Sunday, August 21, 2022

MEMALU MELAYU

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Tidak ada satu orang yang begitu berjaya menterbalikkan orang Melayu seperti Najib.

2. Dahulu orang Melayu memandang rendah kepada orang yang mencuri. Mereka amat malu jika ada ahli keluarga yang terlibat dengan jenayah, dengan mencuri dan sebagainya.

3. Tetapi sekarang orang Melayu tidak lagi berasa malu. Apa nak malu. Najib menanam pendapat bahawa apa nak malu jika ia mencuri. Dia boss. Boss boleh mencuri. Kalau boss tak malu kerana mencuri, orang Melayu pun tak perlu malu bila mencuri.

4. Dan sekarang ini ramai orang tak tahu malu. Ada yang sampai cium tangan. Kenapa cium tangan. Boleh dapat duit. Boleh dapat jawatan. Apa nak malu.

5. Kalau tangan berbau najis, tak apa. Ada duit dalam najis. Terbongkok-bongkoklah nak cium tangan. Apa nak malu. Kalau tangan bersalut tahi tetapi ada duit, okaylah. Tak payah malu.

6. Ramai sungguh yang tak malu. Terkenal sebagai perasuah, apa nak malu. Jadi pencuri tak apa, tak perlu malu.

7. Inilah kejayaan Najib yang terbesar. Orang Melayu tak perlu malu.

8. Terima duit yang dicuri, tak malu. Minta duit free, tak malu. Tak bayar hutang tak malu.

9. Pilih pencuri, perasuah, banduan sebagai Perdana Menteri, okay. Tak malu.

10. Dunia ketawa negara Malaysia kerana tak malu dengan kelakuan yang memalu, tak malu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019