Tuesday, October 4, 2022

HAK RAKYAT – PRU

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Wah! Bukan main.

2. Kata SUA UMNO PRU-15 akan diadakan tahun ini. Sebab? Mengembalikan hak rakyat untuk pilih Kerajaan. Bukan untuk itu. Wahai SUA! Dah lupa!!

3. PRU 14, rakyat pilih Pakatan Harapan (PH). BN rampas kuasa melalui lompatan bukan kehendak rakyat.

4. Kerajaan sekarang Kerajaan pintu belakang.

5. BN bukan utamakan hak rakyat. UMNO utama UMNO, untuk jadi PM.

6. PRU 15 awal kerana belanjawan boleh dikemukakan tetapi parti lawan tidak dapat bahas.

7. Banyaklah gula-gula akan diberi supaya rakyat akan sokong BN (UMNO).

8. Jangan peduli bulan November banjir besar, angin kencang.

9. Ramai tak boleh undi.
Ramai kehilangan rumah.
Ramai ditempat tempat tertentu
Ramai yang akan cedera dan mati.
Okaylah itu masalah mereka.
Kerajaan akan tentukan penyokong UMNO boleh undi.
Bantuan wang dan makanan boleh diberi.

10. Dahulu jumlah pekerja Kerajaan tak sampai 1 juta.

11. Dalam jangka masa beberapa tahun sahaja pekerja Kerajaan meningkat 1,700,000. Gaji pun naik berkali-kali. Akan naik lagi dalam belanjawan baru.

12. 1,700,000 pegawai Kerajaan dan keluarga tentu sokong Kerajaan.

13. Jangan peduli tidak ada duit tinggal untuk pembangunan negara.

14. Jangan peduli harga barang naik.

15. Jangan peduli ramai hadapi tekanan kewangan.

16. Mereka boleh hutang.

17. Tidak dapat bayar hutang mereka akan bankrap. Itu masalah mereka.

18. Duit Kerajaan diguna untuk sogokan, tak usah bayar, tak bayar faedah pun.

19. Jumlah hutang meningkat kerana tidak bayar.

20. Itu masalah Kerajaan yang akan datang.

21. Hari ini kemenangan UMNO boleh ditentukan.

22. Menang PRU 15, akan menang PRU 16 dan 17 dengan mengguna kuasa dan duit Kerajaan.

23. Sekarang UMNO yang ditolak oleh rakyat yang berkuasa.

24. Najib mengguna ketamakan pemimpin Bersatu dan PKR untuk mengalah PH yang menang.

25. Bersatu yang di-hijack gembira kerana jadi Perdana Menteri (PM).

26. Lepas itu PM Bersatu dijatuhkan oleh UMNO dan UMNO menjadi Kerajaan.

27. Parti yang ditolak oleh rakyat jadi Kerajaan.

28. Sebagai Kerajaan, UMNO akan tentukan bila PRU 15 akan diadakan.

29. Mana dia Bersatu. Tidak berkuasa lagikah?

30. Dalam PRU 15 pun Bersatu tidak akan menang. Sebab? Tidak dapat sokongan UMNO dan PAS.

31. Inilah nasib parti yang tikam belakang kawan untuk masuk melalui pintu belakang.

32. Sesungguhnya langkah Sheraton memulakan ketidakstabilan politik dalam negara. Sebelum langkah Sheraton semua Kerajaan dipilih melalui PRU.

33. Mahiaddin dan Azmin yang melangkah dan menjadi boneka dalam perancangan Najib.

34. Sembilan hakim, tiga mahkamah mendapati Najib bersalah.

35. Fikirlah wahai rakyat Malaysia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019