Saturday, March 31, 2018

ISLAM SAYA

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Bukan sahaja saya terlalu tua untuk jadi Perdana Menteri, sekarang saya diberitahu saya tidak layak kerana pemikiran Islam saya tidak betul.

2. Kenapa tidak betul? Kerana rekod-rekod saya tidak mempunyai kefahaman Islam yang betul berasas pada sebutan oleh Almarhum Datuk Dr Harun Din. Saya dikatakan dalam golongan “muktazilah” yang utamakan akal, iaitu saya guna akal fikiran.

3. Tetapi Al-Quran menyebut berkali-kali akan mustahaknya mengguna akal fikiran.

Sila rujuk:
Surah Al-Baqarah Ayat 164, 179
Surah Al Imran Ayat 7, 65, 190
Surah Al Maidah Ayat 100,103
Surah Hud Ayat 51
Surah Yusuf Ayat 111
Surah Ar-Rad Ayat 3, 4,19
Surah Taha Ayat 54
Surah Az-Zumar Ayat 9
Surah Al-Hasyr Ayat 2

Tidak disebut dalam Al-Quran larangan berfikir dan terima sahaja semua pendapat dari pakar Islam bahawa fahaman Islam kamu tidak betul. Ia lebih tidak betul kerana tidak menerima bulat-bulat hadith Nabi.

4. Hadis Nabi termasuk dalam bahagian sunnah dalam Islam. Mengamal sunnah adalah baik dan mendapat pahala untuk akhirat. Tetapi jika tidak mengamalnya tidak berdosa. Tidak ada larangan jika diutamakan Al-Quran apabila ada kelainan antara hadis dengan Al-Quran.

5. Saya dapati hukum hudud Islam berbeza dengan hukum hudud PAS. Mengikut Al-Quran yang diutamakan dalam Islam ialah keadilan. Terdapat lebih 40 ayat yang menegas apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.

Sila rujuk
Surah Al Maidah Ayat 8, 42
Surah Al-Araf Ayat 29
Surah Yunus Ayat 54
Surah Yusuf Ayat 26, 27
Surah An-Nahl Ayat 90
Surah Sad Ayat 22, 26
Surah Az-Zumar Ayat 29,75
Surah Al-Ghafir Ayat 20,78
Surah Asy-Syura Ayat 40
Surah Ar-Rahman Ayat 7, 8
Surat Al-Hadid Ayat 25
Surah Al-Mumtahanah Ayat 8
Surah At-Tin Ayat 8

6. Tetapi Hudud PAS utamakan empat saksi dan hukuman yang terberat, termasuk rejam dengan batu dan pancung kepala.

7. Jika seorang wanita lapor ia dirogol oleh sipolan-sipolan, oleh kerana tidak ada empat saksi yang tidak menanggung dosa besar, maka laporannya dianggap palsu. Ia akan dihukum sebat. Jika ia mengandung dan lahir anak maka ia akan dituduh berzina dan sekali lagi akan dihukum rejam dengan batu oleh orang ramai sampai mati.

8. Perogol walaupun dikenali oleh mangsanya tidak akan didapati bersalah dan akan bebas dari sebarang tuduhan.

9. Adilkah apabila mangsa dihukum dan pencabul bebas dari dituduh kerana tidak ada empat saksi. Jika dianggap tidak adil, maka ia tidak Islam. Islam tidak zalim.

10. Tetapi inilah hudud PAS. Ternampak terlalu ghairah untuk menunjuk betapa kuatnya pegangan mereka kepada kononnya ajaran Islam. Dengan ini Islam mendapat imej yang amat buruk.

11. Hudud PAS ini akan dikenakan kepada orang Islam sahaja. Jika orang Islam mencuri tangannya akan dipotong.

12. Tetapi jika orang bukan Islam mencuri, ia akan dipenjara dua bulan.

13. Dalam masyarakat berbilang agama di Malaysia, adilkah perbezaan hukum yang ketara ini?

14. Pendapat saya yang kerdil ini, hukuman ini tidak adil. Oleh kerana ia tidak adil maka ia bukan Islam. Ia adalah hudud PAS.

15. Hukum tanpa saksi empat. Dalam Surah Yusuf, terkoyaknya baju Yusuf disebelah belakang diterima dalam Quran sebagai bukti yang mengejar ialah Zulaikha dan bukan Yusuf seperti yang didakwa oleh Zulaikha.

16. Apakah pengajaran bagi orang Islam dalam cerita Yusuf dengan Zulaikha. Yang jelas ialah empat orang saksi tidak selalu perlu. Hanya kerana baju Yusuf koyak dari belakang, maka ini diterima sebagai bukti bahawa yang mengejar ialah Zulaikha.

17. Cerita ini adalah diantara ayat mutasyabihat, iaitu ayat Al-Quran yang tidak khusus seperti ayat muhkamat. Ayat mutasyabihat memberi panduan yang tidak kurang penting bagi cara hidup Islam. Terpulanglah kepada orang Islam mengguna akal fikiran untuk mendapat panduan dirinya.

18. Keghairahan sesetengah pentafsir menunjuk betapa kerasnya hukum Islam sehingga tidak mengendah keadilan menjadikan agama Islam agama yang tidak berperikemanusiaan. Walhal Islam adalah agama yang adil, bertimbang rasa dan suka bermaaf-maafan dan mengampun dalam menghukum.

19. Berhubung dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong para 39 berkata “Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain”. Para 40 berkata “Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat”

1. Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seorang Menteri yang bertindak dibawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini: tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

1(A). Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

2. Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi berikut, iaitu:
a. melantik seorang Perdana Menteri;
b. tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran parlimen;
c. meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu.

Kuasa memelihara pada setiap masa Agama Islam ada pada Yang di-Pertuan Agong. Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan.

