blogtunm.blogspot.com Tun M
1. Tiap bangsa yang bertamadun mempunyai susunan tata tertib yang mencerminkan nilai hidup yang dipegang dan diamal bangsa berkenaan.
2. Buat beberapa kurun dunia anggap akhlak dan budaya orang Eropah sebagai yang terbaik. Oleh itu ramai masyarakat dunia meniru pakaian dan adat resam orang barat.
3. Sampai sekarang pun pakaian kot, tali leher dan seluar panjang dijadikan pakaian kebanyakan orang ramai di merata tempat.
4. Demikian juga nilai hidup atau budaya orang Eropah ditiru dan diamal dalam kehidupan manusia. Demikianlah sehingga orang Barat anggap budaya mereka adalah budaya dunia, (universal). Mereka anggap orang Asia tidak ada budaya tersendiri.
5. Tetapi sekarang kita sedang lihat budaya barat runtuh dan merosot.
6. Pakaian orang Barat sekarang tidak senonoh. Seluar pendek dan carik dipakai oleh muda mudi sehingga terdedah aurat tanpa segan silu.
7. Institusi perkahwinan dan berkeluarga (family) tidak lagi diamal, terutama dikalangan orang muda. Mereka mengadakan hubungan seks dengan siapa sahaja. Anak yang dilahir tidak lagi menjadi anak haram. Dengan bangganya mereka akui mereka adalah anak diluar nikah. Siapa yang menjadi bapa tidak dihirau.
8. Ada kala anak diluar nikah ini hidup bersama seolah-olah satu kelamin.
9. Tuntutan kesamaan (equality) antara wanita dan lelaki sudah sampai ke tahap cara hidup lelaki dan perempuan tidak lagi berbeza, walaupun dalam perlakuan maksiat. Jika lelaki boleh buat kenapa tidak wanita.
10. Akhirnya perkahwinan dan kekeluargaan boleh didiri antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Sebelum pun amalan ini dilaku masyarakat menerima liwat sebagai perkara biasa, tidak haram lagi dan dihalalkan oleh agama mereka.
11. Semua amalan-amalan ini bermula dalam masyarakat termasuk agama mereka. Tetapi semua amalan ganjil dan haram ini direstu oleh Kerajaan-Kerajaan mereka. Undang-undang lama dimansuhkan dan diganti dengan undang-undang baru. Undang-undang perceraian antara pasangan lelaki atau pasangan perempuan disediakan.
12. Semua amalan haram ini diamal secara terbuka di negara Barat.
13. Masalahnya Barat berpendapat semua amalan haram yang sudah dihalal oleh mereka hendaklah diamal oleh semua negara dan bangsa di dunia.
14. Secara terbuka mereka mempromosi budaya songsang mereka melalui filem dan konsert.
15. Mereka mengambil warna pelangi sebagai bendera mereka. Melalui berbagai acara dan produk, warna pelangi diguna untuk bukti penerimaan LGBT oleh mereka.
16. Dahulu kita semua sering meniru budaya dan akhlak Barat.
17. Hari ini budaya Barat sudah runtuh. Yang haram sudah dihalal oleh mereka.
18. Dunia tidak perlu tiru Barat, selain dari budaya lama mereka yang tidak menidakkan nilai hidup dan budaya kita.
19. Kita tidak harus keterlaluan. Tetapi pilihlah yang jernih dan buanglah yang kotor.
20. Janganlah terlalu taksub dengan Barat sehingga kita perhambakan diri kita.
21. Bagi orang Islam pegang kuatlah kepada cara hidup Islam atau Addeen.