Thursday, April 1, 2021

CASH IS KING

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Kenapakah Cash (tunai) itu King (Raja). Cash is King. Kerana cash berkuasa.

2. Demikian kalau bagi cash, sanggup bunuh orang pun boleh. Apatah lagi cuma untuk lompat parti.

3. Dinding tinggi pun lepas. Kalau nak bertanding dalam PRU, guna cash tetap menang punya.

4. Tak cukup cash, curi la.

5. Nanti kena tangkap. Tak, hulur cash, tak jadi tangkap.

6. Kalau milik billion-billion tetap menang PRU.

7. Curi depan mata pun tak apa. Menang PRU, selamat dari dicekup, dibicara.

8. Cash boleh selamat – penyangak pun.

9. Apa nak takut, curi depan mata banyak-banyak, sogok banyak-banyak cash – Lepaih, tak kena hukum.

10. Kalau hukum, hukuman tak jalan. Okaylah.

11. Ayuh semua orang, guna cash. Kamu selamat.

12. Kata IGP penjenayah ditolong oleh orang termasuk polis supaya lari. Selamat diri.

13. Kuasa cash la tu! Ada cash semua boleh. Malaysia boleh – Boleh apa? Boleh buat apa sahaja jika ada cash – termasuk menyamun.

14. Tak cukup cash – dengan kuasa yang dikurnia oleh rakyat yang dapat cash, tubuh syarikat, pinjam duit, curi duit cukup untuk selamat diri dan menang PRU.

15. Fikirlah. Tak pernah ada duit tiba-tiba diberi lima million.

16. Bodohlah kalau tak balaih.

17. Hilang negara pun tak apa. Bangsa dipelekeh pun tak apa.

18. Aku sekarang millionaire.

19. Apa kata kalau kita jual negara? How much? Right price – pay in cash, tax free, okay.

20. Jangan dengaq orang itu. Dia pun balaih. Cuma tak ada bukti. Tak akan jadi Perdana Menteri 20 tahun tak balaih. Tentu balaih punya.

21. Pedulikan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019