Tuesday, May 31, 2022

THE RULE OF LAW

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Every country, every society, every organisation needs rules and laws. Without them there would be anarchy, a state of disorder and confusion which would lead to the society eventually disintegrating. In such an anarchy nobody would feel safe. Everyone will be in a state of fear.

2. But for various reasons certain individuals are placed above the rules and the laws. Still to ensure justice and fair treatment for everyone, being above the rules and the laws does not mean that the laws and rules would be totally disregarded.

3. For example, the laws forbid killing or murder. Being above the law does not mean that murder can be committed with impunity. And there are many laws, rules and policies which cannot be breached even by those above the law.

4. Those who are exempted must still avoid breaches which are harmful to society or to individuals. In other words, being above the laws does not mean total disregard for the laws, the rules and regulations.

5. It is fortunate that in Malaysia privileges are not often abused. Even if the privileges are abused, Malaysians are tolerant and forgiving. But of course, we do not know the limit of such tolerance. It is far better to avoid abuses. The privileged must bear this in mind.


Thursday, May 19, 2022

PEGGING THE RINGGIT

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Bank Negara knows best about the management of the Ringgit. It should not be pegged.

2. However, I am curious about how pegging the Ringgit in 1998 helped in the economic recovery of Malaysia. I say this because even the International Monetary Fund (IMF) and the World Bank agreed that Malaysia did the right thing.

3. Admittedly, the financial situation then was worse than now. And our reserves then was not as big as now. Still, we overcame the financial and economic problems caused by the depreciation of the Ringgit through pegging the Ringgit at RM3.80 per USD.

4. When the Ringgit is pegged would it cause the outflow of foreign investments in Malaysia? From the little that I know about finance, outflows of foreign investment is due to the expectation of further depreciation of the Ringgit or shares. When the Ringgit was pegged there would not be further depreciation against the USD. Assured of the value of their investments, the need to divest was removed.

5. Let’s say an investor invested 1 million USD at the time when the Ringgit was stronger – say RM 3.80 per 1USD. Effectively his investment would be worth 3.8 million Ringgit in Malaysia. This value would be sustained when the Ringgit is pegged.

6. But if the Ringgit depreciates to 4.5 to 1USD, he would get only 844,000 USD from his 1 million Dollar investment should he divest. Fearing further depreciation he would change the Ringgit into USD and get out with 844,000 USD. He would have lost 156,000 USD.

7. A merchant importing in USD would have to change RM4,500,000 to get 1 million USD if the Ringgit depreciates to 4.50 Ringgit to 1 USD. Obviously when the Ringgit depreciates, the cost of I million imports in USD would be RM4,500,000.

8. On the other hand, if the Ringgit is pegged at 3.80 the cost of import would be only 3.8 million Ringgit per 1 million USD. A pegged Ringgit would save 700,000 Ringgit in the cost of import.

9. When the Ringgit depreciates the cost of production would be lower if there is no pay revision upwards. On the other hand, the cost of imported raw materials and components would increase and negate the gain from lower wages. Logistical cost would also increase, again reducing the gain from production cost. A depreciated Ringgit does not necessarily reduce cost of production.

10. Assuming that the Ringgit remains pegged at RM3.80 per USD, the cost in Ringgit would not change. Budget estimates would be sustainable.

11. Wherever an importer wishes to buy something in U.S. Dollar, the Central Bank should have enough USD to sell at the pegged rate i.e. RM3.80 per USD.

12. In 1998 the Central Bank had less reserves. We did not know whether the reserves were held in cash, and if in cash, in what currency. Still, we were able to change Ringgit into USD so as to pay in USD. Now the Central Bank has more reserves in USD, I believe. Earnings in USD should be deposited with the Central Bank, in exchange for Ringgits. There should be no shortage of USD when needed.

13. There were problems of course. But we were able to set up subcommittees to deal with them in 1998. This included the recapitalisation of banks and businesses.

