blogtunm.blogspot.com Tun M
1. Di waktu Muhyiddin rancang untuk terima UMNO dan Najib sebagai rakan dalam parti baru, beliau janji tidak akan sentuh perbicaraan kes-kes Najib dan lain-lain kes yang melibatkan beberapa pemimpin UMNO. Perbicaraan akan diteruskan.
2. Siapakah orang ini? Mereka ialah:
i. Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak
ii. Dato’ Seri Ahmad Zahid bin Hamidi
iii. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor
iv. Datuk Seri Abdul Azeez bin Abdul Rahim
v. Datuk Seri Ahmad bin Maslan
vi. Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin
3. Sekarang jumlah wakil rakyat yang menyokong Muhyiddin hanya 114, iaitu tiga sahaja lebih dari separuh (111 wakil rakyat).
4. Jika enam orang ini didapati bersalah oleh mahkamah, mereka tidak lagi jadi wakil rakyat. Dengan itu penyokong Muhyiddin tinggal 108 – iaitu kurang dari separuh.
5. Maka Kerajaan Muhyiddin pun akan jatuh.
6. Sebab itu Muhyiddin akan tentukan enam orang wakil rakyat akan didapati tidak salah.
7. Kita sudah lihat bagaimana Riza Aziz dilepas dan Musa Aman juga sudah dilepas.
8. Sudah tentu enam orang ini juga akan didapati tidak bersalah. Maka selamatlah Muhyiddin.
9. Dunia akan ketawa melihat Kerajaan pintu belakang ini putar undang-undang. Yang salah tidak salah. Yang benar salah.
10. Yang menang kalah. Yang kalah menang.
11. Syabas.
12. Norma baru sudah dicipta.