Hadis, Sunnah Nabi

20. Di waktu Al Bukhari mengkaji hadis, terdapat 600,000 hadis. Dari 600,000 ini Bukhari mengesahkan hanya 7000. 593,000 adalah tidak sahih. Pendapat Tarmizi Muslim dan lain-lain pengkaji juga demikian walaupun ada yang tidak sama yang disahkan oleh seorang dan tidak oleh pengkaji lain.

21. Mereka ini adalah manusia biasa dengan kelemahan-kelemahan manusia.

22. Al-Quran adalah catitan wahyu Allah Subhanahu Wataala. Semua Al-Quran adalah sama. Salahkah jika kita pegang kepada wahyu Allah yang disampaikan kepada Muhammad untuk disampaikan kepada umat manusia.

23. Dalam Al-Quran jika hukum sebat hendak dikenakan tentukan dahulu kesalahan. Jika tidak, ada kemungkinan ketidakadilan akan berlaku.

Perdana Menteri

24. Perdana Menteri diberi ramai penasihat, diantaranya ialah penasihat agama, bukan seorang tetapi ramai. Yang rasmi dan tidak rasmi.

25. Nampak penulis berpendapat bahawa Perdana Menteri sekarang sedang mengamal maarof, menolak yang mungkar apabila ia anggap “Cash is King” “Wang itu Raja” dan terus guna wang bermillion untuk sogokan dan beli undi. Ya. Sembahyang didirikan dan zakat diberi dari wang yang disamun.

26. Bagi penulis yang menyoal kebetulan Islam saya, tentulah ia anggap kebetulan Najib lebih betul dan beliau lebih layak jadi Perdana Menteri.

Thursday, March 29, 2018

MALU

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Najib malu jika Perdana Menteri (PM) Malaysia terdiri dari orang tua berumur 90 tahun lebih.

2. Tetapi Najib tak berasa malu apabila Malaysia mempunyai PM yang dunia kenal sebagai kleptokrat, perasuah dan pencuri.

3. Apabila percubaan untuk membersihkan duit yang dicuri dari 1MDB oleh anak tirinya dengan membeli mahligai di London, New York dan Hollywood, membuat filem lucah dan sebagainya dan didakwa oleh Department of Justice Amerika Syarikat kerana melanggar undang-undang “money laundering” di Amerika dan harta-harta yang dibeli dirampas, Perdana Menteri Malaysia yang dituduh terlibat tidak berasa sedikit pun malu.

4. Kapal layar Equanimity dirampas oleh polis Indonesia bersama Federal Bureau of Investigation (FBI) – Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat. TV dan majalah Indonesia melapor kapal ini dibeli dengan duit yang dicuri dari 1MDB oleh Jho Low, sahabat karib Najib. Seluruh Indonesia dan kepimpinannya sekarang tahu Najib terlibat dengan mencuri duit 1MDB, Najib sedikitpun tak berasa malu.

5. Malah Najib hadiri mesyuarat ASEAN/Australia di Melbourne tanpa sedikit pun berasa malu berada bersama Presiden Indonesia dan Perdana Menteri Australia dan Singapura, bahkan semua ketua-ketua kerajaan yang hadir tahu akan pencuriannya.

6. Tidak pun malu apabila cuba menasihat ketua-ketua Kerajaan ASEAN dan Australia akan cara menangani masalah.

7. Negara malu mempunyai Perdana Menteri yang seluruh dunia percaya telah selewengkan berbillion Ringgit duit Kerajaan. Negara malu Malaysia diklasifikasi sebagai negara rasuah dan kleptokrasi. Demikianlah rakyat berasa malu sehingga tidak mengakui rakyat Malaysia apabila ditanya di luar negara.

8. Rakyat Malaysia malu tetapi Perdana Menteri mereka tidak malu. Kononnya mempunyai Perdana Menteri, berumur lebih dari 90 tahun memalukan Najib.

9. Sesungguhnya amat pelik Perdana Menteri Malaysia ini. Apalah nasib rakyat Malaysia mendapat Perdana Menteri yang dipandang hina oleh dunia dan tak tahu malu.

10. Rakyat malu.

11. Najib tak malu; tak malu apabila berjumpa dengan pemimpin negara lain dengan berlagak sebagai seorang yang boleh nasihat pemimpin negara lain.

DULU DENGAN SEKARANG

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Nur Jazlan tak faham apabila membuat bandingan untuk sokong hujah. Mungkin orang muda ini tak pernah dengar pepatah. “Banding epal dengan epal, bukan epal dengan limau”.

2. Di zaman saya ROS (Pendaftar Pertubuhan) mengharamkan parti UMNO walaupun Kerajaan ketika itu didirikan oleh UMNO. ROS bertindak secara bebas, tanpa dihalang oleh Kerajaan.

3. Sekarang ROS hanya mengganggu parti lawan. Dapatkah ROS haramkan UMNO. Ada kes bagi UMNO diharamkan. Jika Kerajaan yang didirikan UMNO ROS haramkan baharulah sama dengan apa yang terjadi di zaman saya. Baharu ada bandingan antara dahulu dengan sekarang antara epal dengan epal.

4. Saya tidak lupa. Nur Jazlan yang tidak faham dan membuat bandingan antara epal dengan limau dan berpendapat epal dengan limau adalah sama.

5. Sekarang Najib pula kata masalah air di Selangor lebih dahsyat dari 1MDB.

6. Masalah 1MDB menghasilkan dakwaan Department of Justice Amerika Syarikat bahawa 4 billion dolar Amerika dicuri oleh Perdana Menteri, yang cuba dibersihkan oleh anak tirinya dan Jho Low. Sekarang media seluruh dunia membuat dakwaan yang sama. Tidak ada tindakan saman malu dari Najib.

