blogtunm.blogspot.com Tun M
1. Kerajaan menjadi tidak stabil apabila Kerajaan PH dijatuhkan melalui pintu belakang.
2. Kerajaan PN pintu belakang yang pada mulanya tidak cukup bilang, hanya dapat kelebihan 2-3 kerusi sahaja setelah beberapa ahli Parlimen melompat?
3. Apabila Muhyiddin gagal menyelamat Najib, Kerajaannya dijatuhkan dan diganti dengan Kerajaan pimpinan Ismail Sabri dari UMNO.
4. Tetapi Kerajaan ini juga lemah dan tidak dapat selamatkan Najib.
5. Untuk selamatkan Najib, Zahid dan lain-lain pemimpin UMNO, kemenangan besar diperlukan bagi UMNO dalam PRU 15.
6. Inilah perjuangan UMNO yang sebenar. Bukan untuk menstabilkan politik negara, tetapi untuk selamatkan diri pemimpin UMNO dari dihadap ke mahkamah dan di penjara.
7. Nasib rakyat, nasib negara, ekonomi dan lain-lain tidak penting.
8. Kita tahu pemimpin UMNO sekarang ialah pemimpin yang merosak UMNO membebankan negara dengan hutang bertimbun-timbun, memenuhi jentera pentadbiran dengan pegawai yang tidak beramanah seperti Apandi dan memperkenal belanjawan untuk beli sokongan dan tidak membenar perbahasan dalam dewan.
9. Jika UMNO menang bukan kestabilan politik yang akan dicapai tetapi pemerintahan yang tidak menghormati undang-undang dan pemisahan kuasa antara Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman.
10. Maka akan rosak lagilah negara.