Thursday, August 26, 2021

TINDAKAN UNTUK COVID-19 (KEPADA SEMUA PENDUDUK MALAYSIA)

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Kita sedang diserang oleh wabak COVID-19, satu malapetaka yang boleh bawa maut kepada ramai dari kita, dari keluarga kita, ibu bapa kita, sahabat kita, kenalan kita.

2. Sehingga kini sudah 12,000 orang meninggal dunia kerana jangkitan COVID-19. Ramai yang tidak dapat dirawat di hospital dan menjadi teruk dan meninggal. Ramai yang tak dapat makan, jauh sekali dari pendapatan.

3. Keadaan sekarang amat teruk. Tiap hari 20,000 dijangkiti COVID-19, tidak dapat rawatan, tinggal di rumah, menjadi lebih teruk dan meninggal.

4. Oleh kerana keadaan ini orang ramai perlu pandang serius wabak ini dan sanggup menerima segala tindakan untuk kurangkan kes baru.

5. Memang menekan apabila mengamal prosedur operasi standard (SOP). Memang sukar untuk patuh arahan memisah diri dengan jauh dari orang lain sepanjang masa, memakai pelitup muka, membasuh tangan. Memang sukar untuk tidak ke pasar dan lain-lain.

6. Tetapi jika tidak sanggup mengamal arahan ini, lebih ramai akan dijangkiti, dan maut setiap hari.

7. Satu cara yang penting ialah suntikan vaksin. Cuba dapat suntikan secepat mungkin. Kita lebih selamat jika disuntik. Ini sahaja cara menyelamat kita. SOP menolong tetapi vaksin lebih mampu selamat kita.

8. Ya, memang menekan semua ini. Tetapi jika kita tidak sanggup mengalami kesusahan, keadaan akan jadi lebih teruk dan ramai yang akan dijangkiti dan meninggal dunia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019