Wednesday, October 15, 2008

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Pada 24hb Ogos saya, sebagai Canselor UTP telah menyampaikan ijazah-ijazah kejuruteraan kepada 1,086 graduan. Saya amat tertarik dengan kampus UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS UTP yang terletak di Tronoh, Perak di atas bekas tanah lombong yang amat luas. Lanskapnya begitu cantik dan udaranya nyaman dengan dihiasi pokok-pokok besar dan pokok-pokok kecil. Saya fikir kampus yang begini cantik dan tenang, jauh dari bandar besar amat sesuai untuk menuntut ilmu.

2. Penuntut yang dapat masuk universiti ini amat bernasib baik kerana lebih daripada 10,000 yang pohon untuk masuk tetapi hanya 500 sahaja yang diterima. Ramai yang diterima mendapat biasiswa daripada Petronas, JPA dan lain-lain agensi Kerajaan dan juga syarikat-syarikat petroliam. Lebih 10% daripada graduan terdiri daripada penuntut luar negeri.

3. Dewan Besar amatlah cantik dan dapat menampung sebilangan yang besar daripada graduan dan ahli keluarga mereka.

4. Saya berucap di penghujung acara sebelah pagi dan cuba memberi nasihat kepada siswazah akan kehidupan mereka setelah mendapat kerja hasil ilmu yang diperolehi mereka. Saya menekankan tentang betapa mereka perlu ingat akan alma mater mereka dan berusaha untuk memberi nama baik kepadanya.

5. Saya sebutkan juga tentang sikap yang diperlihat oleh bekas pelajar di universiti-universiti negara maju yang apabila mereka berjaya akan membantu alma mater mereka dengan derma yang amat besar.

6. Budaya ini tidak terdapat di Malaysia. Bahkan kadang-kadang kita tidak sedikit pun berasa terhutang budi kepada institusi yang telah bekalkan kita dengan ilmu yang menyumbang kepada kejayaan kita.

7. Masyarakat yang tidak miliki budaya terhutang budi tidak akan maju dan berjaya. Tanpa budaya ini anggota masyarakat akan mempunyai sifat yang utamakan kepentingan diri sendiri semata-mata, sifat tamak. Hubungan di antara anggota masyarakat seperti ini tidak mungkin baik.

8. Justeru itu amatlah penting kita pupuk segala amalan yang membuktikan kita bertanggung jawab, kita bersyukur dan kita sedia membalas budi kerana dengan sifat-sifat ini yang kurang bernasib baik akan dapat menumpang mereka yang bernasib baik.

9. Saya juga sentuh berkenaan tindakan Kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti. Saya percaya ini disebabkan oleh penuntut kita sudah dewasa dan bertanggungjawab. Justeru itu mereka tidak akan sia-siakan wang yang banyak yang sanggup di belanjakan oleh pihak tertentu untuk membantu membekalkan mereka dengan ilmu yang boleh menjayakan hidup mereka.

10. Sebenarnya Petronas belanja hampir RM150 juta setahun untuk mengadakan U.T.P. Belanja ini tidak termasuk pembangunan universiti dan biasiswa.

11. Jumlah kutipan yuran universiti hanyalah RM20 juta. Ini bermakna Petronas memberi subsidi sebanyak RM130 juta untuk membekal penuntut yang bernasib baik dengan bekalan ilmu untuk menjayakan kehidupan mereka.

12. Bagi seseorang yang sedar bahawa beradanya mereka di universiti adalah atas perbelanjaan Petronas, tentulah mereka tidak akan sia-siakan bantuan ini. Tentulah mereka akan gunakan bantuan ini untuk menjayakan tujuan ianya diberi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019