Sunday, December 7, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

blogtunm.blogspot.com Tun M 
Saya dan isteri saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, khususnya pembaca blog chedet .

Di hari yang mulia ini marilah kita sama-sama berdoa akan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia serta semua umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di tanah suci Mekah.

Semoga amal ibadat mereka dalam mengerjakan rukun Islam yang ke-5 ini diterima Allah s.w.t. Semoga mereka dianugerahkan haji yang mabrur, insya’allah, serta selamat pulang ke tanahair dan ke pangkuan keluarga.

Disamping kegembiraan ini, janganlah kita lupa kepada mereka yang mungkin tidak bernasib baik seperti kita.

Justeru saya dan isteri mengambil peluang ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Ulu Yam Baru dan Bukit Antarabangsa baru-baru ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pendaftaran Keahlian PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Deklarasi Rakyat - Citizens Declaration
Part 2/3 Majlis Bicara Negara Bersama Tun M di Hotel Tower Regency, Ipoh

Tun M diserbu rakyat tadi di Suria KLCC

Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Sunday, March 13, 2016