Wednesday, September 1, 2021

TINDAKAN UNTUK COVID-19 (BENDUNG KEMATIAN)

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Kita sedang lihat jumlah kematian kerana COVID-19 meningkat secara mendadak. Tiap hari hampir 400 orang meninggal. Sebahagian dari mereka dibawa ke hospital selepas meninggal.

2. Kenapakah ini berlaku sekarang. Sebabnya ialah kerana jumlah kejangkitan meningkat dengan amat tinggi. Tidak mungkin semua yang dijangkiti (25,080 orang) dimasuk ke hospital.

3. Amalan sekarang ialah yang teruk, yang sudah memerlukan oksigen dan mengguna alatan untuk diberi oksigen dengan tekanan tinggi, sahaja yang dimasuk ke dalam hospital – iaitu kategori 4 dan 5.

4. Kategori 1,2, dan 3 diarah kuarantin di rumah. Di rumah tidak ada perawat atau oksigen. Kategori 3 yang sudah pun menunjuk paru-paru terjangkit, apabila menjadi lebih teruk tidak dapat apa-apa rawatan di rumah.

5. Keluarga di rumah tidak dapat tolong kerana tidak boleh berdekat dengan pesakit. Doktor tidak dapat dipanggil. Pesakit jadi lebih teruk. Oksigen tidak ada di rumah. Dan akhirnya pesakit meninggal dunia.

6. Saya percaya kumpulan ketiga ini boleh diselamatkan. Mereka tidak begitu ramai. Hospital sementara boleh diadakan. Hospital ini hanya dibekal oksigen dan diadakan beberapa doktor dan jururawat.

7. Lebih seribu pesakit kategori 3 boleh dikuarantin di hospital sementara. Pihak tentera boleh bina hospital ala field hospital. Dewan-dewan di hotel dan bangunan lain boleh dilengkap dengan katil, oksigen dan doktor serta jururawat.

8. Apabila dikesan pesakit sudah jadi lebih serius, doktor dan jururawat boleh beri oksigen. Jika kurang respon, pesakit boleh dipindah ke hospital biasa.

9. Lawatan oleh satu pasukan doktor dan jururawat perlu diadakan kepada kategori 1 dan 2 yang dikuarantin di rumah. Dengan itu jika ada pesakit yang menjadi lebih teruk oksigen boleh diberi. Dalam kes yang serius mereka boleh dipindah ke hospital atau hospital untuk pesakit kategori 3.

10. Saya harap cadangan saya ini diterima oleh Kementerian Kesihatan. Saya percaya jumlah kes baru dapat dikurangkan. Dan juga jumlah kematian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019