Thursday, March 10, 2022

SEJARAH SINGKAT

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Selama hampir 60 tahun Malaysia merdeka telah memperlihat kestabilan dan kemajuan luar biasa berbanding dengan negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama.

2. Tiap lima tahun Pilihanraya Umum diadakan dan rakyat memilih Kerajaan mengikut sistem demokrasi. Kerajaan yang dipilih dapat mentadbir negara tanpa gangguan.

3. Pada 9 Mei 2018 rakyat sekali lagi memilih Kerajaan. Tetapi mereka menolak parti BN buat kali pertama. Mereka memilih parti Pakatan Harapan (PH) sebagai Kerajaan Malaysia.

4. Malangnya sekutu Pakatan Harapan (Bersatu) dan secebis dari parti PKR merancang untuk mengkhianati rakyat dan menjatuhkan Kerajaan pilihan mereka. Satu Kerajaan pintu belakang telah dihasilkan.

5. Sejak itu politik negara menjadi tidak stabil kerana dengan mudah Kerajaan boleh dijatuhkan tanpa pilihan raya. Hanya dengan lompatan beberapa wakil rakyat masuk parti yang kalah, parti yang ditolak oleh rakyat boleh jadi Kerajaan.

6. Kerana kerajaan pintu belakang ini mudah dijatuhkan, mereka berada dalam ketakutan. Dan kita lihat bagaimana Kerajaan pintu belakang ini dijatuh melalui pintu belakang juga oleh orang yang sama.

7. Akhirnya Kerajaan Johor ini dibubar. Pada 12 Mac rakyat Johor berpeluang mengembalikan demokrasi. Tetapi jika bekas-bekas Kerajaan pintu belakang yang juga ahli perasuah dipilih kali ini tentulah sia-sia sahaja pilihan raya diadakan.

8. Peluang ini perlu diguna untuk menukar Kerajaan dari yang gagal dan perasuah kepada parti yang bersih dan cekap yang dahulu melibatkan pemimpin yang memberi gelaran Harimau Asia (Asian Tiger), kepada Malaysia.

9. Pejuang adalah pewaris parti yang menukar Malaysia dari negara pertanian yang miskin kepada negara separa maju.

10. Pejuang menolak cara pintu belakang. Bagi Pejuang lebih baik tidak jadi Kerajaan daripada menjadi Kerajaan cara mengkhianati kawan.

11. Pejuang meletak calon-calon yang bersih walau muda dan bukan orang politik. Mereka mempunyai semangat kebangsaan (Johor dan Malaysia) dan akan kembalikan Malaysia ke landasan yang mampu memaju dan membersih negara. Seperti dahulu rakyatlah yang akan kecap kebaikan ini.

12. Sokonglah Pejuang. Kembalikan demokrasi dan kebersihan hasil pilihan yang bijak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019