Tuesday, October 29, 2019

KRISIS KEWANGAN

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Saya mengaku saya terlibat dengan ciptaan pendekatan untuk mengatasi masalah kewangan pada 1997- 1998.

2. Ya, memang pun cara kita selesaikan krisis menolong taikun di Malaysia.

3. Memanglah baik jika kita tidak menolong taikun dan biarkan mereka dan perniagaan mereka rugi, gagal dan terpaksa ditutup.

4. Dengan ini semua kakitangan mereka (yang kaya dan tidak kaya) akan menganggur. Eksport kita akan menurun dan tidak akan ada pengaliran wang asing ke dalam negara kita.

5. Kerajaan pula akan hilang cukai korporat dan cukai pendapatan kerana sebahagian besar cukai dibayar oleh taikun. Sebahagian besar dari dana Kerajaan akan hilang. Operasi dan pembangunan negara tidak dapat diteruskan. Segala infrastruktur tidak dapat dibangunkan.

6. Dalam keadaan kehilangan cukai keatas taikun kita terpaksa mengenakan cukai kepada yang bukan ditakrif sebagai taikun. Setelah membayar cukai oleh bukan taikun, mereka akan masuk dalam golongan mereka yang miskin.

7. Pada satu masa 70 tahun dahulu taikun dibunuh dan harta mereka dirampas di beberapa buah negara. Semua perniagaan dan perusahaan diambil oleh pemerintah dengan harapan 100% dari keuntungan akan diperolehi oleh Kerajaan.

8. Jika kita hendak kita boleh halau keluar semua taikun ini. Jangan tolong mereka. Biar mereka bankrap. Kita akan tolong yang bukan taikun sahaja.

9. Tetapi dengan apakah yang kita hendak tolong bukan taikun ini selepas semua taikun tidak dapat bayar cukai.

10. Itu soalannya?

11. Saya minta maaf kerana tindakan saya mengatasi krisis kewangan 1997-1998 menguntung taikun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019