Wednesday, July 27, 2022

SOALAN YANG APANDI PERLU JAWAB

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Apandi ingin tahu asas dan sebab keputusan dibuat untuk tidak teruskan cadangan menuntut semula Batu Puteh sebagai milik Malaysia.

2. Saya telah jelaskan perkara ini berkali-kali. Yang perlu dijelas ialah bagaimana Apandi mencadang penyelesaian kes Jho Low dengan tawaran Jho Low untuk bayar kepada Kerajaan Malaysia sebanyak satu billion lima ratus juta Ringgit.

3. Apandi telah mendakwa dahulu bahawa tidak ada kesalahan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib dalam kes 1MDB. Ini bermakna Jho Low juga tidak bersalah.

4. Jikalau tidak bersalah apa sebabnya Jho Low bercadang bayar satu setengah billion Ringgit kepada Kerajaan Malaysia. Cara orang yang tidak bersalah ialah dengan kembali ke Malaysia dan sanggup dibicara di mahkamah.

5. Tetapi Jho Low masih tidak sanggup kembali ke Malaysia walaupun sanggup menghubungi Apandi. Kesanggupan Apandi menerima tawaran Jho Low tentulah kerana Apandi sekarang akui yang Jho Low bersalah.

6. Lagi pun Najib didapati bersalah dengan ke semua tuduhan di mahkamah apabila dibicara. Sekaligus keputusan Apandi bahawa Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan, ditolak oleh mahkamah apabila Najib dibicara. Ini bemakna Apandi cuai dalam menjalankan amanah sebagai AG.

7. Yang menjadi soalan ialah apakah jenis hubungan Apandi dengan Jho Low semasa ia memutuskan bahawa tidak ada apa-apa kesalahan yang dibuat oleh Najib. Jika ada hubungan maka‘conflict of interest’ berlaku. Keputusan Apandi menghalang mahkamah dari membicara kes Najib dan juga melindungi Jho Low.

8. Adalah penting siasatan dibuat berkenaan hubungan Apandi dengan Jho Low.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019