7. Disebaliknya jumlah wang yang terlibat dalam kes air Selangor tidak sebesar wang 1MDB yang diselewengkan dan tidak ada dakwaan MB mencuri duit ini.

8. Sekarang datang seorang lagi pakar undang-undang UMNO yang berkata jika Malaysia tak sahkan, berita tentang 1MDB adalah palsu.

9. Jika seorang pencuri tidak sahkan dia mencuri maka tuduhan itu adalah palsu. Ini tafsiran baru yang diguna dahulu oleh A.G. apabila Najib dituduh menyelewengkan duit 1MDB. A.G suruh tanya kepada Najib apakah dia telah lakukan perbuatan salah (wrong doing) dan Najib pun menjawab dia tidak laku apa-apa kesalahan. Maka A.G. pun tutup kes kerana salahlaku Najib tidak disahkan olehnya.

10. Maka gembiralah penjenayah-penjenayah kerana mahkamah akan bertanya yang dituduh apakah benar tuduhan terhadapnya? Dan penjenayah pun berkata tidak benar. Dan hakim pun menghukum bahawa penjenayah tidak bersalah.

11. Masa depan penjenayah amatlah cerah di negara bertuah ini.

ANTI “FAKE NEWS” LAW

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Hari ini undang-undang untuk mencegah “berita palsu” mula dibahas oleh Parlimen. Dengan majoriti yang ada pada Kerajaan sudah tentu undang-undang ini akan dilulus.

2. Yang menakutkan rakyat dan parti lawan ialah apakah definisi “berita palsu”. Yang dijelaskan dalam undang-undang hanya siapa yang dianggap bersalah. Apakah yang dianggap berita palsu tidak dijelas. Taklimat yang diberi juga tidak menjawab soalan berkenaan kenyataan tertentu samada palsu atau tidak.

3. Mengikut amalan biasa undang-undang perlu jelaskan apa yang dianggap salah. Sepatutnya undang-undang menerangkan secara jelas “berita palsu” yang ditafsir sebagai salah.

4. Tanpa penjelasan ini pegawai Kerajaan (Polis dan Pendakwa Raya) akan mendefinisikan “berita palsu” mengikut pendapat mereka sendiri. Apabila sesuatu didefinisikan oleh pegawai sebagai “berita palsu” penulis atau pensyarah boleh dikenakan tindakan dibawah undang-undang ini.

5. Ada seorang Timbalan Menteri yang menyatakan sesuatu berita yang tidak disahkan oleh Malaysia akan ditafsir sebagai “berita palsu”. Oleh kerana semua berita dari luar negara tidak disahkan oleh Kerajaan Malaysia, maka semua laporan berkenaan 1MDB, RM2.6 billion dalam akaun Najib di Ambank, rampasan harta yang dibeli oleh wang yang dicuri dari 1MDB mengikut Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat dan kapal layar Equanimity yang didakwa dimiliki oleh Jho Low dan dirampas oleh Indonesia dengan FBI (Federal Bureau of Investigation – Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat) semua ini jika disentuh atau disebut oleh orang Malaysia dalam negeri atau diluar, yang semuanya tidak disah oleh pihak berkuasa Malaysia akan ditafsir sebagai berita palsu. Dan boleh dituduh bawah akta berita palsu. Juga yang akan tentukan samada sesuatu kenyataan itu palsu atau tidak adalah Kerajaan.

6. Untuk elak dari dituduh dibawah akta ini parti lawan dan jurucakap mereka, pensyarah dan penceramah, pemimpin dan kakitangan terpaksa “censor” diri sendiri. Mereka akan jadi seperti ahli UMNO yang tidak dibenar menyentuh kesalahan-kesalahan Najib.

7. Secara langsung semua isu berkenaan dengan salahlaku Najib dan orang-orangnya tidak boleh diperkatakan oleh sesiapa. Dengan ini akta “berita palsu” akan menutup mulut semua pengkritik Kerajaan dalam pilihanraya. Parti lawan akan kehilangan sebab mereka menentang Najib.

8. Selamatlah Najib.

9. Wahai ahli-ahli UMNO. Relakah kamu menipu? Relakah kamu sokong pemimpin yang dikenali oleh dunia sebagai penipu dan pencuri.

10. Relakah kamu mencari kemenangan secara penipuan. Akta Berita Palsu adalah antara penipuan yang dilakukan oleh Najib untuk mendapat kemenangan.

11. Kemenangan dengan cara penipuan; dengan cara haram adalah haram. Kerajaan yang akan ditubuh oleh Najib jika ia menang ialah Kerajaan haram.

12. Jika ahli UMNO rela diperintah oleh Kerajaan haram, itu adalah pilihan anda.

Monday, March 26, 2018

NAJIB - PERDANA MENTERI

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Negara Malaysia sudah merdeka selama 60 tahun, tetapi nama baik Malaysia tidak pernah dicemar dengan begitu teruk seperti sejak Dato Sri Najib menjadi Perdana Menteri.

2. Ya, memang pun negara pernah dikecam kerana ISA. Memang pun ada rasuah yang berlaku dalam Kerajaan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein dan juga saya.

3. Tetapi perbuatan-perbuatan ini tidaklah sampai Malaysia digelar negara rasuah bersama dengan sepuluh buah negara di dunia yang amalan rasuah amat tinggi – tidaklah sampai digelar negara kleptokrasi pimpinan penjenayah, pencuri.

4. Tidak juga pernah ada tuduhan, bahkan dakwaan bahawa Perdana Menteri Malaysia sendiri adalah perasuah yang terlibat dengan penyelewengan berbillion duit Kerajaan, dengan namanya disebut dalam kes-kes pembersihan wang berbillion yang dicuri dari syarikat 1MDB.

