Thursday, November 4, 2010

PERKASA

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Saya ucap terimakasih kerana ramai yang melawat blog saya dan membuat komen menyokong atau menolak. Ramai juga yang bercakap berkenaan bahagian-bahagian Perlembagaan yang tidak boleh dipinda (entrenched). Tetapi ramai yang tidak ambil kira tentang peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan yang begitu adil. Tiada perlindungan bagi hak sesuatu kaum yang tidak diimbangi dengan hak kaum-kaum lain.

2. Demikian apabila agama Islam dijadikan agama rasmi negara Malaysia, susulan daripada itu perlembagaan memperuntukkan bahawa agama-agama lain boleh dianuti dan dipraktik oleh penganut-penganut agama berkenaan tanpa gangguan.

3. Apabila bahasa Melayu diterima sebagai bahasa rasmi negara, tetapi bahasa-bahasa lain boleh digunakan sebagai bahasa ibunda dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

4. Apabila sekolah kebangsaan ialah sekolah yang mengguna bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, sekolah-sekolah jenis nasional boleh mengguna bahasa Cina (bahasa kebangsaan China) dan bahasa Tamil (bahasa suku kaum Tamil).

5. Perlembagaan juga melindungi hak memiliki hartanah semua kaum supaya pengambilan tanah oleh Kerajaan tidak boleh dibuat tanpa pampasan.

6. Yang jelas ialah Perlembagaan Malaysia adil bagi semua kaum. Apabila keistimewaan diberi kepada satu kaum, kaum lain juga diberi keistimewaan dan dilindungi. Perkara yang harus diingati oleh semua ialah hak istimewa bukan bagi Melayu atau Bumiputera sahaja.

7. Perlembagaan boleh dipinda tetapi ianya hendaklah dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahli-ahli Dewan Rakyat. Demikianlah keahlian dewan dari segi agihan antara kaum, tidak mungkin mana-mana kaum dengan sendirinya meminda perlembagaan untuk menghapuskan hak istimewa Bumiputera atau bukan Bumiputera.

8. Berkenaan dengan Dasar Ekonomi Baru pula, agihan kepada Bumiputera hanyalah daripada bahagian ekonomi yang tumbuh dan tidak dengan merampas apa yang telah dimiliki bukan Bumiputera untuk diberi kepada Bumiputera.

9. Dalam pada itu raja-raja juga perlu memberi persetujuan jika kedudukan negeri-negeri mereka tersentuh.

10. Benarlah seperti kata Dato Seri Najib dalam mesyuarat Perhimpunan Agong UMNO bahawa tuntutan untuk meminda perlembagaan untuk melucutkan keistimewaan mana-mana kaum tidak mungkin dilakukan dan berjaya. Tuntutan ini hanya akan memburukkan hubungan antara kaum tanpa memberi manfaat kepada sesiapa.

11. Jika Perkasa dianggap rasis (dan saya juga rasis kerana bersekongkol dengannya) kerana mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu, mereka yang bercadang untuk melucutkan hak orang Melayu tetapi tidak hak istimewa mereka sendiri tentulah bersifat rasis juga.

12. Hanya mereka yang bercadang melucutkan hak istimewa semua kaum sahaja yang tidak rasis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019