blogtunm.blogspot.com Tun M
(Ini adalah rencana bersiri mengenai aliran semasa yang membawa kepada krisis kewangan masakini. Rencana asal di dalam bahasa Inggeris telah disiarkan di dalam blog ini pada Mei 7, 2009)
(Ini adalah rencana bersiri mengenai aliran semasa yang membawa kepada krisis kewangan masakini. Rencana asal di dalam bahasa Inggeris telah disiarkan di dalam blog ini pada Mei 7, 2009)
1. Terdapat pula skim Piramid atau Ponzi. Bernard Madoff hanya terbongkar selepas dia
kehilangan 50 bilion duit yang telah dilaburkan dengannya.
2. Operasinya cukup mudah. Operator hanya memulangkan sebahagian sahaja wang yang “dilaburkan” dengannya sebagai dividen. Jika dia membayar dividen sebanyak 20 peratus setahun dia akan menghabiskan wang tersebut dalam masa lima tahun.
3. Tetapi apabila semakin ramai pelabur baru melabur dengannya, dianya akan dapat terus bayar dividen hinggakan para pelabur asal telah menerima semula pulangan jumlah yang mereka labur terdahulu. Lagipun pelabur akan terus melabur selagi mereka mendapat pulangan yang tinggi.
4. Secara amnya pelabur akan gembira dengan pulangan yang tinggi yang mereka tidak akan
pun merungut. Pihak berkuasa juga tidak akan mendapat tahu tentang operasi skim tersebut. Lagipun jika ianya dibongkar dan diarah berhenti pelabur akan kehilangan semua wang yang mereka labur.
5. Madoff bukanlah satu-satunya yang kendalikan skim ini. Sebenarnya tidak ada kekayaan yang diperolehi kerana duit yang dilabur sebenarnya dipulangkan. Walaubagaimanapun dividen yang kononnya diperolehi akan menyumbang kepada per kapita dan KDNK Negara.