5. Laporan-laporan dalam akhbar dan T.V. seluruh dunia jelas dan terbuka mendedah akan pembelian rumah mewah di London, New York dan Hollywood, pembelian pesawat jet, kapal layar gergasi, intan berlian berjuta ringgit untuk isteri Perdana Menteri, berjudi di Las Vegas, hadiah bermillion kepada gadis cantik, sebagai cara untuk bersihkan wang yang dicuri dari dana 1MDB.

6. Dalam negeri pula berbillion wang Ringgit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dana pencen dari Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), wang dari gadaian ladang Felda dan Tabung Haji hilang begitu sahaja. Wang 42 billion Ringgit yang dipinjam oleh 1MDB hilang entah ke mana dan laporan audit 1MDB dari 2013 hingga 2017 tidak dibuat seperti dikehendaki oleh undang-undang.

7. Akhbar dan T.V. dalam negara tidak dibenar lapor berkenaan wang 2.6 billion Ringgit yang berada dalam akaun peribadi Najib. Demikian juga ahli BN, UMNO dilarang bercakap berkenaan masalah-masalah ini.

8. Penyokong-penyokong Najib, terutama Menteri dilarang bertemu dengan pemimpin parti lawan, walaupun mereka adalah kawan lama dan biasa bekerja dalam Kerajaan dan parti yang sama.

9. Perlembagaan dan undang-undang tidak dihormati sehingga laporan kepada polis akan salahguna kuasa oleh Perdana Menteri tidak disusuli dengan siasatan oleh polis. Sebaliknya orang yang membuat laporan ditahan, disoal, dimasuk penjara dan dituduh sebagai pengganas.

10. Proses perlantikan dan penamatan khidmat pegawai tinggi Kerajaan tidak dituruti, bahkan Yang Di-Pertuan Agong dibohongi kononnya pegawai berkenaan sakit dan perlu dihentikan. Pegawai ganti juga dilantik tanpa proses perlembagaan. Aturan serta peraturan untuk melanjutkan khidmat hakim tidak dipedulikan.

11. Polis, SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri diguna untuk ugut dan menekan rakyat. Cukai tambahan dikenakan, dikira sehingga 10 tahun ke belakang walaupun tidak ada bukti cukai ini diperuntukkan dalam undang-undang.

12. SPRM menuduh peniaga telah lakukan pembersihan wang yang dicuri atau hasil dari rasuah. Mereka ditahan dan di penjara. Ramai pemimpin parti lawan dituduh terlibat dengan rasuah dan lain-lain tanpa bukti dan didera dan diganggu.

13. Sebaliknya berbillion Ringgit yang ada dalam akaun Perdana Menteri yang tidak dapat disahkan puncanya selain dari pengakuan PM yang ianya tidak bersalah ditutup kes oleh Pendakwa Raya dan laporan diletak dibawah undang-undang rahsia Kerajaan. Dakwaan bahawa PM tidak melakukan apa-apa kesalahan tidak disertai dengan dokumen-dokumen walaupun segala urusan wang yang berbillion perlu dicatit dalam dokuman dan buku-buku akaun bank.

14. Sesungguhnya Dato Sri Najib telah rosakkan Kerajaan dan pentadbiran negara serta institusi-institusinya. Pemerintahan Najib tidak diasaskan kepada Perlembagaan dan undang-undang. Pengagihan kuasa antara pembuat undang-undang, pelaksana pemerintahan dan kehakiman sudah dihapuskan dan seluruh kuasa dibolot oleh Perdana Menteri.

15. Kewangan Negara disalahguna untuk projek-projek yang amat merugikan. Di masa yang sama Najib meminjam berbillion Ringgit untuk projek yang tidak mampu memberi pulangan yang cukup untuk bayar balik hutang.

16. Rakyat dan anak cucu mereka akan tanggung beban hutang ini berpuluh tahun.

17. Inilah warisan peninggalan Najib. Jika ia dipilih oleh rakyat untuk terus menjadi Perdana Menteri, maka percayalah demokrasi tidak akan kembali kepada negara ini. Sebaliknya pemerintahan kleptokrasi akan berterusan dan negara akan hancur kerana tidak ada pemerintahan mengikut undang-undang. Dengan itu keselamatan rakyat akan menjadi lebih teruk.

18. Ada yang berpendapat Pakatan Harapan tidak dapat membuat apa-apa untuk pulih keadaan. Tetapi kehancuran negara tetap menjadi lebih teruk jika Najib dapat mengekalkan kleptokrasinya. Beban hutang akan bertambah dan wilayah-wilayah negara akan dijual.

19. Tidak mudah untuk PH pulih negara tetapi apabila kami memerintah Najib tidak akan dapat rosakkan negara lagi. Dan kami berkemahiran dalam menyelamat dan memulih ekonomi, kewangan dan sosio-politik negara. Ini kami yakin. Tolaklah kleptokrasi Najib.

Thursday, March 22, 2018

UMUR 93 TAHUN

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Ya, usia saya akan mencecah 93 tahun Julai ini. Ya, 93 tahun adalah tua. Najib tak perlu takut saya.

2. Tetapi Najib takut. Takut berbahas dengan saya. Dua kali apabila forum Nothing to Hide (Tidak ada apa yang nak disembunyi) diadakan, Najib tidak berani hadir untuk bahas soal sembunyi fakta. Sebaliknya diarah polis hentikan forum. Bahkan pada kali kedua penyokong Najib membaling kerusi dan meletupkan letupan untuk gagalkan forum.

3. YAB masih muda. Apa yang nak takut berhujah dengan orang umur sembilan puluhan tahun.

4. Jika YAB tidak ada yang disembunyi nyatakan secara terbuka. Dan orang tua ini akan cuba buktikan bermacam-macam yang disembunyi oleh YAB.

