Tuesday, July 5, 2022

KELUHURAN UNDANG-UNDANG

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Malaysia berbangga dengan dakwaan bahawa kita berpegang kepada keluhuran undang-undang atau “the rule of law”. Tetapi kita diberitahu terdapat juga kedudukan above the law – atau pihak yang tidak tertakluk kepada undang-undang.

2. Perlembagaan tidak menyebut adanya keadaan tidak tertakluk kepada undang-undang. Tetapi terdapat beberapa peristiwa yang undang-undang dicabul dengan bebas. Pihak berkuasa bukan sahaja tidak bertindak tetapi mempermudahkan pencabulan berkenaan.

3. Rakyat tidak senang dengan keadaan ini. Jika ada peristiwa pencabulan undang-undang bagaimanakah mereka akan dapat perlindungan. Mereka berhak mendapat penjelasan setakat mana undang-undang boleh dicabul. Dan oleh siapa. Tanpa penjelasan berkenaan undang-undang yang tidak perlu dipatuhi, rakyat mungkin melaku sesuatu yang mendedah mereka kepada tindakan tertentu.

4. Sesungguhnya rakyat Malaysia amat “timid” atau mudah takut. Hanya jika disoal oleh polis mencukupi untuk menakutkan mereka. Sebab itu mereka tidak pun berani mengadu jika dicabul, atau berdepan dalam arena politik jauh sekali menjadi calon untuk parti lawan. Mereka akan suarakan penentangan mereka secara tersembunyi kerana mungkin akan disoal oleh polis atau sesuatu tekanan akan dikenakan kepada mereka. Ini sering diguna oleh pihak tertentu untuk melumpuh pihak lawan.

5. Dalam keadaan ini pihak tertentu bebas berrasuah dan berjenayah, jika mereka berkuasa. 

6. Hasilnya ialah negara mengalami pentadbiran yang buruk kerana sebenarnya tidak terlaksana the rule of law.

7. Akan hancurlah negara tercinta ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019