Friday, November 18, 2022

KERAJAAN MELAYU ISLAM NAJIB

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Apabila Najib kalah dalam PRU 14, ia dengan serta merta mencadang kerjasama dengan musuhnya PAS untuk diri kononnya Kerajaan Melayu Islam.

2. Sebabnya ialah kerana Kerajaan PH tidak punyai dominasi Melayu Islam. Dengan itu ramai Melayu dalam PH dapat dihasut supaya tinggal PH.

3. Dan berlakulah lompatan wakil rakyat Melayu dalam PH keluar dari pakatan itu.

4. Di masa yang sama Azmin Ali yang bermusuh dengan Anwar membawa keluar beberapa wakil rakyat dari Parti Keadilan, anggota dalam PH.

5. Maka jatuhlah PH.

6. Dan Kerajaan pintu belakang tebuk atap gabungan, serpihan Bersatu dan Keadilan dan UMNO mengambil alih Kerajaan.

7. Dalam Kerajaan ini sokongan bukan Melayu Islam diperlukan. Maka Kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin bukanlah Kerajaan Melayu Islam. Bersatu sendiri bertukar dari menjadi parti Melayu kepada parti berbilang kaum.

8. Kerajaan pimpinan Muhyiddin lemah dan mudah dijatuhkan. Najib tarik keluar lima belas wakil rakyat UMNO, maka jatuhlah Muhyiddin.

9. Dan Ismail Sabri dari UMNO mengambil alih. Walaupun BN yang kalah, kembali sebagai Kerajaan, tetapi Najib tidak dapat diselamatkan.

10. Maka PRU diperlukan supaya dengan sogokan wang yang masih ada pada UMNO, parti itu akan menang besar.

11. Lepas itu pemimpin-pemimpin UMNO yang menghadapi kemungkinan di penjara akan selamat.

12. Inilah perjuangan UMNO dalam PRU 15 seperti yang diakui oleh Zahid Hamidi; Presiden UMNO.

13. Apa jadi kepada rakyat dan negara bukan perjuangan UMNO dan BN.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019