Sunday, August 14, 2016

CAMPUR TANGAN ASING / FOREIGN INTERFERENCE

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Seperti biasa Najib gelabah apabila kenyataan benar berkenaan salahlaku olehnya didedah.

2. Demikian pendedahan yang dibuat oleh Department of Justice (DOJAmerika Syarikat berkenaan salahguna wang oleh keluarga dan kawannya dan oleh “Malaysian Official 1” yang semua tahu ialah Perdana Menteri Najib sendiri.

3. Najib dan konco-konconya memikir akan cara memutarbelit fakta yang didedah supaya rakyat Malaysia tertipu.

4. Kali ini kenyataan oleh DOJ dituduh sebagai usaha campur tangan dalam urusan negara Malaysia.

5. Apakah Amerika Syarikat yang begitu menghargai dasar Najib terhadapnya dan persahabatan Najib dengan Presiden Obama, berhasrat untuk menjatuhkan Najib. Mereka perlukan Najib menandatangani TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik). Untuk menjatuh banyak cara yang boleh diguna seperti yang kita lihat di Timur Tengah.

6. Yang sebenar berlaku ialah pencabulan undang-undang Negara Amerika oleh keluarga Najib, kawannya dan Malaysian Official 1.

7. Money laundering (pembersihan wang haram) sudah ditakrif sebagi jenayah dikebanyakan negara. Ini disebabkan pendapatan daripada mencuri dan dagangan dadah sering dibawa ke negara lain untuk dibelanja.

8. Kemasukan wang kemana-mana negara (termasuk Malaysia) akan diperiksa untuk menentukan punca wang itu. Jika wang itu halal sekalipun cukai pendapatan perlu dibayar.

9. Jika punca wang berkenaan tidak dapat disahkan halal, iaitu ia mungkin dicuri atau berpunca daripada dagangan haram ia akan dirampas oleh pegawai negara berkenaan.

10. Duit berbilion dolar yang dibelanja oleh Riza AzizJho Low mengguna wang dari bank Amerika, membiaya pembelian hartanah dan lukisan di Amerika, membayar hutang judi dan pengeluaran filem lucah Wolf of Wall Street. Oleh kerana wang haram dibawa masuk ke Amerika mengguna bank Amerika dan dibelanja di sana maka ia melanggar undang-undang Amerika.

11. Negara itu berhak mengambil tindakan undang-undang negaranya seperti Malaysia juga berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap orang asing yang melakukan jenayah di Malaysia. Jenayah oleh orang asing tidak dikecualikan dari undang-undang mana-mana negara.

12. Untuk elak dari barangan yang dibeli dengan duit haram dihilangkan, DOJ mengambil tindakan sivil bagi merampas barangan yang dibeli oleh Riza dan Jho Low. Kemudian baru mereka akan dituduh bawah undang-undang jenayah.

13. Di Amerika kebebasan media tidak boleh disekat seperti di Malaysia. Tuntutan media supaya didedah segala urusan pemerintah tidak boleh diketepikan. Dalam kes yang diketahui seluruh dunia seperti penyelewengan 1MDB oleh Najib, tidak ada kemungkinan DOJ rahsiakan maklumat yang ada padanya. Namun nama Najib tidak disebut.

14. Jenayah Najib di Malaysia boleh dirahsiakan secara haram. Tetapi janganlah harap negara asing akan rahsiakan jenayah yang dilakukan di negara mereka oleh kita.

15. Jika pendedahan ini boleh mempengaruhi sikap rakyat terhadap Kerajaan Najib, yang salah ialah Najib. Kenapa cuba guna duit haram di Amerika.

16. Duit haram yang banyak tidak boleh disembunyi. Duit sebegitu banyak tidak boleh diurus tanpa diketahui oleh orang, tanpa catitan dalam buku dan dokumen. Jika disimpan di Malaysia pun, akhirnya akan diketahui orang juga. Yang haram tetap haram.

17. Wang tunai (cash) mungkin Raja. Tetapi ia juga satu belenggu yang boleh meruntun turun pemiliknya sehingga jatuh tersungkur.


ENG VERSION
FOREIGN INTERFERENCE

1. As usual Najib panicked when true statements in respect of his misconduct are exposed.

2. So thus disclosure made by the Department of Justice (DOJ) of the United States in respect of misuse of funds by family and friends and by the “Malaysian Official 1” which everyone know is Prime Minister Najib himself.

3. Najib and his cohorts will think of ways to twist facts that were exposed so that Malaysians will be fooled.

4. This time the statement by The Department of Justice is alleged as attempts to interfere in the affairs of Malaysia.

5. Does the United States of America, who really appreciated Najib’ policy towards the country and Najib’s friendship with President Obama, will seek to topple Najib. They needed Najib to sign the TPPA (Trans-Pacific Partnership Agreement). There are a lot of ways that can be used to bring down, as we see in the Middle East.

6. What actually happened is a violation of the laws of the United States by Najib’s family, his friends and Malaysian Official 1.

7. Money laundering (cleansing illegal money) has been classified as a crime in many countries. This is because stolen money and proceeds from drug trade are often taken to another country for spending.

8. The transfer of money into any country (including Malaysia) will be scrutinized to determine the source of the money. Even if the money is legal income taxes are still payable.

9. If the source of the money cannot be ascertained legal, that is, it may have been stolen or arose out of an illegal trade, it will be confiscated by officials of the countries concerned.

10. Billions of dollars of money had been spent by Riza AzizJho Low using money from American banks, to finance the purchase of properties and paintings in America, to pay for gambling debts and the production of the pornographic film Wolf of Wall Street. As illegal money had been brought into the United States using American banks, and spent there, this violates American law.

11. That country has the right to take legal action, just like Malaysia is also entitled to take legal action against foreigners who commit crimes in Malaysia. Crimes by foreigners are not exempted from the laws of any country.

12. In order to avoid the goods purchased with illegal money being spirited away, the Department of Justice took civil action to seize the goods purchased by Riza and Jho Low. Then, will they be charged under criminal law.

13. In America, media freedom cannot be blocked as in Malaysia. Media’s claim that all matters of government be revealed cannot be ignored. In cases known worldwide, such as misappropriation of 1MDB by Najib, there is no possibility that the Department of Justice will conceal the information available to it. But Najib’s name is not mentioned.

14. Najib’s crime in Malaysia can illegally be kept secret. But do not expect foreign countries to conceal crimes committed in their country by us.

15. If this exposure can affect people’s attitude towards the Government of Najib, the one to be blamed is Najib. Why try to use illegal money in the United States.

16. Money laundering on such a big scale cannot be concealed. Such a big sum of money cannot be managed without being noticed by someone, without entries in books and documents. If kept in Malaysia too, it will eventually be known as well. What is Illegal is still illegal.

17. Cash may be King. But it is also a shackle that can drag its owner down to his knees
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019