Friday, January 27, 2023

KERUNTUHAN AKHLAK

blogtunm.blogspot.com Tun M
Mahathir Mohamad 
1. Kejayaan Najib yang besar ialah meruntuh akhlak orang Melayu.

2. Sekarang orang Melayu tidak lagi berasa malu apabila melaku perbuatan yang terkutuk.

3. Najib mula dengan meyakinkan orang Melayu yang mereka tidak perlu rasa malu kerana Boss mereka curi duit.

4. Kata Najib “Nak malu apa, Bossku” apabila Najib curi duit Kerajaan.

5. Maka pengikut setianya pun tidak berasa malu apabila mereka curi duit atau mereka dapat duit yang dicuri oleh Najib.

6. Najib mengajar orang Melayu supaya minta duit percuma. Dalam PRU orang Melayu rela disogok duit kerana duit yang didapati bukan kerana khidmat bekerja. RM100/- percuma lebih baik dari gaji RM2000/- sebulan kerana untuk gaji kerja diperlukan. Sebaliknya RM100/- untuk undi tidak perlu kerja. Tak bagi duit tak undi. Ini jawapan pengundi PRU 15.

7. Sebab itu yang tak bagi duit kalah. Yang menang dalam PRU 15 ialah yang sogok duit. Yang mampu sogok ialah pencuri. Yang menang dan diri Kerajaan adalah pencuri. Apabila pencuri jadi Kerajaan, duit Kerajaan pun dicuri.

8. Dahulu, apabila dikesan mencuri, orang Melayu berasa malu. Tidak sekarang. Apa nak malu. Boss pun tak malu bila curi berbillion. Inikan pula sedikit sahaja. Nak malu apa.

9. Inilah Melayu Najib. Sampai bila-bila pun Kerajaan Malaysia akan terdiri dari pencuri. Yang tak ada duit dan tidak sogok akan kalah.

10. Benarlah Malaysia negara kleptokrasi – negara pencuri.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019