blogtunm.blogspot.com Tun M
DEMONSTRATION
If it is not right for a former leader to participate in demonstrations, I suppose it is right for a current leader to be a kleptocrat, accused of stealing billions of Ringgit from the Government, having 2.6 billion Ringgit in his private account from unknown source, incurring billions of Ringgit in debts, losing billions of Ringgit in dubious investments, suppressing the rule of law, abusing laws and power, being accused by the whole world of corruption, buying Government land at RM60/- psf and selling at RM3,500/- psf, usurping the authority of the Yang di-Pertuan Agong to declare emergency and suppress laws, denial of parliamentary right to debate, hiding reports of criminal act behind OSA etc.
Don’t demonstrate. Complain to your MP who has been stuffed with so much bran that he is now deaf and dumb.
Lest we forget in 1946 rakyats and their leaders demonstrated against the Malayan Union agreements and caused them to be abrogated. Where would everybody be if there had been no demonstrations.
DEMONSTRASI
Jika ianya satu kesalahan untuk seorang bekas pemimpin menyertai demonstrasi, saya menjangka adalah betul untuk seorang pemimpin masakini untuk menjadi pencuri, dituduh mencuri berbilion Ringgit dari Kerajaan, mempunyai RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya dari sumber yang tidak diketahui, membuat bebanan hutang berbilion Ringgit, menghilangkan berbilion Ringgit menerusi pelaburan yang mencurigakan, menginjak kedaulatan undang-undang, menyalahgunakan kuasa dan proses perundangan, dituduh rasuah di seluruh dunia, membeli tanah Kerajaan dengan harga RM60/sekaki persegi dan dijual pada harga RM3,500/sekaki persegi, merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat, menafikan hak perdebatan di Parlimen, menyembunyi laporan perbuatan jenayah di sebalik Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya.
Jangan berdemonstrasi. Pergilah buat aduan kepada Ahli Parlimen yang telah terlalu kenyang memakan dedak sehingga ia sekarang menjadi pekak dan bisu.
Sekiranya kita lupa, pada tahun 1946 rakyat dan pemimpin berdemonstrasi menentang perjanjian Malayan Union dan membuatkan perjanjian itu terbatal. Di manakah kita jika demonstrasi itu tidak berlaku.