogokan dibuat kerana niatnya ialah bagi menjayakan sesuatu yang tidak baik, sesuatu yang salah yang akan membawa malapetaka dan kerosakan. Mereka yang berniat baik dan menghormati institusi pilihanraya dan kebebasan rakyat tidak akan menghulur wang atau lain-lain untuk mendapat undi pengundi.

8. Dan sesungguhnya yang menghulur wang rasuah dalam pilihanraya umum berhajat untuk menyalahguna kuasa sebagai PM, Menteri dan lain-lain jawatan yang diperolehi. Kita sedang lihat bagaimana pemimpin yang kita pilih dituduh melesapkan berbillion Ringgit, mengagihkan wang Kerajaan secara salah hanya kerana ingin menjadi popular supaya menang lagi dalam pilihanraya.

9. Kita lihat kerosakan negara, kejatuhan teruk nilai Ringgit, kekurangan duit Kerajaan yang terpaksa potong budget 30%, tidak cukup duit untuk biasiswa, terpaksa perah duit rakyat miskin dan kaya melalui GST dan bermacam lagi kerana memilih pemimpin yang mengguna sogokan untuk menang. Kita lihat bagaimana duit Kerajaan (rakyat) dimasukkan dalam akaun peribadi pemimpin yang dipilih kerana sogokan.

10. Akhirnya negara Malaysia yang dahulu digelar Harimau Asia, sekarang di kategori sebagai satu dari sepuluh negara yang tahap rasuahnya tertinggi di dunia. Kewangan negara merosot sehingga terpaksa perkenal GST dan meminjam berbillion dengan menggadai negara. Dan rakyat pun menderita, mengalami kerugian yang jauh lebih besar dari wang sogokan yang diterima.

11. Inilah sebabnya yang rasuah menjadi kesalahan dan ditegah sebagai jenayah. Inilah sebabnya rasuah dikutuk dan diharamkan. Duit yang diterima adalah duit haram seperti duit yang dicuri.

12. Apabila rasuah sudah menjadi sebahagian dari budaya bangsa, pemulihan tidak mudah dilakukan. Untuk ini badan-badan pencegah rasuah mestilah bebas dan dikuasai oleh Kerajaan seperti sekarang.

13. Jika terdapat Kerajaan dan pemimpin tertingginya yang terlibat dengan rasuah, pemulihan hanya boleh dijayakan jika pemimpin perasuah ini dijatuhkan dan diganti dengan yang lain.

14. Untuk ini tolak sebarang jenis rasuah. Jangan terima duit haram hasil pencurian.

Monday, March 6, 2017

NAZRI AZIZ

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Nazri mencabar saya supaya bertanding di kawasan Padang Rengas yang ia menjadi wakil rakyat.

2. Syabas saya ucapkan. Cabaran ini menunjuk betapa beraninya Nazri.

3. Sebabnya ialah kerana Nazri tahu saya tidak berhajat untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang. Oleh itu cabarannya ialah cabaran kosong.

4. Tetapi jika Nazri hendak sangat mencabar saya, bolehlah kita ada perbahasan terbuka berkenaan 1MDB, RM2.6 billion dalam akaun tuannya, pinjaman RM55 billion untuk keretapi pantai timur atau apa juga tajuk, termasuk BMF. Ini boleh diadakan tanpa syarat.

5. Kata Nazri Proton adalah seekor Gajah Putih. Semasa saya menjadi PM, Proton dapat kumpul tabung keuntungan sebanyak RM4 billion. Proton membina kilang baru di Tanjung Malim dengan kos RM1.8 billion tanpa pinjaman bank atau bantuan Kerajaan.

6. Di masa yang sama Proton membayar RM18 billion cukai kepada Kerajaan.

7. Kemerosotan Proton bermula apabila kereta buatan asing dibenar masuk dengan mudah, walaupun negara-negara pengeluar kereta ini menghalang kemasukan kereta Proton ke negara mereka dengan berbagai alasan.

8. Apakah kereta Proton begitu buruk? Hari ini kereta Proton buatan tahun 1985 masih boleh diguna. Ya. Ada kes tingkap tidak berfungsi. Tetapi itu cerita 10 tahun dahulu. Cermin tingkap Proton sekarang tidak bermasalah. Lain-lain kelemahan kereta Proton sudah diatasi.

9. Demikian juga dengan kereta buatan Korea dan Jepun. Dahulu tidak baik. Sekarang berkualiti. Dahulu dikatakan jika kikis cat akan ternampak label tin milo. Sekarang tidak siapa berani fitnah.

10. Kenaikan harga kereta import bukan disebabkan oleh Proton. Cukai kereta adalah suatu punca dana Kerajaan. Sebelum ada Proton pun harga kereta import memang tinggi jika diambil kira zaman kos sara hidup yang rendah.

11. Hari ini penjualan kereta Proton memang tidak laris. Sebabnya ialah kerana banyak kereta jenama asing boleh masuk dengan mudah. Pengeluar kereta asing adalah syarikat gergasi yang mengeluar berjuta buah setahun. Mereka boleh jual dengan harga yang murah sehingga rugi di Malaysia pun tidak menjadi masalah kerana mereka mendapat keuntungan yang besar dari negara mereka di mana mereka dapat lindungan Kerajaan dan mereka dapat eksport ke merata dunia. Namun kereta jenama asing sukar didapati di negara mereka kerana sekatan.

12. Kerajaan biasanya membiayai dana untuk research and development dalam industri pembuatan. Tetapi walaupun ada peruntukan dana untuk Proton, Kerajaan lambat membekal dan membekal kurang dari peruntukan budget bagi Proton. Namun Proton mengguna duit sendiri untuk develop tiga kereta baru. Ini menyebabkan masalah kewangan Proton.

