Monday, September 11, 2017

UNDI PAS = UNDI BN

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Sejak ia ditubuh PAS tidak pernah menang di peringkat nasional, untuk menjadi Kerajaan, terutama di waktu bertanding tersendiri. Adakala PAS menang hanya satu kerusi sahaja. Yang terbanyak ialah 11 kerusi. PAS hanya dapat berada dalam Kerajaan Pusat apabila ia menyertai Barisan Nasional.

2. Hakikatnya ialah hanya apabila PAS bergabung dengan parti lain, terutama apabila bergabung dengan DAP yang disebut oleh PAS sebagai, “tahaluf siyasi” baharulah PAS menang sebanyak 24 kerusi sekali dan 27 kerusi sekali. Tetapi gabungan yang disertai oleh PAS tidak dapat mendiri kerajaan pusat. Bahasa Arab tidak menjadi sesuatu perbuatan itu halal dan Islam semata-mata kerana disebut dalam bahasa Arab.

3. Dalam kebanyakan kawasan yang ditandingi oleh PAS, peranannya hanyalah sebagai pengacau iaitu pemecah undi pembangkang. PAS sendiri akan kalah dalam kebanyakan kawasan yang ditandingi dan kekal berada dalam barisan pembangkang. Tidak ada satu pun dari perjuangannya yang didakwa untuk Islam yang dapat dicapai olehnya sejak ia ditubuh.

4. Apabila dijemput untuk menyertai gabungan parti-parti yang menentang Najib dalam PRU 14, PAS meletak syarat yang tetap akan memecah dan mengurangkan undi bagi Pakatan Harapan. Syarat PAS sebenarnya akan memberi kemenangan kepada BN.

5. PAS tentu tahu kemenangannya di Pantai Barat dalam PRU 12 dan 13 disebabkan sokongan oleh DAP dan kaum Cina. Tanpa sokongan DAP, PAS biasanya kalah di Pantai Barat di mana jumlah pengundi Melayu tidak sebesar di Pantai Timur.

6. PAS juga tentu tahu jika perlawanan dua penjuru antara PAS dan BN di Pantai Barat dalam PRU 14, PAS akan kalah kerana tidak akan dapat undi orang Cina dan India dari penyokong Pakatan Harapan.

7. Yang jelas ialah jika PAS bertanding dalam PRU 14 berlawan dengan BN dan Pakatan Harapan maka undi orang Melayu akan terbahagi tiga. Dalam keadaan ini undi bagi PAS, walau pun kecil tetapi berkesan mengurangkan undi kepada P.H. sehingga kemenangan tetap akan diperolehi oleh Dato Sri Najib dan BN. Dengan perkataan lain dalam pertandingan tiga penjuru yang disebabkan oleh PAS meletak calon yang akan menang ialah Barisan Nasional pimpinan kleptokrat Najib, bukan PAS.

8. PAS mendakwa akan bertanding di semua 60 kawasan yang PAS bertanding dalam PRU 13, sama ada PAS menang atau kalah. Dengan itu besar kemungkinan PAS akan kalah lebih banyak dari PRU 13. Dalam PRU 14 PAS akan bertanding tiga penjuru dan undi DAP, Cina dan India tidak akan diperolehi oleh calon PAS.

9. Bagi PAS yang penting bukan bangsa, agama dan tanahair; yang diutamakan bukan pun penyingkiran Kerajaan kleptokrat Najib.

10. Bagi PAS yang penting ialah permusuhannya dengan Amanah dan DAP. Bagi PAS partinya lebih utama dari segala-galanya. Kalah pun tidak mengapa asalkan PAS bertanding.

11. Mereka yang membuat bai’ah kepada kepimpinan PAS dan taksub dengan parti, yang memecah-belah orang Melayu kerana kononnya penentang parti PAS adalah kafir dan berlawan dengan mereka adalah jihad, penyokong fanatik parti PAS ini perlu bertaubat kerana mereka mengikuti ajaran PAS yang bertentangan dengan ajaran agama Islam bahawa orang Islam itu bersaudara. Tiada ada siapa yang boleh kafirkan orang Islam kerana kelainan politik. Hentilah sembahyang dua imam yang masih dilakukan di Terengganu.

12. Sesungguhnya mengundi PAS adalah sama dengan mengundi BN dan mendokong perbuatan jenayah, rasuah dan mencuri yang diamal oleh BN pimpinan Najib. Dosa yang akan ditanggung pengamal jenayah akan ditanggung juga oleh mereka yang menyokong penjenayah. Oleh itu bertaubatlah wahai pemimpin dan ahli PAS.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019