5. Rakyat akan dengar dan akan buat keputusan mereka samada yang muda atau yang tua yang sembunyi fakta.

6. Datanglah dengan pegawai tinggi dan menteri-menteri yang muda-muda belaka. Bawak juga pakar-pakar dari luar negeri, termasuk Cambridge Analytica untuk bisik jawapan-jawapan apabila tidak dapat menjawab.

7. YAB juga boleh tanya rekod saya semasa menjadi PM selama 22 tahun. Tanya fasal kehilangan berbillion oleh Bank Negara, kerugian Perwaja dan lain-lain. Saya tak akan bawa pakar. Hanya saya sahaja.

8. Ya. Saya sedar saya akan pergi tak lama lagi. Tetapi selagi nyawa dikandung badan saya akan perjuangkan bangsa, agama dan negara tercinta ini. Bersama dengan patriot negara saya akan usaha untuk selamatkan negara ini dari seorang kleptokrat perosak negara.

9. Kepada Allah swt saya serahkan diri saya.

Wednesday, March 21, 2018

GST

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Najib dan konco-konconya masih cuba pertahan cukai G.S.T. sebagai amat penting bagi kewangan Kerajaan. Kononnya tanpa GST Kerajaan tidak boleh berfungsi, tak dapat bangunkan negara.

2. Bahawa negara ini berjaya dibangunkan dahulu sehingga mendapat gelaran “Harimau Asia” tanpa GST tidak disebut sama sekali.

3. Sebenarnya pendapatan Kerajaan tiap tahun sejak 2009 hingga 2017 jauh lebih tinggi (3 kali ganda) dari pendapatan Kerajaan pada 1995-2002. Dengan pertambahan pendapatan yang begitu besar apa perlunya cukai tambahan seperti GST.

4. GST adalah faktor terbesar yang menyebabkan kos sara hidup melambung tinggi. Dengan ditarik balik berbagai subsidi termasuk minyak tekanan ke atas rakyat, terutama golongan miskin dan yang berpendapatan sederhana amatlah berat.

5. Sudah tentu kos sara hidup akan turun jika GST dihapuskan.

6. Penghapusan GST tidak akan menjejaskan pentadbiran dan pembangunan negara. Jika hari ini GST diperlukan sebabnya ialah kerana banyak wang Kerajaan disalah guna dan dibazirkan. Salahguna ini menjadi begitu besar menjelang PRU 14.

7. Sogokan kepada pengundi meningkat dengan mendadak. Wang tunai beribu Ringgit diberi kepada pengundi tanpa sebab. Di tiap-tiap negeri diadakan Ekspo mempamer jabatan-jabatan Kerajaan. Swasta dipaksa ambil bahagian dalam Ekspo ini. Hadiah yang diberi kepada pelanggan cabutan nombor bertuah termasuk rumah dan tanah, kereta dan motosikal, beras berkampit kampit, alatan dapur dan bermacam lagi. Bermillion Ringgit duit Kerajaan disalah guna untuk sogokan ini.

8. Kontrak Kerajaan dinaikkan nilai supaya  sebahagian  diselewengkan untuk kegunaan parti Kerajaan dan orang tertentu.

9. Hutang Kerajaan sekarang sudah hampir 1 trillion. Hutang 1MDB sekarang dibeban kepada Kementerian Kewangan. Bayaran faedah hutang ini menelan ratusan juta Ringgit.

10. Walaupun hutang sudah begitu tinggi, Najib hutang lagi. Keretapi Pantai Timur tidak berdaya maju tetapi pembangunannya dirancang supaya boleh hutang lagi. Lima puluh lima billion Ringgit di hutang dari negara China untuk ECRL walaupun keperluan hanya 35 billion Ringgit.

11. Dirancang lagi keretapi laju dari Singapura ke Kuala Lumpur. Ini memerlukan 60 billion Ringgit. LRT/MRT Kuala Lumpur akan telan berbillion lagi.

12. Dahulu tanpa GST negara bangunkan Lebuhraya Utara Selatan, landasan keretapi berkembar elektrik, Lapangan Terbang KLIA dan di bandar-bandar lain, pelabuhan-pelabuhan, jaringan lebuhraya, pembangunan luar bandar, sekolah, universiti, hospital, bekalan air dan stesen janaelektrik dan bermacam lagi. Sesungguhnya tanpa GST pembangunan  dan pentadbiran negara tidak terjejas bahkan lebih hebat dari sekarang. Hutang negara juga tidak begitu tinggi. Beban bayaran hutang tidak memakan peratusan yang tinggi dalam belanjawan negara.

13. Dengan pendapatan  Kerajaan jauh lebih tinggi dari dahulu, pentadbiran dan pembangunan negara sepatutnya ternampak jelas. Tetapi hakikatnya tidak banyak pembangunan terlihat dan yang meningkat dengan tinggi ialah hutang.

14. Sesungguhnya bukan sahaja GST tidak diperlukan tetapi hutang juga tidak perlu dipinjam dengan begitu banyak.

15. GST tidak diperlukan. Yang penting ialah pentadbiran dan pembangunan negara dibuat secara berhemah, tanpa pembaziran, tanpa rasuah.

16. Jikalau dahulu kita dapat bangunkan negara sehingga dikenali sebagai Asian Tiger, tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh bangunkan negara dengan lebih baik dengan pendapatan Kerajaan jauh lebih tinggi tanpa GST.

17. Dibawah ini diperturunkan angka-angka pendapatan Kerajaan antara tahun 1995 hingga 1997, pendapatan antara tahun 2000 hingga 2002, dan pendapatan antara tahun 2009 hingga 2017.


