Tuesday, June 10, 2008

RAPID KL

blogtunm.blogspot.com Tun M 
Yang Berhormat Dato' Bung Mokhtar Radin (Ahli Parlimen Kinabatangan) telah bertanya dalam Dewan Rakyat berkenaan 1000 lebih bas milik Rapid KL yang tersadai dan tidak diguna.

Bas-bas ini dikatakan asalnya milik Intrakota dan City Liner yang telah diambilalih oleh Rapid KL yang dipercayai adalah milik Khazanah. Bas-bas ini masih boleh diguna atau boleh diperbaiki dan dijual oleh Rapid KL.

Tetapi Rapid KL tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat balik sedikit pun daripada kos pembelian syarikat-syarikat ini.

Kenapa?

Kenapa?

Apakah Rapid KL begitu untung dan boleh tanggung rugi yang tidak kecil daripada menjadikan bas-bas yang dibeli olehnya sebagai besi buruk?
Rapid KL terkenal dengan jumlah besar bas baru yang dimilikinya. Umum tahu yang bas-bas ini kerap kosong. Oleh kerana ia adalah GLC dan melibatkan wang rakyat sepatutnya untung-ruginya diumumkan kepada orang ramai. Tetapi kita tidak pernah melihat kira-kira untung ruginya. Untung besarkah RapidKL dan Khazanah?

Kita bangga dengan design bas-bas yang dimiliki oleh Rapid KL. Ia amat moden. Saya ingin tahu siapakah yang membekal bas-bas ini. Saya percaya pembekal bas-bas ini meraih keuntungan yang besar kerana begitu banyak bas yang jelas dibeli oleh Rapid KL. Mungkinkah pelupusan dan write-off begitu banyak bas-bas lama adalah supaya bas baru dapat dibeli daripada pembekal tertentu? Jika ya, nampaknya Rapid KL diadakan untuk menguntungkan pembekal. Apakah adanya Rapid-Penang juga tidak mempunyai tujuan yang sama?

Apakah benar pembekal bas Rapid KL dan Rapid Penang ialah M-Trans yang dimiliki 100% oleh Scomi yang dimiliki oleh sipolan-sipolan yang mempunyai talian kekeluargaan dengan pemimpin besar negara?

Katanya pesanan untuk bas baru oleh Rapid KL adalah begitu banyak sehingga Scomi tidak dapat membinanya. Oleh itu Scomi dibenar import bas dari China. Apakah harga import dan harga jualan kepada Rapid KL? Apakah syarikat lain dibenar import bas baru dari luar negeri? Apakah duti import yang dibayar?

Disiarkan gambar-gambar Scomi Coach Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai M-Trans Sdn Bhd) yang berada di tempat yang sama dengan Scomi Rail Bhd (dahulu dikenali sebagai M-Trans Technology Sdn Bhd)

Penceroboh boleh ditembak

Bas-bas Rapid KL yang tersadai

Bas-bas baru Rapid KL yang sedang dibina di kilang Scomi

Kita juga dengar khabar angin bahawa Scomi juga dapat kontrak membekal unit-unit monorel untuk projek monorel di Pulau Pinang. Sekali lagi Scomi hanya akan membekal unit monorel sahaja dan tidak akan terlibat dengan pembangunan dan pengurusan sistem monorel di Pulau Pinang. Umum tahu pembangunan dan pengurusan tidak memberi keuntungan. Menjual unit monorel tetap untung terutama jika tidak ada tender atau tender di buat dengan spesifikasi yang hanya jenis unit monorel Scomi sahaja yang boleh menepatinya.

(Disiarkan dibawah gambar yang menunjuk rel untuk percubaan unit monorel yang terdapat di kilang Scomi Rail Bhd)

Rel untuk test unit. Dibelakang terlihat satu unit monorel di atas test-rail

Papan kenyataan Scomi Coach Sdn Bhd dan Scomi Rail Bhd
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019