Monday, April 4, 2022

KEADILAN MALAYSIA

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Tiap-tiap hari dunia dapat membaca laporan berkenaan perbicaraan kes 1MDB yang diadakan di Amerika Syarikat.

2. Dalam perbicaraan ini ramai nama tokoh-tokoh di Malaysia yang terlibat dengan jenayah mencuri duit 1MDB dilapor. Kesalahan yang dilakukan oleh mereka disebut. Di antara orang yang disebut berkali-kali sebagai terlibat dengan menipu 1MDB ialah Najib dan Rosmah.

3. Laporan-laporan ini boleh dibaca dalam akhbar Malaysia. Tetapi yang peliknya ramai orang Malaysia tidak sedikit pun marah terhadap Najib dan Rosmah, jauh sekali merasa malu.

4. Di PRN Johor parti Najib di sokong sehingga menang 2/3 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

5. Dalam satu rakaman video Perdana Menteri (PM) ditolak ke belakang oleh Presiden UMNO, yang tarik Najib ke depan di tempat Perdana Menteri. Dari peristiwa ini adalah jelas Najib lebih dihormati oleh UMNO daripada Perdana Menteri.

6. Apakah jenis Kerajaan yang didirikan oleh Ismail Sabri jikalau ia boleh dihina di hadapan dunia.

7. Ramai ahli UMNO hendak supaya PRU 15 diadakan segera. Apakah Ismail Sabri akan jadi Perdana Menteri jika UMNO menang. Tentu tidak.

8. Yang akan jadi PM tentulah penyokong kuat Najib. Bagi Kerajaan yang akan didirikan, yang utama ialah membebas Najib dari hukuman 12 tahun penjara.

9. Contoh sudah ada. Anak tiri Najib terlepas dari penjara kerana bagi balik separuh dari duit yang dicuri.

10. Najib boleh bagi balik banyak mana yang dikehendaki oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN). Ia akan diampun.

11. Setelah mencuri berbillion Ringgit Najib yang didapati salah, tidak dipenjara barang sehari pun.

12. Ini keadilan di Malaysia. Curi seekor ayam masuk penjara serta merta. Oleh itu curi berbillion. Didapati salah oleh mahkamah. Bagi balik setengah billion. Bebas.

13. Belum jadi. Tetapi boleh jadi. Saya agak-agak sahaja.

14. Ya. Saya akan dipanggil untuk soal siasat.

15. Di Malaysia ini satu tekanan yang menakutkan.

16. Tutup mulut. Tutup telinga. Awak okay.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019