Sunday, March 11, 2018

RULE OF LAW

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. The rule of law is an integral part of a democracy. In Malaysia today there is obvious disrespect for this principle. We are seeing many instances where the rule of law is ignored.

2. Normally when a report is made about breaches of the law by anyone, the police or the other enforcement bodies would investigate to find out whether indeed the allegation is right or not.

3. But when a report is lodged with the police on the wrong doing of the Prime Minister, the person reporting was investigated, detained, jailed and charged in court as a terrorist.

4. In another case when three major Government institutions made reports on the alleged diversions of money belonging to a Government company, the 1MDB by the PM, all the reports were declared by the A.G. to be without basis of any wrong doing by the PM. The reports were not acted upon or investigated by the police. Instead the reports were declared as Official Secrets and hidden from public scrutiny.

5. Normally the reports, especially the one by the Public Accounts Committee would be open to the public. But by making them official secrets, the purpose of making them a basis for criminal investigations were denied. Again the rule of law is not honoured.

6. In fact hiding evidence of a crime is a crime. Yet the A.G. did just this.

7. Citizens and companies have to pay income and corporate taxes. But the Income Tax Board now demand that additional taxes be paid. There is no basis for this extra taxes. But the tax people would threaten to carry out a raid, to seize account books and records. These raids may involve three busloads of tax personnel and they damage the image of the company.

8. Faced with these threats some businesses would pay the additional tax. But when the additional tax runs into millions, the businesses may challenge the tax department in the courts.This is their right.

9. But the legal process will take much time. In the meantime the tax people would insist on payment. If no payment is made then the office of the company will be ransacked and account books seized. Money in the banks will be frozen, preventing business from being done.

10. All these constitute abuses of the law.

11. There is no law which gives Government the power to close premises from being used by any group of people. Yet the Najib regime not only deny opposition parties the use of public halls but even privately owned halls may not be used by the opposition. Threats are issued to hotels not to rent out their halls to opposition parties.

12. Sometimes even open fields within the jurisdiction of a town council are denied usage by the opposition. Tents and platforms are not allowed to be put up for rallies by the opposition. The rights of citizens are denied. The laws of the country no longer protect citizens.

13. On the other hand when clear evidence show that bribes have been given openly during elections, neither the police, nor the anti- corruption commission have taken any action. Certainly they have not acted against the culprits.This is also not in accordance with the law.

14. The wholeworld knows about the 681 million U.S. dollars in Najib’s private account at Ambank. No PM can have this amount of money. Explanations by Najib are without collaborating documentary evidence. Yet the police and MACC did not carry out investigations. The A.G. simply declared there is no evidence of Najib’s wrongdoing in the reports by Bank Negara, PAC and MACC.And as pointed out above, the A.G. hid the reports by declaring them to be official secrets.

15. Now a yacht was bought by Jho Low allegedly with money stolen from 1MDB. The FBI and Department of Justice openly declared that the purchase was part of the process of laundering the money stolen by Jho Low. The Malaysian Government has remained silent, although Indonesia actually named the Prime Minister of Malaysia as being involved in the criminal acts. The Malaysian Government has not protested against this open defamation of the PM. It can only be because the allegation is true.

16. Again we see the rule of law being ignored several times.The Malaysian Government should actually seize the yacht and arrest Jho Low. Instead the Government seems to be protecting Jho Low. Although Jho Low declared that the yacht is his, a Malaysian Minister denied that it belongs to Jho Low. Another minister even said that the yacht does not belong to Malaysia.

17. Now a Government agency has refused to acknowledge that it received letters from the Pakatan Harapan.

18. Governments are set up in order to serve the country and its citizens. To do this the Government is endowed with the right to approve certain activities of the public. This it does by responding to requests by the public.

19. One of the agencies of Government is the Registrar of Societies. The ROS is empowered to approve or disapprove the setting up of organisations of citizens. It is not set up to ignore the applications by citizens while making it clear that its approval is necessary.

20. But the application of the coalition by the opposition parties has neither been acknowledge nor replied to.

21. The ROS is therefore failing in carrying out its responsibility. Even a court’s order for ROS to reply has been ignored.

22. Clearly ROS is ignoring the rule of law, specific or implied.

23. On the other hand a questionable postponement of a general meeting of a Government party, the UMNO, has been approved with alacrity.

24. A Government agency should be neutral. But ROS is acting with partiality toward a Government party. This it should not be doing. It should treat all its clients equally.

25. When a Government has no respect for the rule of law, it cannot be regarded as a democratic Government. In the case of the Government of Dato’ Sri Najib it is clear it is not democratic. Not being democratic, its conduct of the coming election would confirm its deviation or otherwise.

Monday, March 5, 2018

ROBERT KUOK

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Ternampak marah sungguh UMNO kepada Robert Kuok kerana kononnya ia menghulur bantuan wang kepada DAP.

2. Undang-undang manakah yang dilanggar oleh Robert Kuok? Setakat yang saya tahu siapa sahaja boleh bantu mana-mana parti politik. Dahulu UMNO tidak pernah kutuk pembantu-pembantu mana-mana parti. Tetapi sekarang bantu UMNO dan BN boleh. Curi duit untuk piliharaya pun boleh. Tetapi parti lawan tak boleh terima derma pun.

3. Untuk sekat parti lawan dari mendapat bantuan kewangan jentera Kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri dan badan pencegah rasuah diguna oleh UMNO dan Najib untuk ugut sesiapa yang mungkin bantu parti lawan. Mereka dipaksa bayar cukai pendapatan tambahan yang tidak sah, dituduh kononnya cuba bersih duit (money laundering) walaupun tidak ada bukti. Premis mereka digeledah, buku akaun dirampas. Pasport pun dirampas.