13. Memang ada kelemahan-kelemahan dalam Proton, tetapi teknologinya sesuai untuk Malaysia, Australia dan Asean. Ada bantuan teknologi syarikat Eropah dalam Proton. Yang menjadi masalah ialah cashflow kerana kemasukan kereta asing memakan pasaran Proton.

14. Saya telah beli ketiga-tiga model baru Proton dan saya tidak menghadapi masalah menggunanya.

15. Saya yakin YB Menteri Nazri boleh beli kereta mewah yang diimport dan berbangga memperkecilkan kebolehan bangsa sendiri. Pada pendapat saya menjadi menteri dalam Kerajaan Najib jauh lebih mudah dari mengeluar kereta. Buat salah, menghilangkan berbillion Ringgit pun okay. TV3, Utusan dan New Straits Times akan lapor duit dapat dari raja yang sudah mangkat.

16. Gajah putih depan mata tak nampak. Semut di seberang laut ternampak uban dikepalanya. Dunia kata awak anggota geng pencuri. Awak kata awak bukan pencuri, hanya perompak sahaja.

Thursday, March 2, 2017

MAHATHIR RUNNING DOWN NATION

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. The aide to the Prime Minister says I have run down the nation with my claim that Malaysia has become one of the 10 most corrupt countries in the world.

2. Am I the only person to say this.

3. Let us list the reports on corruption in Malaysia.

Washington Dec. 16
Malaysia in top 10 most corrupt developing country

Country Rankings (Biggest exporters of illicit capital over Decade China, Russia, Mexico, India, Malaysia)

Transparency International Malaysia today rapped Prime Minister Najib Abdul Razak for not seriously tackling corruption following the 1MDB and RM2.6 billion donation affairs which drags Malaysia down four notches in the latest world Corruption Perception Index (CPI) ranking.

Speech by Jose Ugaz, Putrajaya, Malaysia
“No one can be in Malaysia and not be aware of the corruption allegations of recent months and how damaging they are to the country”

Scandal-list Malaysia PM Najib drops speech at anti-corruption conference.
The summit was agreed to be hosted just outside Kuala Lumpur before reports emerged that $700m (£456) linked to the debt – laden fund 1 Malaysia Development Bhd (1MDB) had allegedly entered Najib Razak’s personal accounts.

TITLE: Malaysia PM urged to come clean on scandal at anti- graft meeting

Feb 28, 2017 – 
Malaysia Corruption Rank.
No 60 of 175 countries in 2011
No 23 in 1995
No 1 Denmark
No 175 Somalia

Mar 18, 2016 – (Wall Street JournalCNBCAustralian National University)
1. Brazil
2. Malaysia
In 2009, Malaysia Prime Minister Najib Razak established a sovereign wealth fund called 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) to help the country attract foreign investment and boost its economy. Long story short, by 2015, 1MDB owed investors $11 billion. As investigations of the state fund got underway, it was revealed that $681 million dollars had been deposited into Najib’s personal account. The Prime Minister copped to the money transfer, but claimed it was a gift from Saudi royal family, about $620 millions of which he says he has returned. Two weeks ago, the 1MDB investigation uncovered that the total routed into Najib’s personal account was actually about $1 billion.
Malaysia is a de facto one-party country. All the country’s six post-independence prime ministers have come from the United Malays National Organisation (UMNO). That is why Najib owes his position to his party, not to the Malaysian people – good news for a man currently polling at 23 percent, the lowest ever for a Malaysian head of Government. He has spent the last half-decade strengthening his position within UMNO, and the past year since the 1MDB scandal broke purging his party of potential adversaries. This past summer, Najib fired his attorney-general, who had been leading the 1MDB investigation. Malaysia exemplifies how corruption drives man tall short in countries with a single party and weak governing institutions.

Malaysia on Times Magazine list of corruption scandals.
Malaysia has made an appearance in the influential Time magazine again, this time with the dubious distinction of being among a list of five countries whose corruption scandals are being highlighted.

Malaysia Rated as 2nd Most Corrupt Country IN THE WORLD

4. These are some of the reports on corruption in Malaysia. There are scores of similar reports in the media all over the world. The US Dep. of Justice (DOJ) reported on money stolen from 1MDB being laundered through purchases of properties and paintings and financing film production.

5. But in Malaysia the main stream media have never reported on 1MDB scandal after The Edge was forced to stop publication following a series of reports by it.

6. The PM’s aide will not know about these reports as Najib’s supporters only read the local papers which are not allowed to publish anything exposing Najib’s misdeeds. The aide knows about what I said regarding Malaysia’s corruption probably through my blog and reports in the alternative media.

7. Yes, I am working with the opposition parties to topple Najib. Only idiots or corrupt people would still support Najib and ignore the condemnation of him for money laundering by the rest of the world.

8. Yes, I did a U-turn. Only a stupid driver would drive straight on when seeing the road ahead has been blown up and is no longer passable. To support Najib who has been accused of stealing billions of Ringgit, and a dumb corrupt UMNO would make me a traitor to my country. Hence the U-turn.

9. The aide must have eaten a lot of bran in his mouth to make his stupid statement that I was running down the nation. The whole world has run down this nation.

8. A country that was once labelled an Asian Tiger is now labelled as the second most corrupt country in the world. That is the achievement of Najib as Prime Minister of Malaysia. And that achievement is due to Ministers and other BN leaders corruptly supporting him.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pendaftaran Keahlian PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Deklarasi Rakyat - Citizens Declaration
Part 2/3 Majlis Bicara Negara Bersama Tun M di Hotel Tower Regency, Ipoh

Tun M diserbu rakyat tadi di Suria KLCC

Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Sunday, March 13, 2016