Thursday, March 29, 2018

MALU

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Najib malu jika Perdana Menteri (PM) Malaysia terdiri dari orang tua berumur 90 tahun lebih.

2. Tetapi Najib tak berasa malu apabila Malaysia mempunyai PM yang dunia kenal sebagai kleptokrat, perasuah dan pencuri.

3. Apabila percubaan untuk membersihkan duit yang dicuri dari 1MDB oleh anak tirinya dengan membeli mahligai di London, New York dan Hollywood, membuat filem lucah dan sebagainya dan didakwa oleh Department of Justice Amerika Syarikat kerana melanggar undang-undang “money laundering” di Amerika dan harta-harta yang dibeli dirampas, Perdana Menteri Malaysia yang dituduh terlibat tidak berasa sedikit pun malu.

4. Kapal layar Equanimity dirampas oleh polis Indonesia bersama Federal Bureau of Investigation (FBI) – Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat. TV dan majalah Indonesia melapor kapal ini dibeli dengan duit yang dicuri dari 1MDB oleh Jho Low, sahabat karib Najib. Seluruh Indonesia dan kepimpinannya sekarang tahu Najib terlibat dengan mencuri duit 1MDB, Najib sedikitpun tak berasa malu.

5. Malah Najib hadiri mesyuarat ASEAN/Australia di Melbourne tanpa sedikit pun berasa malu berada bersama Presiden Indonesia dan Perdana Menteri Australia dan Singapura, bahkan semua ketua-ketua kerajaan yang hadir tahu akan pencuriannya.

6. Tidak pun malu apabila cuba menasihat ketua-ketua Kerajaan ASEAN dan Australia akan cara menangani masalah.

7. Negara malu mempunyai Perdana Menteri yang seluruh dunia percaya telah selewengkan berbillion Ringgit duit Kerajaan. Negara malu Malaysia diklasifikasi sebagai negara rasuah dan kleptokrasi. Demikianlah rakyat berasa malu sehingga tidak mengakui rakyat Malaysia apabila ditanya di luar negara.

8. Rakyat Malaysia malu tetapi Perdana Menteri mereka tidak malu. Kononnya mempunyai Perdana Menteri, berumur lebih dari 90 tahun memalukan Najib.

9. Sesungguhnya amat pelik Perdana Menteri Malaysia ini. Apalah nasib rakyat Malaysia mendapat Perdana Menteri yang dipandang hina oleh dunia dan tak tahu malu.

10. Rakyat malu.

11. Najib tak malu; tak malu apabila berjumpa dengan pemimpin negara lain dengan berlagak sebagai seorang yang boleh nasihat pemimpin negara lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019