blogtunm.blogspot.com Tun M
1. Semasa Anwar berada di luar Kerajaan jeritan “reformasinya” terdengar sepanjang masa seluruh dunia.
2. Kebebasan bersuara adalah hak asasi manusia.
3. Kerajaan pada masa itu dikatakan tidak demokratik, diktator.
4. Sekarang setelah jadi Kerajaan, rakyat dihalang bercakap.
5. Bercakap pasal apa?
6. Fasal masalah rakyatlah.
7. Apa dianya masalah rakyat?
8. Masalah bangsa
9. Masalah agama
10. Ha!! Itu tidak boleh
11. Itu racist.
12. Itu ektremis
13. Apa yang boleh.
14. Puji Kerajaan la.
15. Dokong kenyataan bahawa ini bukan lagi Tanah Melayu.
16. Melayu jangan sombong
17. Serahkan sahaja negara yang kamu selamat dari
i. Malayan Union
ii. Malaysian Malaysia
iii. Yang kamu berhempas pulas perjuang kemerdekaan
iv. 400 tahun dijajah
v. 60 tahun merdeka
vi. Terlalu lama
18. Inikah Reformasi?
19. Ya. Inilah Reformasi.