Thursday, November 17, 2022

KESTABILAN POLITIK

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Rakyat Malaysia faham bahawa kestabilan politik diperlukan untuk pemulihan negara.

2. Kestabilan politik hanya akan didapati jika PRU ini menghasilkan kemenangan cukup bilang, iaitu lebih dari 112 kerusi, untuk mendiri Kerajaan.

3. Jika tidak ada parti yang mempunyai cukup bilang dan terpaksa bergabung dengan parti lain, kestabilan tidak akan tercapai. Dan pemulihan negara tidak dapat dilakukan.

4. Ada empat buah parti yang meletak cukup calon untuk jadi Kerajaan jika 112 dari calon-calon ini menang.

5. Rakyat berpeluang untuk sokong mana-mana satu dari parti ini untuk jadi Kerajaan.

6. Parti-parti ini adalah seperti berikut:-

i. – Barisan Nasional (BN) yang sekarang bekerjasama dengan
Perikatan Nasional untuk mendiri Kerajaan.
– BN terkenal sebagai parti yang pemimpinannya mungkin di dapati bersalah dan dipenjara.
– Sebenarnya Presiden mereka dahulu sudah dipenjara dan sedang dibicara dalam mahkamah.
– Bolehkah rakyat pilih penjenayah untuk jadi Kerajaan Malaysia. Jika dipilih Kerajaan Malaysia akan dikenali sebagai kleptokrasi dan bukan demokrasi.

ii. – Rakan BN ialah Perikatan Nasional yang terpalit dengan jenayah BN.
– PN juga menjadi Kerajaan melalui “pintu belakang” tebuk atap.
– Jumlah calon PN mencukupi setelah disogok dengan jawatan Menteri.
– Dari segi moral BN + PN tidak layak menjadi Kerajaan yang baik. Mahiaddin sebagai PM tidak dapat bangunkan ekonomi dan kurangkan inflasi. Tidak ada satu apa pun yang dijayakan atau dilakukan untuk memaju negara oleh Mahiaddin.
– BN dengan sendirinya, atau PN dengan sendirinya tidak mungkin pulih negara setelah dirosakkan oleh BN pimpinan Najib.

iii. – PH menjadi begitu sombong apabila jadi Kerajaan. DAP bermusuh dengan big business dan cuba tamatkan kontrak besar mereka tanpa mengambil kira nasib puluhan ribu pekerja projek.
– Pelampau DAP menyerang saya sebagai PM kerana tidak suka tindakan saya yang tidak tunduk kepada DAP.
– Serangan ini diguna oleh Najib sebagai bukti yang saya berada di bawah telunjuk DAP.
– Yang diutamakan oleh DAP, Keadilan dan Amanah ialah Anwar menjadi Perdana Menteri. Nasib rakyat, pembangunan negara dan kedudukan agama Islam tidak diberi tempat dalam pemikiran Pakatan Harapan.
– Jika PH dipilih menjadi Kerajaan sikap sombong mereka dan kegilaan untuk merebut jawatan Perdana Menteri bagi Anwar akan menghalang usaha untuk menyelamat nasib rakyat dan kemajuan negara. Sudah tentu tidak akan ada tumpuan kepada pengamalan cara hidup Islam – Addeen.

iv. Yang tinggal ialah Gerakan Tanahair / Pejuang.
– Pemimpin dan calon GTA tidak terlibat dengan jenayah. Tidak ada keperluan untuk mereka mengejar kemenangan kerana hendak selamat diri mereka.
– Sebaliknya hasrat seluruh GTA ialah untuk mengembalikan kestabilan politik dalam negara supaya pemulihan dan pembangunan dapat dijayakan.
– Calon-calon GTA terdiri dari mereka yang berpengalaman dalam pentadbiran, terlatih, berpelajaran dan bersemangat Kebangsaan yang tinggi. Walaupun tidak dibiayai dengan cukup mereka berkorban apa yang ada kepada mereka untuk berjuang untuk bangsa, negara dan agama.
– Gerakan Tanahair/Pejuang 100% Gerakan orang Melayu ini bukan bermakna kita bermusuh dengan bukan Melayu.
– Sebenarnya musuh GTA ialah penjenayah Melayu.
– Dengan mendiri Kerajaan yang bersih, cekap dan beramanah nasib orang bukan Melayu akan terpelihara. Ingatlah sejak merdeka Kerajaan yang terbaik ialah Kerajaan yang dipimpin dan didominasi oleh orang Melayu yang baik.
– Kemajuan orang bukan Melayu adalah bukti Kerajaan Melayu yang baik tidak menghalang kemajuan bukan Melayu.
– Dari empat buah parti yang cuba rebut kuasa Kerajaan dalam PRU-15 hanya Gerakan Tanahair sahaja yang tidak dicemar dengan jenayah dan salah guna kuasa.
– Diharap pengundi beri cukup bilang (112) kepada GTA supaya kami dapat pulihkan negara serta berkhidmat kepada rakyat, negara dan agama.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019