Thursday, March 29, 2018

DULU DENGAN SEKARANG

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Nur Jazlan tak faham apabila membuat bandingan untuk sokong hujah. Mungkin orang muda ini tak pernah dengar pepatah. “Banding epal dengan epal, bukan epal dengan limau”.

2. Di zaman saya ROS (Pendaftar Pertubuhan) mengharamkan parti UMNO walaupun Kerajaan ketika itu didirikan oleh UMNO. ROS bertindak secara bebas, tanpa dihalang oleh Kerajaan.

3. Sekarang ROS hanya mengganggu parti lawan. Dapatkah ROS haramkan UMNO. Ada kes bagi UMNO diharamkan. Jika Kerajaan yang didirikan UMNO ROS haramkan baharulah sama dengan apa yang terjadi di zaman saya. Baharu ada bandingan antara dahulu dengan sekarang antara epal dengan epal.

4. Saya tidak lupa. Nur Jazlan yang tidak faham dan membuat bandingan antara epal dengan limau dan berpendapat epal dengan limau adalah sama.

5. Sekarang Najib pula kata masalah air di Selangor lebih dahsyat dari 1MDB.

6. Masalah 1MDB menghasilkan dakwaan Department of Justice Amerika Syarikat bahawa 4 billion dolar Amerika dicuri oleh Perdana Menteri, yang cuba dibersihkan oleh anak tirinya dan Jho Low. Sekarang media seluruh dunia membuat dakwaan yang sama. Tidak ada tindakan saman malu dari Najib.

7. Disebaliknya jumlah wang yang terlibat dalam kes air Selangor tidak sebesar wang 1MDB yang diselewengkan dan tidak ada dakwaan MB mencuri duit ini.

8. Sekarang datang seorang lagi pakar undang-undang UMNO yang berkata jika Malaysia tak sahkan, berita tentang 1MDB adalah palsu.

9. Jika seorang pencuri tidak sahkan dia mencuri maka tuduhan itu adalah palsu. Ini tafsiran baru yang diguna dahulu oleh A.G. apabila Najib dituduh menyelewengkan duit 1MDB. A.G suruh tanya kepada Najib apakah dia telah lakukan perbuatan salah (wrong doing) dan Najib pun menjawab dia tidak laku apa-apa kesalahan. Maka A.G. pun tutup kes kerana salahlaku Najib tidak disahkan olehnya.

10. Maka gembiralah penjenayah-penjenayah kerana mahkamah akan bertanya yang dituduh apakah benar tuduhan terhadapnya? Dan penjenayah pun berkata tidak benar. Dan hakim pun menghukum bahawa penjenayah tidak bersalah.

11. Masa depan penjenayah amatlah cerah di negara bertuah ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019