Friday, August 20, 2021

TINDAKAN UNTUK COVID-19 (DARURAT)

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Majalah Economist melapor bahawa Malaysia adalah negara yang terburuk sekali dalam dunia berkenaan dengan mengawal wabak COVID-19. Malaysia dikatakan negara “worst performer” berbanding negara lain di dunia.

2. Kita dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan bahawa pada hari ini, 20hb Ogos, 23,000 orang telah dijangkiti oleh COVID-19. Seramai 233 orang telah meninggal dunia dan beberapa lagi telah bunuh diri.

3. Tekanan jiwa yang dipikul oleh semua rakyat amatlah berat. Ramai yang kehilangan ahli keluarga, kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa, yang dengan tiba-tiba jadi yatim piatu, kehilangan ketua rumah, kehilangan kawan dan keluarga.

4. Penderitaan mereka amatlah teruk sehingga ada yang bunuh diri.

5. Sebilangan orang yang ingin menyumbang tenaga dan kepakaran mereka untuk menghalang perkembangan wabak ini meminta supaya mereka diberi pengiktirafan oleh Kerajaan, tetapi ditolak. Mereka sanggup bekerja secara sukarela.

6. Mereka ini terdiri dari pakar perubatan, ekonomi, sosiologi dan lain-lain. Mereka mempunyai pengalaman menangani krisis. Mereka boleh bantu dalam usaha melawan wabak seperti ini.

7. Sekarang kita ada Kerajaan yang baru yang mungkin sibuk dengan urusan lain. Sebaliknya wabak ini memerlu pelbagai tindakan segera.

8. Jika badan yang mereka cadang diletak di bawah Kerajaan, politik akan mengganggu tindakan mereka. Adalah lebih baik jika mereka dilantik dan diletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

9. Saya khuatir wabak ini akan melanda negara dan ratusan yang akan meninggal dunia. Ekonomi tidak boleh pulih dan penderitaan orang ramai akan meningkat.

10. Percayalah wabak ini tidak mudah dikawal. Ia tidak akan pergi dengan sendirinya. Di waktu ini keadaan sudah jadi amat serius. Ia boleh jadi lebih serius dalam masa yang terdekat.

11. Kita perlu bertindak sekarang ini juga. Janganlah utama politik dan undang-undang pun. Sebenarnya inilah masa isytihar darurat kerana tindakan luar biasa perlu diambil. Kita tidak boleh tunggu Kerajaan disusun sebelum bertindak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019