Wednesday, August 17, 2016

KENAPA PARTI BARU

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Saya berasa terkejut apabila ramai yang bertanya mengapa parti baru perlu ditubuhkan.

2. Perkara ini tak akan berlaku sekiranya parti dominan dalam pakatan kerajaan memainkan peranan mereka dan menegakkan objektif penubuhannya sendiri ataupun yang masih mirip dengannya.

3. Pada awalnya, ketika cadangan penubuhan parti baru untuk bertanding menentang UMNO dibuat, ianya ditolak kerana kami masih berharap sekiranya Najib berhenti menjadi presiden, UMNO mampu dibangkitkan semula dan memperolehi sokongan rakyat. Barisan Nasional masih mampu membentuk kerajaan Malaysia.

4. Namun hari berganti hari, idea ini semakin tidak mampu dicapai. Antara sebabnya ialah kesalahan yang dilakukan oleh Najib telah menjadi semakin serius dan terbuka. 1MDB bukan sahaja kehilangan berbillion ringgit, tetapi ianya juga tidak mampu membayar hutang-hutangnya sendiri. Kemudian, terbongkar pula rahsia bahawa Najib memiliki 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadinya. Perdana Menteri Malaysia tidak sepatutnya memilik wang sebanyak itu dalam akaun peribadinya walau dengan apa cara sekalipun.

5. Kemudian, kita dapat lihat bahawa Najib mempunyai cengkaman yang menyeluruh ke atas UMNO. Apa-apa kritik ke atas pemerintahannya tidak akan diterima. Mereka yang mengkritik akan dibuang dan pemimpin yang lebih akur akan dilantik. Mereka semua sepertinya mempunyai tanggungjawab ke atas najib tidak kiralah kesalahan apa pun yang beliau lakukan. Undi hilang kepercayaan kepadanya menjadi mustahil.

6. Satu kultus personaliti diwujudkan agar Najib tidak boleh dilawan atau dijatuhkan. Tiada apa lagi yang lebih penting kepada UMNO, terutama sekali ahli parlimen UMNO.

7. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kepimpinan UMNO tidak akan berubah dan UMNO tidak mampu untuk bangkit semula.

8. Disebabkan semua ini, idea penubuhan parti baru bukan sahaja menjadi menarik tetapi juga menjadi satu keperluan.

9. UMNO merupakan parti berasaskan kaum. Sehingga tahun 2004, parti ini telah berjaya mendapat sokongan semua kaum menerusi pakatan bersama parti berasaskan kaum yang lain. Menunjukkan bahawa BN sendiri dibentuk oleh parti-parti berasaskan kaum.

10. Mungkin Penduduk bandar yang canggih dan berpendidikan tinggi berasakan bahawa politik kaum tidak sejajar dengan perkembangan masa. Tetapi perkara ini berbeza dengan kawasan-kawasan lain. Bagi penduduk luar bandar yang kebanyakannya hidup dalam kesusahan, kaum bukan hanya penting, tetapi dipegang sebagai satu keperluan bagi memastikan kesejahteraan mereka. UMNO menjadi popular kerana ianya merupakan parti berasaskan kaum.

11. Sekiranya parti baru ini ingin bertanding dengan UMNO, parti ini perlu menyediakan keselesaan berbaur perkauman kepada rakyat bandar dan luar bandar sepertimana yang dilakukan oleh UMNO.

12. Walaupun begitu, parti baru ini tidak boleh dihadkan untuk melayu sahaja tetapi harus dibuka keahliannya kepada semua pribumi - bumiputera. Malahan ianya bersedia untuk menerima bumiputera dan bukan bumiputera sebagai ahli bersekutu.

13. Saya telahpun menjalankan kajian ke atas nasib parti parti yang mencapai kemerdekaan di negara negara luar. Kebanyakkannya telah pun dibubarkan. Mereka kalah menentang parti-parti yang baru ditubuhkan kerana kebiasannya mereka lupa asas penubuhan parti dan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan sendiri.

14. UMNO telah bertahan terlalu lama. Tetapi di bawah Najib, parti ini telah berterusan melupai tentang tujuan penubuhannya. Najib telah membawa malu sejak memegang kuasa. Seluruh dunia memandang rendah terhadap Najib kerana menjadi Menteri Kewangan Malaysia paling teruk dan segala salahlaku yang dilakukan olehnya

15. Hanya parti baru saja yang boleh mengembalikan kegemilangan negara kita sebelum ini. Parti baru akan memberikan perhatian kepada perubahan dalam pemikiran rakyat Malaysia. Kita telah mencapai kemajuan. Orang kita lebih berpendidikan, budiman, persepsi dan aspirasi mereka telah berubah.

16. Parti baru akan mengembalikan semula demokrasi, kedaulatan undang-undang yang telah dinafikan dan disalahguna oleh Najib.

17. Pemisahan kuasa antara Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman akan dimuliakan. Sebagai tambahan, khidmat perundangan yang diwakili oleh Peguam Negara akan dipisahkan daripada Badan Kehakiman. Peguam Negara tidak boleh menghukum atas laporan yang dibuat kepada pihak polis melainkan terdapat kekacauan terhadap laporan atau laporan tidak relevan. Namun begitu, Peguam Negara perlu memberikan penjelasan kepada orang ramai dan bukan hanya mengatakan tidak ada kes untuk dijawab. Pastinya Peguam Negara tidak boleh meletak sesuatu laporan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

18. Sebarang rasuah yang diragui mesti disiasat dan laporan dibuat secara awam. Semua pegawai kerajaan Malaysia perlu dilihat untuk hidup mengikut kemampuan mereka. Ini termasuklah anggota Kabinet.

