Saturday, January 28, 2023

PILIHANRAYA UMUM KE-15

blogtunm.blogspot.com Tun M
Mahathir Mohamad 
1. Pilihanraya ke-15 ialah pilihanraya yang paling korup di Malaysia. Setiap seorang calon menang kerana pengundi di rasuah.

2. Rasuah diberi secara terang. Ramai terima rasuah sebelum mengundi. Ramai yang lihat wang diedar. Hampir tidak ada langsung cubaan untuk sorok wang yang diberi serta arahan yang diterima akan symbol manakah yang harus di pangkah pada kertas undi.

3. Penguatkuasa anti-rasuah dan polis mesti lihat amalan ini sebagai rasuah. Namun hingga kini tidak ada seorang pun ditahan dan didakwa. Merasuah pengundi sudah jadi perkara biasa. Pengundi mengharap, orang parti anggap ini adalah tugas mereka dan sesiapa sahaja yang lihat rasuah merasa ini sebagai sebahagian daripada proses pilihanraya.

4. Tetapi terdapat bukti merasuah lain ketika pilihanraya yang dibuat secara terbuka. Jelas sekali jumlah besar wang diagih untuk perkenal calon dan parti. Sudah jadi kebiasaan di Malaysia untuk bandar, kampung dan pedalaman diselubungi bendera, sepanduk, poster dan papan tanda. Jutaan bendera parti meliputi pembahagi jalan, tepian jalan, tiang lampu, pokok dan semak samun.

5. Semua ini bukan murah. Harga bendera setidaknya RM3 setiap satu. Buluh dan kerja memacak bendera telan kos RM3. Setiap bendera yang digantung bernilai RM6. Berpuluh ribu di setiap kawasan yang dipertanding. Semestinya berjuta di seluruh negara.

6. Sejuta bendera menelan belanja RM6 juta. 10 juta akan telan kos RM60 juta. Ada 222 kawasan parlimen.

7. Ada ribuan pekerja dan “sukarela” parti yang dibayar.

8. Barangkali setiap parti belanja RM100 juta. Ramai kata lebih lagi. Satu calon dikatakan belanja sekurangnya 25 juta Ringgit.

9. Walaupun setiap parti belanja 100 juta Ringgit, persoalannya dari mana begitu banyak wang ini datang.

10. Mungkin dari derma. Tapi bagi parti Kerajaan, wang mestil datang dari Kerajaan.

11. Dalam siasatan rasuah, salah satu asas disyaki ialah kekayaan luarbiasa. Jika pekerja bergaji rendah menikmati kekayaan melampau, sudah tentu ada keraguan kekayaan dimiliki secara haram. Siasatan termasuklah menyiasat sumber pendapatan. Jika tidak ada penjelasan munasabah barulah siasatan diteruskan.

12. Di dalam pilihanraya, jika calon atau parti bermewah, siasatan hendaklah dijalankan ke atas sumber dana.

13. Di dalam PRU 15, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah perlu siasat parti-parti yang seolah punyai dana sebegitu besar yang dibelanja untuk merasuah pengundi dan perbelanjaan mewah ketika berkempen. Sumber dana perlu diperjelas. Kegagalan penjelasan harus membolehkan siasatan mendalam dijalankan.

14. Jika didapati wang datang dari sumber haram, calon atau parti itu perlu didakwa.

15. Penting untuk letak had perbelanjaan pilihanraya. Setiap calon sudah diwajibkan untuk hantar akaun perbelanjaan ketika pilihanraya. Jumlah wang yang dibenar belanja ialah RM200,000. Tetapi jika dilihat pada kempen, jelas sekali jumlahnya mengatasi RM200,000.

16. Walaupun kira-kira dihantar dan jumlah belanja masih dalam had, kemungkinan penting untuk siasat apakah kira-kira itu benar.

17. Hukuman kepada penipuan kira-kira mesti harus dalam bentuk denda atau hilang kerusi yang dimenangi.

18. Sehingga kini tiada had belanja ditetapkan kepada perbelanjaan sesuatu parti dalam pilihanraya. Ada keperluan untuk tetapkan had jumlah. Apa yang berlaku sekarang ialah rasuah dan wang diguna ketika kempen tanpa had.

19. Sudah terbukti pun seorang Perdana Menteri mencuri sejumlah besar wang untuk merasuah dan mengadakan perbelanjaan mewah semasa kempen. Begitu jumlah yang dibelanjakan hingga parti yang tidak mencuri wang atau yang menolak rasuah tidak ada keupayaan untuk menang sama sekali.

20. Dalam PRU15 boleh dikatakan hampir semua calon yang menang telah sogok sebegitu banyak dan partinya membelanja jutaan wang ketika berkempen.

21. Keputusannya ialah hanya calon-calon dan parti perasuah yang menang dalam pilihanraya.

22. Ini bermaksud Kerajaan Malaysia akan sentiasa korup.

23. Sebuah negara yang dipimpin Kerajaan yang korup akan jadi beban kepada rakyat. Sudah adapun rakyat Malaysia termasuk orang Melayu berhijrah keluar ke negara lain.

24. Negara ini akan jadi negara gagal. Ini amat malang kerana satu masa dahulu terlihat bahawa Malaysia boleh jadi negara Harimau Asia yang berjaya.

25. Ramai rakyat yang baik di Malaysia. Tetapi mereka tidak mengundi. Jika mereka undi sudah pasti negara ini akan berjaya semula.

26. Buat masa ini PAS sedang disiasat berkenaan rasuah. Tetapi PN, BN dan PH juga merasuah pengundi. Mereka perlu disiasat.

27. Ada keperluan mendesak supaya dihadkan berapa banyak sebuah parti boleh belanja ketika pilihanraya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019