blogtunm.blogspot.com Tun M
Dalam bahasa multimedia perkataan “Snippets” sudah diganti dengan “Sound Bites”. Snippets terhad kepada media cetak tetapi “Sound Bites” meliputi semua media – cetak, radio dan televisyen. Justeru saya akan guna “Sound Bites” sekarang. Saya tidak akan guna bahasa kebangsaan kerana mungkin ramai tak akan faham “Bunyi Gigit”.
Dalam bahasa multimedia perkataan “Snippets” sudah diganti dengan “Sound Bites”. Snippets terhad kepada media cetak tetapi “Sound Bites” meliputi semua media – cetak, radio dan televisyen. Justeru saya akan guna “Sound Bites” sekarang. Saya tidak akan guna bahasa kebangsaan kerana mungkin ramai tak akan faham “Bunyi Gigit”.
SOUND BITE
Semasa saya kecil kasut yang terkenal dari England ialah “Kasut Barat” (Barrat Shoes). Akibat kegawatan yang melanda United Kingdom syarikat yang mengeluarkan kasut Barrat selama hampir seratus tahun sudah bankrap dan ditutup.
“Woolworths” adalah sebuah gedung runcit yang terkenal dan mempunyai beratus cawangan diseluruh Britain. Baru-baru ini Woolworths juga sudah ditutup dan beribu pekerjanya menganggur.
Beberapa daripada cawangan Woolworths ini sudah diambil alih oleh “Kedai Kelin” di United Kingdom yang menjual aneka jenis barang dengan harga 99 pence.
Sekarang Britain sudah jadi miskin kerana penipuan oleh bank-bank gergasi mereka. Nilai pound jatuh daripada RM7 = 1 Pound Sterling kepada RM5.20 = 1 Pound Sterling. Ada barang di sini lebih murah daripada di Malaysia.
KEBEBASAN BERSUARA
Barat berbangga dengan kebebasan bersuara mereka. Negara Asia termasuk Malaysia dikritik kerana tidak ada kebebasan bersuara.
Tetapi tidak ada kebebasan bersuara di Eropah jika ia melibatkan kritik terhadap Yahudi. Jika sesiapa mengkritik Yahudi maka mereka akan dilabel oleh media sebagai “anti-semitic”.
Lebih daripada itu sesiapa yang mengkritik cerita “holocaust” iaitu pembunuhan orang Yahudi oleh Hitler, mungkin akan ditangkap dan dipenjara.
Yang lebih aneh lagi ialah perbezaan dasar antara Negara-negara Eropah. Di United Kingdom kritikan terhadap “holocaust” tidak dianggap jenayah. Tetapi jika pengkritik mengkritik di United Kingdom dan kemudian pergi ke Negara yang anggap kritikan itu jenayah, maka Negara itu masih boleh ambil tindakan undang-undang terhadap kritikan yang dibuat di United Kingdom.
Demikian seorang penulis sejarah telah mengkritik “holocaust” di United Kingdom. Apabila dia membuat lawatan ke Austria dia telah ditangkap, dihadapkan ke mahkamah dibawah undang-undang Austria, didapati bersalah dan dipenjara.
Saya terbaca dalam “The Guardian” akhbar British, bahawa seorang bishop mazhab Katolik dari UK yang telah menyoal kebenaran “holocaust” semasa di Argentina telah dihalau keluar daripada Negara itu dengan serta-merta.
Argentina adalah sebuah Negara Katolik tetapi demikianlah pengaruh Yahudi sehingga orang katolik, bahkan Paderi katolik tidak boleh menyoal apa-apa berkenaan dengan “holocaust”.
Yang jelas daripada dua peristiwa ini ialah kebebasan bersuara yang kononnya dijunjung tinggi oleh orang Eropah yang hendak dipaksa keatas seluruh dunia, adalah pembohongan semata-mata. Mereka tidak amalkan kebebasan bersuara apabila kepentingan mereka tergugat. Lebih-lebih lagi kepentingan Yahudi. Sebab itu tapisan dibuat keatas berita berkenaan Gaza.
PENGANGGURAN DI BRITAIN
United Kingdom sedang mengalami kemelesetan ekonomi yang amat teruk. Pengangguran sudah melebihi dua juta. Diantara yang menganggur terdapat hampir 700,000 ahli profesional.
Melihat keadaan ini saya khuatir profesional Malaysia juga ramai yang akan menganggur.
Berbilion pound sterling sedang digunakan oleh Kerajaan United Kingdom untuk memulihkan semula ekonomi. Tetapi tindakan ini tidak berkesan. Tidak dapat tidak United Kingdom dan lain-lain negara maju akan menjadi miskin.
Sebenarnya pendapatan per kapita yang mereka banggakan dahulu tidak mencerminkan kekayaan mereka yang sebenar. Kekayaan mereka dahulu adalah hasil penipuan oleh pemain pasaran wang.
Perkiraan purata mereka tidak memberi gambaran yang benar. Oleh kerana terdapat bilangan yang kaya yang begitu ramai maka perkiraan purata (average) per kapita mereka meningkat.
Ini dapat kita lihat apabila seorang daripada seribu orang menjadi jutawan dan 999 menganggur, jika diambil pendapatan purata bagi 1,000 orang ini, pendapatan tiap seorang daripada mereka ialah seribu Dollar. Jelas yang angka per kapita yang disebut tadi menyembunyi pendapatan yang amat rendah bagi majoriti rakyat negara yang dikatakan kaya ini. Apatah lagi dengan billionaire yang begitu ramai di negara kaya.
Sekarang orang yang kaya sudah tidak kaya lagi. Justeru itu pendapatan per kapita negara kaya ini akan jatuh dengan teruk.
Mereka tidak akan dapat pulih kekayaan mereka sehingga bertahun-tahun. Ini adalah oleh kerana membuat wang yang banyak melalui penipuan seperti dahulu tidak lagi akan dapat membantu pemulihan. Pedagang matawang umpamanya tidak lagi boleh menekan nilai matawang seperti pada 1997-98 dan mendapat keuntungan berbilion ringgit dalam masa yang singkat.
Bank tidak lagi boleh beri pinjaman kepada orang yang tidak berkemampuan bayar hutang (sub-prime) untuk untung besar. Dan banyaklah cara-cara penipuan yang lain yang melibat hedge funds dengan derivatives mereka yang tidak lagi dapat memperkayakan mereka.
Kerana cara-cara buat duit cepat dan banyak ini tidak lagi terbuka pada mereka, ramai yang akan tidak sekaya dahulu. Ada yang sudah bunuh diri pun.
Sumbangan mereka kepada Keluaran Dalam Negara dan per kapita akan turun dan kekal di paras yang rendah buat bertahun-tahun. Harapan mereka bahawa melalui bailout mereka akan pulih seperti sebelum kegawatan tidak akan jadi kenyataan.
Malangnya kemiskinan mereka akan mempunyai kesan kepada seluruh dunia termasuk Malaysia.