Friday, July 22, 2022

KOLUSI DAN SUBAHAT?

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Laporan-laporan berita bahawa Tan Sri Apandi Ali bertindak sebagai orang tengah untuk Jho Low amatlah mengejutkan.

2. Pertamanya, Apandi ketika menjadi Peguam Negara telah menyatakan tidak berlaku sebarang jenayah berkaitan dengan 1MDB serta menyucikan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak.

3. Pendirian Apandi itu berlaku di waktu beberapa Negara luar telah mengambil tindakan terhadap bank-bank dan orang persendirian yang terbabit dengan jenayah 1MDB.

4. Kerana itu apabila Pakatan Harapan mengambil-alih Kerajaan, perkhidmatan Apandi tidak dilanjutkan kerana sikap dan tindakannya menyucikan 1MDB secara langsung adalah kegagalannya melaksanakan amanah dan tanggungjawab Negara.

5. Selain itu, tindakannya juga secara langsung mempertahankan jenayah-jenayah yang telah dilakukan oleh Najib dan sekutu-sekutunya termasuklah Jho Low.

6. Hari ini hakim-hakim mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan telah mendapati perlakuan jenayah tetap berlaku di dalam 1MDB dan menghukum penjara Najib Razak kerana kesalahan-kesalahan berkaitan 1MDB.

7. Sepatutnya Apandi merasa bersalah dan menyesal kerana pendiriannya menyekat jenayah 1MDB dari dihadap ke mahkamah.

8. Sekarang, dia sanggup menjadi orang tengah untuk Jho Low mendapat penyelesaian dan diberitakan dengan membayar Kerajaan Malaysia RM1.5 billion. Ini bermakna Jho Low bersalah. Jika tidak bersalah kenapa menawar wang untuk menyelesaikan tindakan terhadapnya.

9. Sekali lagi Negara dan rakyat Malaysia ingin dianiayai oleh Apandi dan Jho Low dengan tawaran penyelesaian sejumlah wang yang sebegitu kecil berbanding dengan pencurian wang negara berjumlah puluhan billion ringgit.

10. Tindakan Apandi yang sanggup bersekongkol dengan Jho Low amat mencurigakan.

11. Kesediaan Jho Low membayar untuk penyelesaian membukti bahawa Jho Low mengakui kesalahan.

12. Sekali lagi Apandi seharusnya mengambil sikap menyesali kesilapan atau kesalahannya yang dahulu dan bukannya mengambil upah (saya tidak percaya Apandi melakukan kerja orang tengah Jho Low secara percuma) dari penjenayah 1MDB yang Apandi telah bebaskan dahulu.

13. Di sini timbul kecurigaan bahawa kerjasama Apandi dengan Jho Low telah bermula semasa dia Peguam Negara.

14. Satu siasatan perlu dilakukan terhadap Apandi sama ada dia membuat keputusan menyucikan 1MDB dahulu kerana hubungannya dengan Jho Low.

15. Ini bukan sahaja satu conflict of interest. Lebih dari itu, ia adalah satu jenayah terancang untuk mencuri harta rakyat dan Negara dan ini membabitkan bukan sahaja Najib dan Jho Low tetapi juga Apandi.

16. Kerajaan hari ini bertanggungjwab untuk menyiasat kerana terdapat unsur kolusi (collusion) dan subahat (complicity) Apandi di dalam jenayah 1MDB untuk memastikan penyamun-penyamun Negara yang terbabit di dalam jenayah terancang ini diadili dan dihukum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019