Wednesday, December 6, 2017

SIASATAN ATAS 1MDB

blogtunm.blogspot.com Tun M
SEORANG peguam kanan Mahkamah Agung Amerika Syarikat dilapor Utusan Malaysia berkata meskipun Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) telah memfailkan pelucut hak sivil ke atas aset yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tetapi tidak ada tindakan mahkamah diambil ke atas 1MDB di AS.

Juga dilapor yang terdapat sedikit sahaja aktiviti berkaitan dengan kes itu dan tiada siapa yang dinamakan sebagai sasaran jenayah. ??Laporan penuh boleh dibaca di sini.

Peguam Negara Amerika Syarikat Jefferson Sessions pula dalam ucapannya di Global Forum on Asset Recovery di Washington DC, menyifatkan siasatan ke atas 1MDB sebagai siasatan ke atas kes “kleptokrasi paling teruk”.

Katanya hampir separuh daripada kutipan hasil rasuah bernilai AS$ 3.5 bilion yang telah dirampas oleh kerajaan Amerika Syarikat datang dari saman sivil berkaitan 1MDB.

“Pegawai yang didakwa rasuah dan sekutu mereka dilaporkan menggunakan dana 1MDB untuk “perbelanjaan mewah” seperti AS$ 200 juta untuk hartanah di California Selatan dan New York, AS $ 130 juta dalam karya seni, AS$ 100 juta untuk muzik dan kapal layar AS$ 265 juta”.

“Secara keseluruhan, pegawai-pegawa 1MDB didakwa melakukan pengubahan wang haram lebih daripada AS $ 4.5 bilion menerusi urus niaga yang kabur dan kompleks dan syarikat cengkerang dengan akaun bank di pelbagai negara seperti Switzerland, Singapura, Luxembourg dan Amerika Syarikat,” katanya.

“Ini kleptokrasi paling teruk.”

“Hari ini, Jabatan Keadilan AS (DOJ) sedang berusaha untuk memberi keadilan kepada mangsa-mangsa skim yang dikatakan ini,” katanya.

“Itulah sebabnya kita semua mesti berbuat lebih banyak untuk mempercepat permintaan Bantuan Perundangan Bersama (MLA).

“Permintaan ini memastikan bahawa pendakwa mempunyai bukti bahawa mereka perlu membawa penjenayah ke muka pengadilan,”

Laporan penuh kenyataan tersebut boleh dibaca di sini, dan laporan berita lanjut di sini dan di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019