Thursday, November 3, 2022

GERAKAN TANAH AIR (GTA)

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Siapa dianya GTA atau Gerakan Tanah Air?

2. Dia adalah satu gerakan (movement) orang Melayu.

3. Siapa mereka?

4. Mereka adalah orang Melayu yang setia kepada bangsa, negara dan agama.

5. Bukankah UMNO parti Melayu?

6. UMNO sudah di-hijack oleh penjenayah Melayu dan berjuang untuk duit (cash), untuk selamat pemimpin mereka dari didakwa di mahkamah dan dipenjara. Nasib orang Melayu dan negara tidak lagi bergantung kepada UMNO.

7. Apakah GTA boleh ganti UMNO?

8. GTA tetap boleh kerana GTA terdiri daripada orang Melayu yang berkebolehan dan yang bersemangat kebangsaan Melayu dan Malaysia, sayang negara dan agama.

9. Pemimpin dan calon GTA bebas dari perlakuan jenayah, tidak hadapi tuduhan dalam mahkamah, bersih.

10. GTA akan lawan UMNO supaya Malaysia tidak akan diperintah oleh penjenayah yang telah rosak parti, pemerintahan dan negara.

11. Pendek kata GTA bertujuan menukar Kerajaan penjenayah kepada Kerajaan yang bersih, cekap dan beramanah.

12. GTA mampu memulih semula politik kestabilan, ekonomi yang sihat dan kesejahteraan sosial.

13. Malaysia akan kembali menjadi negara Harimau Asia, di mana orang Melayu akan dihormati dan disanjung tinggi.

14. Inilah janji GTA, Gerakan Tanah Air kepada Malaysia dan rakyatnya.

15. Oleh kerana GTA belum didaftar, Parti Pejuang Tanah Air akan mewakili GTA dalam PRU 15.

16. Undilah Pejuang untuk bangsa, negara dan agama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019