Thursday, January 18, 2018

PAKATAN HARAPAN

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Pakatan Harapan belum didaftar. Gabungan empat buah parti sehaluan ini telah memohon kepada Pendaftar Pertubuhan untuk didaftar dan logo/simbolnya dilulus tetapi sehingga kini P.H. belum didaftar walaupun berkali-kali P.H. cuba mendapat keputusan Pendaftar.

2. Pendaftar tidak pun jawab surat kami bahkan tidak menyatakan surat permohonan dan surat pertanyaan kami diterima atau tidak. Perjumpaan dengan pendaftar dua kali tidak menghasilkan penjelasan rasmi. Kononnya ada masalah dengan DAP dan Parti Pribumi. Kenyataan juga dibuat oleh Pendaftar kepada orang ramai, tetapi tidak ada surat rasmi menjelaskan apa dianya masalah.

3. Jawapan tertulis tidak pernah diterima dari Pendaftar. Hakikatnya ialah hingga sekarang selepas 7 bulan permohonan dibuat Pakatan Harapan tidak tahu apa kedudukannya. Tanpa kelulusan secara rasmi gabungan kami dan logo/simbolnya, kami tidak dapat bertanding dalam PRU 14 sebagai sebuah gabungan dengan logo/simbol yang sama.

4. Jika kami tidak dapat kelulusan terutama bagi simbol kami, maka kami terpaksa guna simbol masing-masing. Ini akan mengelirukan pengundi.

5. Tidak menjawab tidak bermakna Pendaftar tidak lulus. Parti memerlu masa yang panjang untuk memperkenal simbol dan gabungan kami kepada orang ramai. Jika kelulusan diberi setelah Parlimen dibubar, tidak ada masa bagi kami membuat persiapan.

6. Tidak melulus atau kelulusan lewat yang melemah kami akan menguntungkan BN dan UMNO. Ada unsur mala fide, niat tidak baik dalam tindakan Pendaftar tidak jawab permohonan kami.

7. Sesungguhnyalah sudah tidak ada pentadbiran mengikut undang-undang (the Rule of Law) di Malaysia yang dikuasai oleh Najib.

8. Rakyat perlu ambil perhatian terhadap tindakan Najib untuk menafikan hak rakyat memilih Kerajaan dalam pilihanraya mengikut Perlembagaan Negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019