Wednesday, June 1, 2016

Citizens Declaration / Deklarasi Rakyat

blogtunm.blogspot.com
1. Malaysia is a Constitutional Monarchy and a Parliamentary Democracy.

2. The country has a written constitution and laws to protect the people from criminal acts and abuses of power by the Government.

3. Unfortunately we are seeing the Constitution and the laws of the country being ignored or abused. The built-in constitutional provision for redress i.e the report to the police and the vote of non-confidence to remove the leader are now no longer available.

4. The separation of power between the Legislative, the Executive and the Judiciary is not respected any more. The Prime Minister seems to exercise power over all three. As a result he seems to be above the laws of the country.

5. He created a national wealth fund from borrowed money.

6. Now the Government is in debt totalling RM50 billion.

7. 1MDB is unable to pay a two billion dollar interest on the debt.

8. 1MDB defaulted on the payment of another debt. 1MDB invested one billion dollars in JV with Petro Saudi, supposedly to exploit oil and gas concessions in Argentina and Turkmenistan.

9. The JV was dissolved as there was no oil or gas to produce.

10. The USD 1 billion share in the JV was lent or sold to Petro Saudi for 1.2 billion.

11. More money was lent to Petro Saudi.

12. Where the money has gone to is not known.

13. More than 2 billion USD was invested in Cayman Islands.

14. The money was said to have been brought back and deposited in a Singapore bank.

15. The Singapore bank denies money had been deposited with it by 1MDB.

16. 1MDB then claims it was not money, but units. What unit?

17. Suddenly Najib was reported to have USD 681 million (equal to RM 2.6 billion) in his private account in Ambank.

18. He claims it was a donation but has no credible document to prove it.

19. He had spent some of the money held in this account on himself.

20. There is no record of his spending on UMNO in the 13th General Election as he claims.

21. Reports by Bank Negara apparently on this account has been brushed aside by the newly appointed Attorney General.

22. There are many more things done by Najib which require police investigations together with other Government agencies under the law.

23. All these investigations cannot be done because they are stopped by Najib as Prime Minister.

24. In fact all avenues for redress are now not available to the citizens of Malaysia.

25. These are extraordinary circumstances and resort has got to be made through extraordinary means.

26. Hence the Citizens’ Declaration on saving Malaysia and the appeal to the Rulers to intervene.

27. Although there is no provision for the Rulers to intervene, nevertheless there are ways and means for the Rulers to save the country from the abuses of power by Prime Minister Najib.

28. The people look up to the Rulers to save Malaysia.

29. I am sure the Rulers will not fail them.


VERSI BM
DEKLARASI RAKYAT

1. Malaysia adalah sebuah negara yang mengamal sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

2. Negara ini mempunyai perlembagaan tertulis dan undang-undang untuk melindungi rakyat daripada perbuatan jenayah dan penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan.

3. Malangnya kita sedang melihat Perlembagaan dan undang-undang negara diabaikan atau pun dicabuli. Kaedah untuk mendapat keadilan menerusi perlembagaan, iaitu membuat laporan kepada polis dan undi tidak percaya untuk menyingkir pemimpin kini tiada lagi wujud.

4. Pemisahan kuasa di antara Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman tidak dihormati lagi. Perdana Menteri seolah-olah mempunyai kuasa ke atas ketiga-tiganya. Akibatnya, beliau seolah-olah kebal dari segala undang-undang negara.

5. Dia menciptakan dana kekayaan negara (national wealth fund) dari wang yang dipinjam.

6. Sekarang Kerajaan sedang menanggung hutang yang berjumlah RM50 bilion.

7. 1MDB tidak dapat membayar faedah dua bilion dolar atas pinjaman.

8. 1MDB mungkir membuat pembayaran atas hutang yang lain. 1MDB melabur satu bilion dolar dalam syarikat usahasama dengan Petro Saudi, kononnya untuk mengeksploitasi konsesi minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan.

9. Usahasama tersebut telah dibubarkan kerana tidak ada minyak atau gas untuk dikeluarkan.

10. Saham USD1 bilion dalam usahasama tersebut telah dipinjamkan atau dijual kepada Petro Saudi dengan harga 1.2 bilion.

11. Lebih banyak wang lagi telah dipinjamkan kepada Petro Saudi.

12. Ke mana wang itu telah pergi tidak diketahui.

13. Lebih daripada USD2 bilion telah dilaburkan di Kepulauan Cayman.

14. Wang itu dikatakan telah dibawa balik dan didepositkan di sebuah bank Singapura.

15. Bank Singapura itu menafikan bahawa wang telah didepositkan dengannya oleh 1MDB.

16. 1MDB kemudianya mendakwa ianya bukan wang, tetapi unit. Unit apa?

17. Tiba-tiba Najib dilaporkan mempunyai USD681 juta (bersamaan dengan RM2.6 bilion) di dalam akaun peribadinya di Ambank.

18. Beliau mendakwa ia adalah sumbangan tetapi tidak dapat menunjukkan sebarang dokumen yang boleh dipercayai untuk membuktikannya.

19. Beliau telah membelanjakan sebahagian daripada wang yang dipegang dalam akaunnya itu untuk kegunaan peribadi.

20. Tiada rekod menunjukkan beliau membelanjakan untuk UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-13 sepertimana yang beliau mendakwa.

21. Laporan oleh Bank Negara bagi akaun ini nampaknya telah diketepikan oleh Peguam Negara yang baru dilantik.

22. Terdapat banyak lagi perkara-perkara yang dilakukan oleh Najib yang memerlukan siasatan oleh pihak polis bersama-sama dengan agensi-agensi lain di bawah undang-undang.

23. Segala siasatan ini tidak dapat dilakukan kerana dihentikan oleh Najib sebagai Perdana Menteri.

24. Malah semua saluran untuk mencari penyelesaian kini tidak ada kepada rakyat Malaysia.

25. Ini adalah keadaan yang luar biasa dan jalan penyelesaian perlu dibuat melalui cara yang luar biasa jua.

26. Jesteru, Deklarasi Rakyat untuk menyelamatkan Malaysia dan rayuan kepada Raja-Raja untuk bercampur tangan.

27. Walaupun tidak ada peruntukan untuk Raja-Raja bercampur tangan, namun terdapat cara dan kaedah untuk Raja-Raja menyelamatkan negara ini dari segala penyalahgunaan kuasa oleh Perdana Menteri Najib.

28. Rakyat mengharapkan Raja-Raja untuk menyelamatkan Malaysia.

29. Saya yakin Raja-Raja tidak akan mengecewakan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019