19. Para pemerhati luar negara perlu menyelia pilihanraya dan mempunyai akses/capaian penuh terhadap operasi pilihanraya, baik Kerajaan mahupun Pembangkang.

20. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dianggotai oleh anggota Bukan Kerajaan. Kesemua transaksi hendaklah dibuat dengan telus.

21. Pinjaman oleh Kerajaan tidak boleh melebihi jumlah yang ditetapkan oleh Parlimen. Jaminan oleh Kerajaan hendaklah dianggap sebagai pinjaman oleh Kerajaan.

22. Ini semua adalah sebahagian daripada perjuangan parti baru. Ianya akan berjuang untuk menambah baik prestasi Kerajaan dan memberi kehidupan yang lebih baik buat rakyat Malaysia. Parti ini akan cuba untuk mengembalikan penghormatan dan sanjungan terhadap bangsa Malaysia di mata dunia.

23. UMNO tidak boleh lakukan semua ini lagi. Inilah sebabnya mengapa parti baru perlu ditubuhkan.

24. Kami bercita-cita untuk berkhidmat kepada rakyat. Kami berdoa agar rakyat membantu kami untuk mencapai aspirasi sebagai pulangan buat rakyat Malaysia.



WHY A NEW PARTY ?

1. I am surprised that there are people asking why a new party should be formed.

2. It should not if the dominant party in the Government coalition is playing the role and upholding the objectives for which it was formed or even some semblance of them.

3. Earlier when suggestions were made for a new party to contest against UMNO, they were rejected as it was hoped that if Najib ceased to be its president, UMNO could be resuscitated and regain the support of the people. The BN could still continue to be the Government of Malaysia.

4. But rapidly this idea became untenable. For one thing the wrong doings of Najib had become more open and serious. Not only was 1MDB losing billions but it was unable to pay debts. Then it was discovered that Najib had more that 2.6 billion Ringgit in his private account. A Prime Minister of Malaysia should not have this kind of money in his account no matter how he may have acquired it.

5. Then it was found that Najib had a total grip on UMNO. Any criticism of his leadership was not tolerated. Critics were expelled and tame leaders were put in place. They all seem to be obligated to Najib despite his wrongdoings. A vote of no confidence in him became impossible.

6. A personality cult was built up so that Najib could not be challenged or deposed. Nothing else mattered to UMNO, especially to UMNO members of Parliament.

7. It became clear there was no way for a leadership change and UMNO to be resuscitated.

8. With these developments the idea of a new party to contest against UMNO became not only attractive but also absolutely necessary.

9. UMNO is a race-based party. Until 2004 this race-based party had won the support of all races through a coalition with other race-based parties. Even the multi-racial parties in the BN were race-based.

10. The sophisticated and highly educated urban people may believe that racial politics is not in keeping with the times. But on the ground it is different. For the rural people who largely are poor, race is not only important but they believe is essential for their well-being. UMNO’s popularity is because it is a racial party.

11. If the new party is to compete with UMNO, it must give the people in the rural constituencies and the unsophisticated urban constituencies the kind of comfort associated with UMNO’s kind of racism.

12. Still the new party is not to be confined to Malays only but to all indigenous people – the Bumiputeras. Besides it is ready to accept Bumis and non-Bumis as associate members.

13. I have studied the fate of the parties which won independence in other countries. Most of them have disappeared. They had lost to new parties formed after independence because invariably they forgot the purpose for which the parties are formed and abused the power accorded them for personal gains.

14. UMNO had lasted much longer. But under Najib it forgot completely the purpose for which it was formed. Najib has brought shame to this once admired country. The whole world looks down upon Najib for being the worst Finance Minister of Malaysia and for all kinds of wrong doings perpetrated by him.

15. Only a new party can revive the country’s glory of the past. The new party will take cognisance of the changes in the thinking of all Malaysians. We had made progress. Our people are better educated, and are better off in many ways. Their perceptions of things and their aspirations have changed.

16. The new party will restore democracy and the rule of la which have been denied and abused by Najib.

17. The separation of powers between the legislative, the executive and the judiciary will be upheld. Additionally the legal service represented by the Attorney-General will be separated from the judiciary. The AG may not pass judgement over reports made to the police except when the reports are vexations and irrelevant. Even then the AG must give his reasons to the public and not just say there is no case to answer. Certainly he must not put the reports under the Official Secrets Act.

18. Any suspicion of corruption must be investigated and the report made public. All Malaysian officials must be seen to live within their means. This include all members of the Cabinet.

19. Foreign observers will oversee elections and will have full access to the operations of the election, both Government and Opposition.

20. The anti-corruption commission will have non-Government members. All transactions by Government must be transparent.

21. Borrowings by the Government must not exceed amounts fixed by Parliament. Guarantees by Government should regarded as borrowings by Government.

22. These are some of the things the new party will struggle for. It will strive to improve the performance of the Government and give a better life for the people. It will try to regain the respect and honour of this nation in the eyes of the people and the world.

23. UMNO cannot do all these anymore. That is why a new party has to be formed.

24. We aspire to serve the people. We pray the people will help us achieve our aspirations for them.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pendaftaran Keahlian PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Deklarasi Rakyat - Citizens Declaration
Part 2/3 Majlis Bicara Negara Bersama Tun M di Hotel Tower Regency, Ipoh

Tun M diserbu rakyat tadi di Suria KLCC

Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Sunday, March 13, 2016