14. The fact remains that the pegging was successful. As mentioned above the IMF and World Bank admitted that Malaysia did the right thing and helped other countries to overcome the serious devaluation of their currencies also. We were even able to deal with CLOB, the stock market set up by Singapore.

15. I am just curious. We have more savings and reserves now compared to 1997- 8. Yet I am told that if we peg, we may go bankrupt?

16. And neither have they suggested any possible solutions?

Tuesday, May 17, 2022

ZAHID PENIPU

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Saya disaman Dato Seri Zahid Hamidi kononnya saya memfitnah beliau berkaitan beberapa pertemuannya dengan saya semasa saya menjadi Perdana Menteri Kerajaan Pakatan Harapan.

2. Ianya berkisar tentang kenyataan saya bahawa dia minta saya campur tangan dalam urusan perbicaraan kes mahkamah yang beliau hadapi.

3. Oleh kerana perkara ini akan menjadi kes mahkamah, saya tidak bertujuan untuk ulas panjang tentang tuduhan Zahid di sini.

4. Saya akan jumpa dia di mahkamah dan telah arah peguam saya menyampaikan kesediaan saya.

5. Sebenarnya saya bosan dengan sikap Zahid. Tindakan saman yang diambil hanya sebagai usaha untuk tutup penipuannya menerusi proses mahkamah.

6. Zahid ini penipu. Orang putih kata “compulsive liar”, pembohong tegar. Dulu semasa kempen pilihanraya umum ke-14, dia keluar kenyataan kononnya kad pengenalan saya yang asal menamakan saya sebagai Mahathir a/l Iskandar Kutty.

7. Dia dakwa bahawa IC biru saya dengan nama tersebut dihantar kepadanya oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara. https://www.malaysiakini.com/news/390299

8. Dakwaan ini dibuat Zahid kerana hendak tuduh bahawa saya berketurunan India dan telah mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun saya jadi Perdana Menteri.

9. Saya tunggu apakah Zahid akan keluar bukti ini pada khalayak ramai. Tetapi sampai habis pilihanraya tidak.

10. Dia nak burukkan saya sedemikian untuk mempamer kepada umum yang saya menipu mengenai status bangsa saya.

11. Dengan itu dia mahu pertikai kelayakan saya pimpin UMNO, parti-parti Melayu yang lain dan seterusnya orang Melayu keseluruhannya.

12. Kononnya saya “anak lelaki” dan bukan “bin”, jadi saya ini bukan Melayu.

13. Ya, saya memang pun ada darah keturunan India dan ini saya nyatakan dalam buku saya. Saya tidak nafi. Tapi hakikatnya sijil lahir dan kad pengenalan saya adalah Mahathir bin Mohamad.

14. Mengikut takrifan perlembagaan Malaysia (Perkara 160) saya Melayu dan perjuangan saya adalah untuk pertahan kepentingan bangsa saya.

15. Ibu dan bapa saya dilahirkan di Tanah Melayu sebelum Merdeka dan kami semua beragama Islam. Sejak kecil, pertuturan keluarga saya di rumah adalah Bahasa Melayu serta adat yang kami amal adalah adat Melayu.

16. Sebelum ini saya tidak gemar mengguna mahkamah walau ramai yang memfitnah saya kerana saya sedar di dalam kempen politik akan ada yang bertindak di luar batas dan had.

17. Tetapi kali ini saya merasa perlu bertindak kerana sikap pembohong Zahid ini amat memualkan dan tidak boleh dibiar begitu sahaja. Ia bukan saja kerana ia merosak reputasi saya tetapi penipuannya kepada penyokong Umno dan orang Melayu lain demi untuk dia mahu kekal berkuasa amat merbahaya.

18. Saya sedang pertimbang untuk ambil tindakan undang-undang kerana pembohongan Zahid yang memfitnah saya.

19. Saya cabar Zahid untuk tunjuk bukti tentang identiti saya yang pertikai diri status bangsa saya sebagai orang Melayu.

