Monday, July 31, 2023

PELANCONG CHINA

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. KDN dan Menterinya tuntut supaya saya buktikan jutaan pelancong China tidak pulang ke negara asal.

2. KDN sendiri telah nyata di Parlimen seperti yang dilaporkan di Berita Harian pada 27 Julai 2022 mengenai lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia setelah tiba di Negara ini dalam tempoh antara 2018 hingga 2021. Ini juga telah dilapor oleh media pada bulan Julai 2022.

3. Saya telah berjumpa dengan ramai mereka dan ramai yang memiliki rumah di Kuala Lumpur. Angka 1.5 juta disebut oleh pendakwa lain. Saya cuma terima dakwaan mereka.

4. Menteri boleh semak data dalam simpanan KDN.

5. Yang punyai maklumat ialah KDN dan Menteri. Tiap tahun Kerajaan isytihar jumlah pelancong yang masuk. Kerajaan tentu tahu jumlah yang keluar. Kenapa tanya saya.

6. Teknologi kini memboleh data dikutip di semua pintu masuk dan pintu keluar negara.

7. Tiap pelancong perlu tunjuk passport yang mempunyai butiran yang cukup.

8. Bukankah menjadi tanggungjawab KDN dan Menteri menghitung siapa yang masuk dan siapa yang keluar.

9. Jika saya diberi akses kepada semua rekod saya boleh bukti. Tetapi untuk semak rekod-rekod yang disimpan oleh Kerajaan bayarannya amat tinggi. Ia seolah Kerajaan ingin sembunyi data.

10. Apa gunanya rekod jika Menteri pun tidak dapat maklumat akan data di dalamnya.

11. Banyak lagi rekod yang disimpan oleh Kerajaan. Umpamanya siapa yang memiliki tanah, siapa yang kaya yang tinggal dalam perumahan mewah.

12. Mengklasifikasikan B40 dan T20 sahaja tidak cukup. Kerajaan boleh dapat lebih banyak maklumat untuk bertindak, untuk menentu dasar.

13. Rakyat berhak tahu data ini dan dasar Kerajaan berkenaan dengan maklumat yang didapati.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019