4. Tetapi duit 1MDB dan 2.6 billion Ringgit dalam akaun Najib yang dikatakan derma dari orang tidak disiasat, tidak dituduh salah. Sebaliknya A.G. dakwa tidak ada salahlaku oleh Najib.

5. Sekarang Expo diadakan oleh UMNO seluruh negara dengan rumah dan motorsikal sebagai hadiah nombor bertuah. Diadakan apabila pilihanraya dekat menjadikan agihan ini satu jenis rasuah. Tetapi tidak ada siasatan oleh MACC atau polis.

6. Rakyat, pengundi perlu sedar duit dan hadiah ini bukan dari UMNO atau Najib. Ada bukti yang duit ini diseleweng dari duit 1MDB. Duit Kerajaan juga terlibat. Peruntukan untuk Kementerian dan pentadbiran dipotong dan diguna untuk tumbuk rusuk pengundi.

7. Duit Kerajaan datang dari cukai ke atas rakyat – seperti GST umpamanya. Ini bermakna UMNO dan BN sapu duit cukai yang dibayar oleh rakyat untuk sogok rakyat. Ini adalah penipuan besar.

8. Rakyat boleh ambil balik duit mereka yang disalahguna oleh Najib dan UMNO. Tetapi jangan bagi undi kepada BN. Apa sebab kita nak terhutang budi apabila duit kita dibagi balik kepada kita.

9. Nampak jelas PAS pun terima duit dari Najib. Tanya Nik Abduh. PAS bertanding bukan untuk menang. PAS bertanding untuk tarik undi penentang UMNO supaya tidak pergi kepada PH.

10. PAS kafirkan UMNO. Kata PAS kalau bekerjasama dengan kafir akan jadi kafir. Sekarang kerjasama PAS dengan UMNO bukan untuk kemenangan PAS. Ia untuk kemenangan UMNO.

11. Kalau kerjasama dengan kafir jadi kafir, PAS jadi apa apabila tolong UMNO menang. Dahulu PAS kerjasama dengan DAP. Tahaluf Siyasi konon. Tukar perkataan Melayu kepada Arab tidak menjadi sesuatu yang salah tidak salah.

12. Jangan undi Bulan. Tolak kati (dacing) dan bulan untuk selamat negara. Dacing dan bulan adalah simbol penipuan.

Saturday, March 3, 2018

KAPAL LAYAR EQUANIMITY

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Samada kapal layar Equanimity milik Malaysia atau tidak bukan soalnya. Yang menjadi masalah ialah kapal ini dimiliki oleh Low Taek Jho atau Jho Low dengan mengguna duit 1MDB. Pembelian ini adalah satu cara untuk bersihkan wang 1MDB yang Dept. of Justice, Amerika Syarikat dakwa diselewengkan (curi) oleh Jho Low.

2. Jho Low adalah sahabat karib Najib dan Rosmah. Najib adalah Penasihat berkuasa penuh syarikat milik Kerajaan 1MDB. Tidak ada keputusan boleh dibuat oleh 1MDB tanpa persetujuan Najib.

3. Ini bermakna Najib perlu tahu dan bertanggungjawab akan apa terjadi kepada wang 1MDB sebanyak 1 billion Ringgit yang diguna oleh Jho Low untuk bina/beli kapal layar Equanimity.

4. Sepatutnya Najib mengaku duit ini diberi kepada Jho Low untuk beli kapal. Jika tidak diberi oleh Najib, sebagai orang yang bertanggungjawab dalam 1MDB, Najib perlu lapor kepada polis supaya polis dapat pertolongan Interpol untuk dapat balik 1 billion Ringgit duit 1MDB. Jika dakwaan oleh Dept. of Justice, Amerika Syarikat bahawa Jho Low mencuri duit 1MDB untuk beli kapal layar bagi membersihkan duit yang dicuri, adalah tidak benar, maka Najib perlu protes kepada Dept. of Justice. Tetapi Najib tidak buat apa-apa.

5. Yang kita dengar ialah A.G. (Pendakwa Raya) menyatakan Najib tidak lakukan apa-apa kesalahan. Bolehkah Najib berdiam diri jika ada dakwaan bahawa duit 1MDB telah dicuri, sedangkan ia bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengurusan 1MDB.

6. Di Singapura beberapa orang telah dituduh dan di penjara kerana selewengkan duit 1MDB. Beberapa bank ditutup oleh Kerajaan Singapura kerana terlibat dengan kehilangan duit 1MDB. Di Switzerland dan di Luxembourg juga terdapat tindakan terhadap penyelewengan duit 1MDB.

7. Tetapi di Malaysia kehilangan duit 1MDB, salahguna duit 1MDB, pengurusan yang tidak bertanggungjawab, pemindahan masalah dan pengurusan 1MDB kepada Kementerian Kewangan, penglibatan Perdana Menteri, laporan-laporan oleh Bank Negara, MACC dan PAC, kehilangan berbillion duit 1MDB, Jho Low, kapal Equanimity berharga 1 billion Ringgit yang didakwa dicuri dengan duit 1MDB, tindakan polis Indonesia dan FBI Amerika merampas kapal yang dimiliki Jho Low secara haram, – tidak ada tindakan yang diambil oleh polis atau Kerajaan Malaysia. Kata A.G. tidak ada salahlaku oleh Najib. Kes tutup. Empat buah negara dakwa duit 1MDB dicuri oleh Jho Low, A.G. Malaysia kata tiada apa-apa yang berlaku. Semua okay.

8. Apa jenis Kerajaan ini. Berbillion Ringgit duit Kerajaan lesap. Duit ini dipinjam. Kita kena bayar. Rakyat kena bayar. Kerajaan tak tahu apa.