20. Jika dia tidak meminta maaf dan menarik balik fitnah itu, saya akan ambil tindakan mahkamah.


Wednesday, May 11, 2022

MATA WANG

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Saya takut memberi pandangan saya terhadap nilai Ringgit kerana saya akan diketawa pakar kewangan. Tetapi walaupun saya akan diketawa orang saya memberanikan diri memberi pendapat saya berkenaan duit Ringgit kita yang naik turun nilainya. Pendapat saya didapati semasa menangani krisis mata wang pada 1997-8. Walaupun tindakan Malaysia dikecam hebat tetapi ia berjaya menghentikan ketidaktentuan nilai Ringgit dan kewangan kita dipulih semula. Akhirnya pihak IMF dan World Bank mengakui bahawa tindakan Malaysia berjaya menghentikan ketidaktentuan nilai Ringgit dan kemiskinan yang berlaku kerananya.

2. Semua orang sedar bahawa bank dibenar memberi pinjam duit yang tidak ada pada mereka. Syaratnya apabila hutang dibayar, jumlah wang itu dijadikan sebahagian dari aset bank. Dan berhaklah bank memberi pinjam duit yang telah menjadi aset hari ini. Benar atau tidak pakar boleh godam saya.

3. Demikian juga dengan peniaga mata wang. Mereka boleh beri pinjam atau jual duit yang tidak ada pada mereka. Pinjaman atau penjualan ini menjadi sah apabila duit ini disampaikan kepada peminjam atau pembeli kemudian.

4. Tetapi penjualan Ringgit oleh mereka menyebabkan pasar kewangan dipenuhi dengan Ringgit. Mengikut teori supply and demand, apabila supply bercambah, permintaan akan berkurangan. Apabila tidak ada demand untuk Ringgit, nilai Ringgit akan jatuh.

5. Apabila nilai Ringgit jatuh permintaan akan meningkat. Peniaga mata wang akan beli Ringgit yang sudah jatuh nilai dan akan deliver kepada pembeli yang telah beli Ringgit pada nilai yang tinggi sebelum jatuh nilainya.

6. Maka beruntunglah peniaga kerana menjual Ringgit di masa nilainya tinggi dan membekal kemudian dengan Ringgit yang dibeli semasa nilainya rendah.

7. Malangnya, apabila nilai Ringgit jatuh, pihak yang pinjam atau peniaga akan rugi. Mereka perlu bayar dengan lebih banyak Ringgit yang sudah jatuh nilai. Katakanlah mereka pinjam RM1,000 diwaktu nilainya tinggi, apabila nilai jatuh 50 peratus, mereka mesti bayar hutang atau harga belian asal dengan RM2,000. Maka rugilah peminjam atau peniaga, sementara peniaga mata wang untung RM1,000 kerana di waktu pinjam RM1000 cukup untuk kos tetapi di waktu nilai Ringgit jatuh 50%, lebih banyak Ringgit diperlukan.

8. Inilah yang berlaku pada 1997-8 diwaktu mana nilai Ringgit jatuh kerana peniaga mata wang menjual banyak Ringgit yang bukan pun dimiliki oleh mereka. Harapan mereka ialah apabila nilai Ringgit jatuh, mereka boleh beli Ringgit murah ini untuk dibekal kepada pembeli asal.

9. Apabila kita tetapkan nilai Ringgit pada RM3.80 satu Dollar U.S., dan kita jamin bekalan U.S. Dollar kepada sesiapa yang sanggup membayar RM3.80 untuk 1 Dollar U.S. maka nilai Ringgit tidak lagi akan turun naik. Dan peniaga mata wang pun tidak dapat turunkan nilai Ringgit dengan menjual Ringgit dengan banyaknya untuk jatuhkan nilainya.

