blogtunm.blogspot.com Tun M
Kabinet kerajaan Pakatan Harapan hari ini telah membincangkan kes yang mana dua wanita telah di sebat kerana melakukan hubungan yang luar biasa.
Pihak kami berpendapat bahawa ini tidak mencerminkan keadilan dan timbangrasa oleh agama Islam.
Sebaliknya kita tahu bahawa ini adalah kes pertama bagi mereka dan biasanya dalam kes pertama kita perlu memberi nasihat dan tidak seterusnya melakukan sebat sehingga diketahui oleh seluruh negara.
Ini memberi gambaran yang buruk kepada agama Islam. Sebab itu kami berpendapat bahawa kalau pun ada kes-kes yang semacam ini pertimbangan hendaklah diberi kepada keadaan tertentu yang mana dalam Islam kita boleh menjatuhkan hukum yang lebih ringan sementara kita memberi nasihat dan sebagainya.
Amatlah penting kita menunjuk bahawa agama Islam ini bukanlah agama yang bengis yang suka menjatuhkan hukum hukum
yang berat yang mengaibkan orang. Ini bukan cara-cara yang digalakkan oleh agama Islam ini adalah pendapat kabinet kerajaan dan kami harap kita berhati-hati dalam mempamerkan Islam sebagai agama yang tidak ada tolak ansur tidak ada bertimbangrasa sedangkan kita selalu apabila bermula sesuatu bermula dengan Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani tetapi kita tunjuk seolah-olah dalam Islam ini tidak ada perasaan pemurah sama sekali. Inilah pendapat Kerajaan Pakatan Harapan pada mesyuarat nya pada hari ini.
Sekian terima kasih.