Tuesday, April 4, 2017

POLIS

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Jahat sungguh polis Malaysia. Sementara Menteri-Menteri dan Najib sendiri tidak menghalang debat saya dengan Nazri, polis daerah pandai-pandai menyekat.

2. Kononnya sekolah tidak boleh guna; kononnnya ada kemungkinan rusuhan berlaku, ada protes dari rakyat dan bermacam lagi.

3. Semua ini kerenah polis. IGP pun tidak ada halangan. Katanya ini bukan business polis. Yang tidak beri kelulusan ialah pegawai daerah polis (OCPD).

4. Timbalan Menteri Dalam Negeri pun pegawai-pegawai polis tak hormat. Bukankah YB Nur Jazlan sudah berfirman bahawa ia tidak ada halangan. Bahkan dia sokong debat diadakan. Tetapi itu pun tidak dihiraukan oleh pegawai rendah polis. Ia tak beri atau tarik balik kelulusan.

5. Sesungguhnya pegawai rendah polis sudah ambil alih negara ini. Kerajaan, Menteri-Menteri dan Najib begitu demokratik, hendak beri kebebasan sepenuhnya kepada rakyat. Tetapi polis ganggu. Jahat sungguhlah polis.

6. Sekarang IGP sendiri terpaksa ikut kehendak pegawai dibawahnya. IGP pula tidak bersetuju supaya debat diadakan di Shah Alam.

7. Mujurlah Menteri Kewangan 2, Abdul Ghani mencadang supaya debat diadakan di hotel. Demikianlah minat Kerajaan untuk melihat debat diadakan.

8. Penganjur belum sambut cadangan baik ini. Jika tidak sambut janganlah salah Kerajaan demokratik Najib debat tidak diadakan. Jangan salah Nazri pun kerana Menteri Kerajaan ini menawar Antartica dan penguins yang penyokong saya tidak mampu pergi. Saya tak dapat tinggal negara demokratik ini terlalu lama.

9. Saya kecewa kerana untuk wacana “Nothing to Hide” dahulu pun polis buat kacau. Najib hilang peluang untuk mencerita bagaimana kawan Arabnya memberi kepadanya hanya USD681 million (2.6 billion Ringgit diwaktu itu) dan membisik bahawa ia patut masuk dalam akaun peribadinya, belanja sesuka hatinya tanpa pengetahuan sesiapa.

10. Kerana IGP bebas menghalang Najib, PM Malaysia tidak dapat bersih dirinya dari tuduhan tak berasas.

11. Kata Nazri Malaysia sudah jadi “Polis State”. Ya benar. Benang-benang halus yang menggerak bibir dan lidah polis sebenarnya tidak ada walaupun ternampak ada.

12. Syabas Malaysia, negara demokratik yang tidak ada tolok bandingnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019