Tuesday, December 14, 2021

BOSAN

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Saya sedar bahawa rakyat sudah bosan dengan politik. Pengundi telah pilih Kerajaan melalui Pilihan Raya. Tetapi Kerajaan pilihan rakyat ini dijatuhkan bukan mengikut sistem demokrasi tetapi melalui lompatan oleh wakil rakyat ke sebelah parti yang kalah. Dengan itu parti yang kalah menjadi Kerajaan.

2. Soalnya apa guna rakyat pilih Kerajaan jika ia boleh dijatuhkan dan diganti dengan pihak yang ditolak oleh rakyat. Apa gunanya Pilihan Raya Umum (PRU) jika pilihan rakyat boleh diganti tanpa PRU oleh mereka yang ditolak oleh rakyat.

3. Di kalangan mereka yang kecewa dan bosan dengan politik yang menidakkan hak rakyat, mungkin timbul pendapat bahawa PRU tidak berguna. Mereka mungkin membuat keputusan tidak mengundi.

4. Malangnya jika mereka tidak mengundi, parti yang mereka tidak sokong iaitu parti perasuah dan yang terlibat dengan mencuri duit Kerajaan, salah guna kuasa akan menang kerana pengikut mereka ini akan mengundi mereka setelah disogok. Dan akan terdirilah Kerajaan perasuah pencuri dan penyalahguna kuasa.

5. Maka akan mengeluhlah pengundi yang tidak mengundi kerana keadaan sudah jadi lebih buruk. Tetapi jika mereka undi pun, melalui pintu belakang perasuah dan pencuri masih boleh jatuhkan Kerajaan pilihan mereka dan diri Kerajaan yang ditolak oleh mereka.

6. Untuk ini kita perlu ada undang-undang anti-lompat. Mereka yang lompat akan hilang keahlian mereka sebagai wakil rakyat. Pilihan Raya Kecil (PRK) boleh diadakan. Terpulanglah kepada rakyat samada memilihnya atau orang lain. Jika rakyat setuju dengannya, beri kemenangan kepadanya maka jatuhlah Kerajaan pilihan rakyat. Jika ia dikalahkan, maka Kerajaan pilihan rakyat akan kekal.

7. Jika mereka yang bosan dengan politik memberi kemenangan besar kepada calon anti-rasuah maka pintu belakang tidak boleh diguna untuk tukar Kerajaan. Sebaliknya jika kemenangan puak anti-rasuah tipis maka keadaan tidak menentu dan percubaan memasuki pintu belakang akan berulang.

8. Samada negara kita dapat dipulih semula atau tidak, terpulang kepada rakyat yang sayang kepada negara dan ingin lihat perasuah dan penyangak dikalahkan.

9. Hanya dengan menyokong (mengundi) secara besar-besaran calon-calon yang bersih dari kluster mahkamah sahaja barulah kita akan selamat.

10. Siapakah mereka??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019