Monday, November 5, 2018

SELAMAT HARI DEEPAVALI

blogtunm.blogspot.com Tun M 

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia. Hari Deepavali yang merupakan Festival of Lights dan turut diertikan sebagai perayaan di mana kebaikan mengalahkan kejahatan. Diharap memberi makna yang besar kepada penganut hindu di Malaysia tahun ini. Sepertimana apabila perayaan yang diraikan oleh rakyat Malaysia yang lain ianya dikongsi bersama dalam erti kata kita turut berkongsi kegembiraan yang dirasakan oleh rakan kita yang lain agama ataupun bangsa.

Hari Deepavali ini juga tidak berbeza walaupun ianya perayaan bagi penganut agama Hindu rakyat Malaysia yang lain turut merasakan kegembiraan tersebut kerana ianya menjadi ketenangan dan berasa selesa yang dapat dikongsi bersama. Perasaan sebegini memberi makna kepada ungkapan hormat menghormati dan perpaduan di dalam perbezaan ataupun unity in diversity. Atas semangat ini saya mengucapkan Selamat Hari Deepavali dan berharap sambutan kali ini memberi harapan kepada hari depan yang lebih bermakna.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019