Thursday, September 8, 2022

DASAR EKONOMI BARU

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Terdapat ramai penuntut Melayu yang merasai serba salah apabila ditanya oleh bukan Melayu mengenai ketidakadilan Dasar Ekonomi Baru (DEB) terhadap bukan Melayu. Dalam agihan biasiswa umpamanya dasar ini menghasilkan agihan biasiswa yang lebih kepada orang Melayu.

2. Benarkah DEB tidak adil kepada bukan Melayu. Untuk menentukan DEB adil atau tidak, kita perlu rujuk kepada sejarah singkat negara.

3. Hakikatnya ialah tanpa biasiswa pun penuntut bukan Melayu lebih ramai dalam universiti swasta tempatan dan universiti di luar negeri. Ini disebabkan ramai bukan Melayu mampu hantar anak mereka ke universiti.

4. Hanya dalam universiti tempatan milik Kerajaan sahaja yang penuntut Melayu melebihi penuntut bukan Melayu. Hampir semua dari mereka dapat ke universiti kerana diberi biasiswa. Jika tidak jumlah mereka akan amat berkurangan.

5. Kebanyakan dari ibu bapa penuntut Melayu kerja bergaji. Pendapatan mereka tidak cukup untuk bayar yuran universiti yang sekarang amat tinggi. Ada sebilangan yang sedikit sahaja Melayu yang mendapat gaji yang cukup untuk hantar satu atau dua anak ke universiti.

6. Jika hari ini terdapat ramai juga ahli professional Melayu, sebabnya ialah kerana mereka mendapat biasiswa atau pinjaman. Dasar Ekonomi Baru hanya berjaya dalam bidang pelajaran. Dalam bidang ekonomi pencapaian orang Melayu tidak seperti dirancang. Hakikat ini perlu diterima oleh semua pihak.

7. Penuntut Melayu tidak perlu serba salah kerana ramainya penuntut Melayu yang dapat biasiswa. Jika kita tidak mahu melihat jarak antara Melayu yang berpelajaran dan bukan Melayu, caranya ialah dengan memberi lebih banyak biasiswa kepada penuntut Melayu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019