10. Sebaliknya jika peminjam hutang Dollar dan nilai Dollar naik, lebih banyak Ringgit diperlukan untuk membayar hutang satu Dollar. Ini merugikan peminjam dan menguntungkan peniaga mata wang.

11. Sekarang kita lihat nilai Ringgit naik turun kerana nilainya tidak ditetap dan dijamin oleh Kerajaan. Dagangan Malaysia melonjak naik yang mana ini menyumbang kepada ekonomi negara. Tetapi di masa wabak Covid-19 nilai Ringgit tidak stabil. Ada masa ia naik dan ada masa ia menurun.

12. Bagi peniaga yang import bahan dengan Dollar America atau meminjam Dollar America, jatuhnya nilai Ringgit berbanding Dollar America meningkatkan Ringgit kos pengeluaran dan harga pasar produk. Kerana kenaikan ini harga baru jualan perlu ambil kira nilai Ringgit berbanding dengan Dollar Amerika.

13. Tetapi jangan cakap berkenaan fixed exchange rate. Ini taboo, haram. Ya. Pada 1997-8 fixed exchange rate selamatkan kita. Tetapi itu kerana orang politik tidak faham sistem kewangan. Jangan ikut mereka.


Friday, May 6, 2022

PENAMATAN PERKHIDMATAN TAN SRI APANDI ALI

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Tan Sri Apandi Ali telah fail tuntutan di Mahkamah terhadap saya setelah saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Dia tuduh yang saya berniat jahat dan tidak turut undang-undang dalam menamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara.

2. Saya telah beri kenyataan saya kepada pihak Peguam Negara. Saya pertahan tindakan saya dan percaya bahawa saya telah ikut prosidur yang ditetapkan dengan menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara.

3. Pada masa itu saya berasa Tan Sri Apandi tidak dapat bertindak bebas kerana beliau merupakan peguam UMNO sejak sekian lama.

4. Dia tidak mungkin dapat berlaku adil dalam siasatan terhadap 1MDB dan salahlaku Dato Seri Najib. Malahan dia telah kata bahawa Najib tidak bersalah kerana kononnya tiada kes, sebelum apa-apa tindakan siasatan dibuat.

5. Sikap berat sebelah Apandi ini terbukti apabila Najib didapati bersalah oleh hakim Mahkamah Tinggi dan Rayuan dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.

6. Semasa saya beri keterangan kepada pihak Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) bagi persediaan kes saman Apandi terhadap saya, saya telah dimaklum bahawa proses penamatan perkhidmatan itu betul dan mengikut prosidur dan Rule of Law.

7. Mereka maklumkan bahawa saya dan kerajaan telah memberi nasihat betul pada Yang di-Pertuan Agong supaya Tan Sri Apandi Ali ditamatkan perkhidmatan.

8. Saya terkejut apabila baca berita baru-baru ini tentang satu penyelesaian diluar mahkamah dibuat diantara Kerajaan dan Apandi. Terma penyelesaian juga dirahsiakan.

9. Saya tidak pun dimaklum tentang terma penyelesaian walaupun saya merupakan saksi utama.

10. Saya menulis pada Peguam Negara. Saya tidak bersetuju dengan cara penyelesaian tersebut dibuat. Saya berasa kerajaan tidak sepatutnya tunduk memandang bahawa tindakan penamatan perkhidmatan Apandi mengikut semua urusan dan kuasa yang ada pada Kerajaan.

11. Saya tidak faham kenapa terma penyelesaian harus dirahsia dari saya serta rakyat. Rakyat berhak tahu. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan pampasan.

12. Apakah pampasan perlu dibayar jika tindakan dibuat mengikut undang-undang? Di mana prinsip Rule of Law.

13. Saya berpendapat penyelesaian memberi pampasan besar itu untuk seorang yang gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik adalah amat dikesali diwaktu mana sekalipun. Saya tidak mengaku salah dan bersedia untuk tuntutan Apandi di adili di mahkamah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019