blogtunm.blogspot.com Tun M
1. Mampu – kerana dipimpin oleh pemimpin yang berpengalaman. Pemimpin yang membangun negara menjadi “Harimau Asia”. Pemimpin yang mengalih Malaysia dari negara pertanian kepada negara industri.
2. GTA berpegang kepada pemerintahan berasas undang-undang. Pengasingan antara pembuat undang-undang, pelaksana dasar dan undang-undang dan pengasingan kehakiman.
3. GTA mampu membawa balik kestabilan politik, menghormati pilihan rakyat, menolak pintu belakang tebuk atap.
4. GTA – Mesra swasta. Mencari pelaburan asing sehingga Malaysia jadi negara industri.