Thursday, May 5, 2016

The 1Malaysia Development Berhad Saga - Part 2

The 1MDB Saga (Part 2)

1. 1MDB, presumably upon advice of the company’s adviser i.e. The Prime Minister bought Government land in Kuala Lumpur at RM 60/- psf in an area where land had been sold for as high as RM 7000/- psf. Najib who is also the Finance Minister should have sold the Government land at near market price. By selling it at RM 60/- psf, the Government lost a lot of money.

2. There is a clear case of conflict of interest when the Minister of Finance is also the adviser to 1MDB. If it was not Najib who approved this sale, then who did? The officer approving this sale should be charged with losing Government money.

3. This land was revalued upwards so that the asset of 1MDB increased to RM 50 billion Ringgit.

4. Similarly the Sungai Besi airport land was sold to 1MDB. The price is not known but effectively 1MDB already owned the land and have made preparations for moving the RMAF base to Subang. Revaluing this land would increase the asset of 1MDB. Again the Government lost a lot of money.

5. 1MDB then sold a portion of the land in Jalan Tun Razak to Tabung Haji at RM 3,500 psf. Thus a fund contributed by intending pilgrims was used to repay 1MDB loans. This is grossly unfair to the intending pilgrims, most of whom are poor.

6. Land was also bought in Penang for higher than market price. This land is occupied by nearly a thousand squatters. Besides Penang is ruled by the opposition party. It is unlikely that development plan for this land would be approved.

7. 1MDB stand to lose more money because of this purchase.

8. All of 1MDB other investments have yielded hardly any profit. 1MDB simply cannot repay the RM42 billion loans that it had taken. There is evidence of fraud and unexplained loss of money. Claims that the money has been properly invested and is giving profits cannot be verified. No documentary proofs can be found as to where huge sums of money are being kept.

9. The belief is that the 2.6 billion Ringgit in Najib’s private accounts is from 1MDB has not been properly and credibly refuted.

10. The fact that Najib has not sued Wall Street Journal for exposing many of the wrongs committed by 1MDB and Najib himself seems to prove that what the newspaper had reported is irrefutable. So is the failure to sue Sarawak Reports on 1MDB and Najib’s 681 millions USD in his private account.

11. This is only a part of the 1MDB story. There are more scandals involving the 1MDB than any other funds in Malaysian history. This is a part of the reason why Najib should cease to be the PM of Malaysia.



VERSI BM

Saga 1MDB - Bahagian 2

1. 1MDB, kemungkinan atas nasihat penasihat syarikat, iaitu Perdana Menteri telah membeli tanah Kerajaan di Kuala Lumpur pada harga RM60 setiap kaki persegi di kawasan mana tanah telah dijual pada harga mencecah RM7,000 setiap kaki persegi. Najib yang juga Menteri Kewangan sepatutnya menjual tanah Kerajaan pada harga hampir harga pasaran. Dengan menjual pada kadar RM60 setiap kaki persegi, Kerajaan telah kehilangan banyak wang.

2. Jelas terdapat konflik kepentingan apabila Menteri Kewangan adalah juga penasihat kepada 1MDB. Jika bukannya Najib yang meluluskan penjualan ini, maka siapakah yang melakukannya? Pegawai yang meluluskan penjualan ini harus didakwa atas kehilangan wang Kerajaan.

3. Tanah ini telah dinilai semula ke atas supaya nilai aset 1MDB meningkat menjadi RM50 bilion.

4. Begitu juga tanah lapangan terbang Sungai Besi telah dijual kepada 1MDB. Harga jualan tidak diketahui tetapi pada hakikatnya 1MDB sudah pun memiliki tanah ini dan telah membuat persiapan untuk memindah pangkalan TUDM ke Subang. Dengan menilai semula tanah ini nilai aset 1MDB akan sekali lagi meningkat. Sekali lagi Kerajaan kerugian banyak wang.

5. 1MDB kemudian menjual sebahagian daripada tanah di Jalan Tun Razak kepada Tabung Haji dengan harga RM 3,500 setiap kaki persegi. Ini bermakna dana yang disumbangkan oleh bakal jemaah Haji telah digunakan untuk membayar balik pinjaman 1MDB. Ini adalah tidak adil kepada bakal jemaah yang sebahagian besarnya terdiri daripada mereka yang miskin.

6. Tanah juga telah dibeli di Pulau Pinang dengan harga lebih tinggi daripada harga pasaran. Tanah ini diduduki oleh hampir seribu orang setinggan. Selain daripada itu Pulau Pinang diperintah oleh parti pembangkang. Tidak mungkin rancangan pembangunan untuk tanah ini akan diluluskan.

7. 1MDB menghadapi kemungkinan kehilangan lebih banyak wang kerana pembelian ini.

8. Semua pelaburan 1MDB yang lain hampir tidak menghasilkan sebarang keuntungan. 1MDB tidak boleh membayar balik RM42 bilion yang ia telah pinjam. Terdapat bukti penipuan dan kehilangan wang yang tidak dapat diterangkan. Dakwaan bahawa wang telah dilaburkan dengan sempurna dan akan memberi keuntungan tidak dapat disahkan. Tiada terdapat bukti dokumentari yang boleh menunjukkan di mana jumlah wang yang banyak itu disimpan.

9. Kepercayaan bahawa RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib adalah dari 1MDB tidak disangkal dengan sempurna dan kebolehpercayaan.

10. Hakikat Najib tidak menyaman Wall Street Journal kerana mendedahkan banyak kesalahan yang dilakukan oleh 1MDB dan Najib sendiri seolah-olah membuktikan bahawa apa yang akhbar itu laporkan tidak dapat disangkal. Begitu juga kegagalan untuk mendakwa Sarawak Report mengenai 1MDB dan USD681 juta dalam akaun peribadi Najib.

11. Ini hanya sebahagian daripada cerita 1MDB. Terdapat lebih banyak skandal yang melibatkan 1MDB daripada mana-mana lain dana dalam sejarah Malaysia. Ini adalah sebahagian daripada sebab mengapa Najib perlu berhenti menjadi PM Malaysia.



The 1MDB Saga - Part 1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019