9. Kerajaan bisu. Perdana Menteri bisu. Menteri bisu. Wakil Rakyat Kerajaan bisu.

10. Apakah mulut tersumbat terlalu banyak dedak yang mereka semua bisu.

11. Sudah sampai masanya Malaysia tukar Kerajaan. Sudah sampai masanya Kerajaan baru dipilih untuk siasat segala-gala yang tidak disiasat oleh Najib dan A.G. jinaknya.

PENJAWAT AWAM

blogtunm.blogspot.com Tun M
PUBLIC OFFICER / PENJAWAT AWAM
1. Kita tinggal di Malaysia. Kita adalah rakyat Malaysia. Samada negara kita bangun dengan pesat dan memberi kebahagiaan hidup kepada kita bergantung kepada kita sebagai warganegara, sebagai citizen.

2. Samada negara mengamal sistem pemerintahan kuku besi atau demokrasi atau “kleptocracy” terpulang kepada kita. Kita yang memilih. Kita yang membenar.

3. Kita lihat di negara lain, di Brazil, di Korea Selatan, di Zimbabwe dan Afrika Selatan rakyat yang menentukan tingkah laku pemimpin. Apabila sahaja didapati pemimpin disyaki menyeleweng, terlibat dengan rasuah rakyat bertindak menyingkirkan pemimpin.

4. A reporter asked me a silly question. He asked whether Najib (Dato’ Sri Najib Tun Razak) the Prime Minister of Malaysia is a Public Officer.

5. It is a silly question to ask because any dope would know that the Prime Minister is a public officer. That is why he has access to Government papers, including Cabinet papers, and he can preside over the Cabinet, make decisions for the Government and have his decisions carried out by public officers.

6. A man in the street cannot do this – cannot preside over the Cabinet and instruct Government officers to do whatever. If just about anybody can do this, then either anyone can be classified as a public officer or we cannot have Prime Ministers, Ministers and secretaries to Ministries because everyone can adopt these titles and tell Government officers to do whatever.

7. Najib bin Tun Razak is the Prime Minister of Malaysia and he has his authority over the Government in accordance with the laws of the country. Since the Prime Minister is a public officer, therefore Najib is a public officer.

8. If the Prime Minister is not a public officer then there can be no public officers. The Prime Minister cannot be a private officer. If he is a private officer how come he presides over the Cabinet and have authority over the Government.

9. If we are confused and we are not clear about what and who is a public officer, then we should make a clear definition of a public officer. If we are all agreed then we can call all CEOs of public companies, public officers. Then the Prime Minister will not be a public officer. What should we designate him as – private officer? We can of course. We can pass a law to say a Prime Minister is a private officer.

10. But until we do that the understanding of all sane people is that the Prime Minister is a public officer.

11. Segala-galanya boleh ditentukan oleh kita sebagai warganegara negara ini.

12. Kita boleh buat definisi sesuka hati kita, bahkan menukar kepimpinan Kerajaan seperti yang dilakukan oleh warganegara Brazil, Korea Selatan, Zimbabwe dan Afrika Selatan.

Friday, March 2, 2018

THE RULE OF LAW

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. The rule of law is an integral part of democracy. Malaysia today is no longer a democracy. Therefore we cannot see the rule of law being upheld.

2. Laws are meant to protect the citizens. What we see in Malaysia is laws being abused so that instead of protecting people laws are used to suppress and oppress people.

3. There is a law on official secrets. It is meant to keep secret certain documents regarding policies or decisions which the Government may or may not take at a given time in the future. If leaked, the Government’s freedom to decide would be constrained. It is not meant to hide from the public criminal acts.

4. But we have seen how reports regarding 1MDB and the 2.6 billion Ringgit in Najib’s bank account are declared to be Government secrets. These are about criminal acts. The law is used wrongly to hide possible crimes, crimes which need to be investigated.

5. Then the law allows the police to detain and even jail a person for wrongdoings. But when a person reported that there was something wrong with the management of 1MDB money, the person reporting was detained and charged as a terrorist.

6. There are due processes to be followed when a person is to be detained by the police. But the processes were just ignored. Again the laws are not upheld. They are being abused.

7. There is no law which empower Government agencies to demand for extra payment of taxes when all due payments have already been paid. But the tax authorities threaten to carry out raids on the premises, seize account books and take away passports if the extra tax are not paid. The people are being held to ransom.

8. The extra tax demanded run into tens of millions or even hundreds. Should the taxpayers refuse to pay and decide to go to court, until the court decides the taxpayer must pay. The legal process will take years. In the mean time companies cannot do business.

9. Members of the administrative staff are constantly being ordered to do work that is not proper or legal. If they refuse they would be demoted, transferred or threatened with loss of pension.

10. Extra-legal actions are demanded of the staff. When they refuse they may face punitive action. One senior officer was forced to resign, having been declared unfit to work by the PM. This frightens other officers should they incur the displeasure of the Prime Minister.

11. This is the situation faced by the peoples of Malaysia today. The laws do not protect them anymore. The laws are not upheld. In fact the laws are abused and are used to threaten people and to hold them to ransom.

12. The people dare not speak or protest against this abuse of power. They are afraid they would be victimised further. Without the rule of law they live in fear.

13. Their only hope lies in overthrowing the BN Government in the next election. Even here they are being threatened. The law says the vote is secret. The BN is passing the rumour that they would know who is voting for whom. They threaten those who do not vote for BN.

14. But the voters should disregard this rumour. The vote is secret. The BN Government will not know who you are voting for. So don’t be afraid. Government employees in particular should not be afraid. Don’t vote for BN. Whether they win or lose they cannot do anything to you.

15. But if you give your vote to Pakatan Harapan, when PH win we will compensate those people who had been victimised by the BN Government, both those in the Government and in the private sector.

16. So vote PH to restore the rule of law and democracy.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019