Wednesday, January 20, 2021

COVID-19

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Baru-baru ini seorang dari keluarga saya dijangkiti COVID-19. Dia tidak dapat dimasuk hospital kerana tidak teruk. Sebaliknya ia diarah kuarantin di rumahnya.

2. Tetapi semasa di rumah keadaannya menjadi teruk sehingga tidak dapat bernafas. Maka dia pun dimasuk ke hospital.

3. Masalahnya semasa dia berada di rumah, penyakitnya dijangkit kepada ahli di rumah. Saya percaya ia tidak dapat dimasuk hospital awal kerana jumlah yang dijangkiti terlalu ramai. Tiap hari 4000 dikesan.

4. Namun demikian, jika pesakit berada di rumah, ahli keluarga akan dijangkiti. Maka lebih ramailah yang terjangkit. Sepatutnya mereka dimasuk ke dalam kuarantin berasingan dari keluarga.

5. Jika selepas sekian lama pesakit mungkin sembuh atau perlu dirawat dalam hospital. Setelah didapati tidak ada jangkitan maka bolehlah balik ke rumah.

6. Sudah tentu tempat kuarantin hendaklah sesuai. Dari gambar yang diperolehi katil-katil terlalu dekat dan apabila ada lawatan pembesar pesakit akan berkumpul. Ini akan menyebabkan jangkitan merebak.

7. Sesungguhnya ada banyak cara dan amalan yang boleh kurangkan jumlah jangkitan. Diharap doktor-doktor pakar dapat berbincang dengan pegawai Kerajaan.

8. Khidmat Ketua Pengarah Kesihatan amat dihargai. Tetapi wabak ini agak terlalu besar untuk ditangani oleh seorang sahaja.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019