Wednesday, June 30, 2010

JAMBATAN

blogtunm.blogspot.com Tun M 
Tambak Johor Digantikan Dengan Jambatan
1. Di laporkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Johor telah bertitah bahawa baginda suka untuk melihat jambatan menggantikan tambak Johor.

2. Demikian juga dititah oleh Al-Marhum Sultan Iskandar bahawa baginda hendak tambak Johor diganti dengan jambatan.

3. Saya tidak pernah dengar rakyat Johor kecuali seorang yang bersetuju kekalkan tambak dan kesesakan lalulintas di Johor Bahru kerananya. Demikian juga saya tidak dengar bantahan oleh rakyat Malaysia terhadap projek jambatan mengganti tambak Johor ini.

4. Terdapat juga surat daripada Perdana Menteri Singapura yang dahulu – Goh Chok Tong yang disiarkan oleh Kerajaan Singapura dalam buku “Water Talks – If Only It Could” bahawa beliau tidak membantah pembinaan jambatan di perairan Malaysia jika itu dikehendaki oleh Kerajaan Malaysia.

5. Yang menolak pembinaan jambatan ini hanyalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 yang mendakwa rakyat Johor tidak mahu jambatan ini walaupun 3 hari sebelum kenyataan ini dibuat Timbalan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Perdana Menteri ketika ini, telah mengesahkan bahawa Jambatan berkenaan tetap akan dibina.

6. Soal yang ditanya oleh ramai kepada saya, dan saya yakin yang tertanya-tanya oleh majoriti rakyat ialah kenapakah Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri yang penuh berkuasa tidak sanggup meneruskan pembinaan jambatan ini? Apakah beliau terikat janji dengan PM ke-5? Apakah status janji ini?

7. Dengan itu banyaklah tuduhan-tuduhan di buat yang mungkin akan memedihkan telinga pihak yang berkenaan.

8. Walaupun pemimpin UMNO Johor telah ikrar mereka akan terus sokong BN tetapi di kalangan pengundi berbilang kaum ramai yang kurang percaya akan kewibawaan Kerajaan dan belum membuat keputusan berkenaan siapa pilihan mereka. Dan NGO-NGO Melayu di seluruh negara juga berpendirian yang sama.

9. Saya tulis berkenaan jambatan untuk ganti tambak Johor kerana saya percaya rakyat ingin tahu dan berhak diberitahu.



THE JOHORE CAUSEWAY / TAMBAK JOHOR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019