Wednesday, June 4, 2008

Snippets

blogtunm.blogspot.com Tun M 
Tujuan baik tidak halalkan jenayah

YB Dato Zaid Ibrahim, Menteri Undang-Undang kecewa kerana dia akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin UMNO sedangkan dia hanya mempertahankan Perdana Menteri.

Peguam ini tidak faham bahawa tujuan baik tidak menghalalkan jenayah.

Takut kerana salah?

Ahli-ahli dan pemimpin cawangan dan bahagian UMNO tidak dibenar mendengar ucapan saya.

Apakah pemimpin tertinggi UMNO takut kerana mereka punyai banyak kesalahan yang mungkin dibongkar oleh saya?

Karpal percaya Pak Lah

Karpal Singh menyatakan ia tidak percaya Dato Seri Anwar Ibrahim akan dapat memujuk Ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional lompat masuk Parti Keadilan - {sekutu kepada parti Karpal (DAP)} supaya Anwar dapat jatuhkan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kerajaannya.

Karpal betul-betul sayang kepada Dato Seri Abdullah dan hendak dia kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ahli-ahli UMNO boleh berbangga kerana bukan mereka sahaja yang setia kepada Dato Seri Abdullah tetapi Karpal Singh yang dahulu musuh ketat UMNO sekarang setia kepada Dato Seri Abdullah sekaligus setia kepada UMNO.

Kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 lebih terjamin sekarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019